MALAYSIA

Sunday, September 10, 2023

#57 MERDEKA

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Malaysia, tanah airku, di mana di sinilah tempat aku dilahirkan yang ketika itu negaranya masih bernama Malaysia. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 (4 Safar 1377) pada hari Sabtu akan menjadi hari nan bahagia buat seluruh warganegara Malaysia dari Perlis sehinggalah ke Sabah. Aku berasa bersyukur kerana tanah airku ini masih merdeka dan pada tahun 2023 ini, Malaysia menyambut ulangtahun Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan yang ke-66. Namun, adakah kita benar-benar merdeka?

Tahukah anda, nama Malaysia sudah wujud sejak zaman kolonial British lagi? Tahukah anda, Malaysia jika dieja tulisan jawi (ماليسيا) dan diterbalikkan ejaannya seolah-olah membentuk perkataan agama rasminya? Tahukah anda, semua negeri tidak bersekutu (yang tidak dijajah sepenuhnya oleh British tetapi oleh siam atau tidak dijajah langsung) mengambil cuti mingguan pada Jumaat dan Sabtu, manakala negeri-negeri yang mengambil cuti Sabtu dan Ahad adalah bersekutu?

Tahukah anda, nama perdana menteri (PM) dan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pertama kita mempunyai nama yang sama (عبد الرحمن)? Bezanya PM pertama ialah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah manakala YDPA pertama ialah Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad. Di not matawang negara itulah wajah YDPA yang pertama kita.

Daripada Abdul Rahman, terbitlah senarai PM dalam sejarah mengikut akronim RAHMAN (Abdul Rahman, Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan Mohd. Najib). Selepas itu era BN gugur dan diganti dengan PH. Susunan Agong pula mengikut negeri kita jika mahu ingat kita guna akronim “Nenek Sedang Pening Tetapi Kakak Keluar Pergi Jual Perak” {Negeri Sembilan > Selangor > Perlis > Terengganu > Kedah > Kelantan > Pahang > Johor > Perak}.

Malaysia adalah negara ke-58 mempunyai rakyat atau bangsa berbilang etnik di dunia, dengan jumlah indeks pecahan etnik sebanyak 0.956 mengikut sumber daripada Ensiklopedia Britannica. Ia dibahagikan kepada etnik Bumiputera (61.7%), etnik Cina (20.8%), etnik India (6.2%) dan etnik-etnik lain (11.3%). Ia mempunyai menara berkembar tertinggi di dunia iaitu Petronas dengan 88 tingkat (451.9m) dan menara kedua tertinggi di dunia iaitu Merdeka 118 (678.9m).

Namun, ia bukanlah puncak tertinggi di Malaysia. Puncak tertingginya adalah Gunung Kinabalu  dengan ketinggian 4,095m paras laut atau 6 kali ganda Menara Merdeka 118. Bahkan ia berada kedudukan ketiga tertinggi di Asia Tenggara selepas Hkakabo Razi (5,881m) di Kachin, Myanmar dan Puncak Jaya (4,884m) di Provinsi Papua, Indonesia. Setinggi-tinggi puncak Hkakabo Razi, tinggi lagi cintaku padamu 😜.

Sheikh Abdullah Fahim, atuk kepada bekas perdana menteri Malaysia kelima, iaitu Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi juga tidak terlepas untuk bersama meraikan hari kemerdekaan ini. Beliaulah yang mencadangkan supaya Tanah Melayu diraikan pada 31 Ogos 1957 kerana berdasarkan ilmu falak yang dikuasainya, pada tarikh itu semua planet berada dalam kedudukan selari, jika tidak perlu mengambil masa pada tahun 1962 untuk kedudukan semua planet selari lagi.

Pada Mac 2016, nasi lemak pernah dinobatkan antara 10 sarapan paling berkhasiat di dunia oleh majalah Time. Hal ini kerana kandungannya penuh seimbang dengan mangan (salah satu jenis mineral), karbohidrat dan protein, berserta sambal yang penuh dengan pemangkin metabolisme. Nasi lemak akan jadi tidak sihat jika cara makan dengan isi kandungan yang salah seperti nasi terlebih tetapi telur rebus, timun dan ikan bilis terkurang.

Roti canai juga pernah dinobatkan makanan jalanan terbaik di dunia oleh TasteAtlas pada November 2022. Kemudian menjadi kedua selepas Goutie dari China pada Februari 2023. Terkini, ia merampas tahta roti terbaik di dunia pula pada September 2023. Entah kenapa pernah diberitahu roti canai antara makanan tidak sihat kerana tinggi dengan kalori (lemak yang jahat), mungkin cara makan salah kot! Jika anda tahu berita baik ini, adakah anda akan guna alasan tidak elok makan roti canai selepas bersenam? 😭


Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri dalam khazanah alam semulajadi dan hidupan flora fauna. Dahulunya kita dikenali sebagai Golden Chersonese (Semenanjung Emas). Entah kenapa simpanan emas negara tidaklah sebanyak negara-negara jiran seolah-olah tanah dipijak milik orang. 🥲 Sayangnya juga, Malaysia telah kehilangan enam haiwan liar: Badak Sumbu Sumatera, Badak Sumbu Jawa, Merak Hijau, White Shouldered Ibis, Bangau Keria dan Itik Serati Hutan.

Namun, haiwan yang kian terancam haruslah kita pelihara sebagai khalifah di bumi: antaranya Gajah Pygmy Borneo, Tapir Malaya, Kambing Gurun, Penyu, Ungka Tangan Putih, Kancil, Orang Utan, Burung Botak Upeh, Harimau Malaya dan Seladang. Cerita tentang harimau malaya ini, tim Harimau Malaya kita juga tidak kurang hebatnya. Untuk mencapai kedudukan terbaik FIFA bukanlah mudah demi martabat dan maruah negara. Namun, bergerak dan berusaha atas realiti untuk mencapai satu-persatu impian bukanlah suatu yang mustahil.

Jadi, tahniah kepada Harimau Muda negara bawah 23 tahun kerana telah melunakkan Bangladesh 2-0 pada 6 September 2023 lalu, melunakkan Filipina 4-0 pada 9 September 2023 lalu dan Thailand pada 12 September 2023 ini di Stadium Chonburi, Thailand. Semoga berjaya mendapat juara atau naib juara dalam kumpulan H untuk melangkah ke Piala Asia B-23 di Doha, Qatar pada tahun hadapan 2024. Anda semua sememangnya mantap memberikan inspirasi kepada senior dan junior bolasepak khususnya dan seluruh peminat amnya.

Tidak dilupakan juga kepada Harimau Malaya atas keputusan seri 2-2 ke atas Syria dan 1-1 ke atas China dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa pada 6 & 9 September 2023 yang lalu. Semoga dengan keputusan seri terhadap tim yang lebih tinggi kedudukan FIFA ini menaikkan semangat dan keyakinan diri untuk terus kerja kuat dan tambah baik kualiti permainan supaya dapat melangkah lebih kuat dan mencipta sejarah untuk berjaya melepasi kelayakan Piala Dunia menentang Kyrgyzstan dan Oman dalam kumpulan D.

Dengan anugerah Yang Maha Perkasa ini memberikan kita peluang untuk sentiasa bersyukur dan sabar menjalani segala perkara yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Yang Maha Pencipta. Maka dengan “Mengikut Rasulullah Dan Yakin Kepada Allah” itulah MERDEKA yang sebenar. (Merdeka = مرديكا). Hargailah kemerdekaan ini dengan menghayati nilai-nilai daripada lima rukun negara juga sebelum kemunculan al-Masih Dajjal.

Dalam versi Ustaz Auni Bin Mohamed, Dajjal dilahirkan beberapa tahun sebelum zaman Nabi Musa. Sehingga muncul pada zaman Nabi Musa sebagai Samiri di mana namanya juga adalah Musa. Manakala dalam versi Ustaz Muhammad Bin Abdullah (Ustaz Amin) pula, Dajjal lahir pada zaman Nabi Nuh, kerana Nabi Nuh adalah Nabi pertama yang menceritakan tentang ujian-ujian daripada Dajjal yang jahat.

Syurga adalah tempat yang sangat 'sophisticated' teknologinya. Nabi Adam sudah mengalami pengalaman di Syurga dan merasainya, macam-macam ilmu beliau ada. Adapun Dajjal dilahirkan pada zaman Nabi Nuh, di mana zaman Nabi Nuh zaman paling canggih sepanjang zaman yang masih misteri sehingga kini. Sebab itu Dajjal tengok teknologi zaman sekarang tidaklah sehebat zamannya. Hati-hati apabila Dajjal keluar, senang sangat nak perdaya manusia.

Semoga rakyat Malaysia semakin bersatu dan maju seiring dalam lagu Negaraku tidak kira agama, etnik dan warna kulit. Janganlah lupa untuk utamakan etnik Melayu kerana di sinilah asal usul kita. Utamakan bangsa sendiri adalah sunnah Rasulullah tanpa menghina bangsa lain. Jika bangsa sendiri rosak, maka keluarlah bantu dakwah perbaiki kerana setiap bangsa tidak ada yang sempurna.

Umpama kereta Rolls-Royce sendiri rosak, hantarlah ke bengkel Rolls-Royce, bukan sibuk menyuruh tukang motosikal BMW untuk perbaiki Rolls-Royce. Hiduplah bersama Rolls Royce, Bently, Mercs, BMW, Audi, Porche, Lamborghini dan lain-lain perlu hidup bersama demi kemakmuran, keharmonian dan keamanan negara yang tercinta. Salam damai dan maju jaya negaraku. ♥️🇲🇾

Demi negara yang tercinta,
Dicurahkan bakti penuh setia,
Demi raja yang disanjung tinggi,
Kesetiaan tak berbelah bagi.

Kepada pemimpin kepada rakyat,
Khidmat diberi penuh taat,
Sama bekerja sama berusaha,
Setia berkhidmat untuk semua.

Rela berkorban apa sahaja,
Amanah bangsa dan negara,
Kami berikrar penuh setia,
Untuk agama, bangsa dan negara!

Monday, February 20, 2023

#56 YA'JUJ DAN MA'JUJ

Hantaran ke-56 ini, aku mahu berkongsi salah satu tanda besar hari kiamat, memandangkan nombor 56 sinonim dengan surah kelima puluh enam dalam susunan suhuf al-Quran, iaitu surah al-Waqi`ah, yang menceritakan tentang peristiwa hari Kiamat. Terlalu banyak tanda kiamat seperti yang kita semua sudah maklum yang tak dapat dikongsi di sini semuanya. Salah satunya ialah Ya'juj dan Ma'juj.

Menjadi keajaiban jika kita mengamalkannya setiap malam atau selepas subuh, tidak akan ditimpa kefakiran ke atasnya. Paling kurang kalau bukan harta, jiwanya akan kaya. Setiap orang yang kaya harta adalah bermula daripada kayanya jiwa. Apakah kaitan antara peristiwa tiga golongan ini dengan kekayaan jiwa? Seperti tidak masuk akal. Namun, begitulah feqah memang tidak pernah sentiasa masuk akal kerana Allah lebih mengetahui.

Surah al-Waqi`ah menceritakan tentang tiga golongan apabila berlakunya kiamat. Dua golongan daripadanya adalah ahli syurga dan satu golongan sahaja ahli neraka. Dari ayat pertama sampai habis, semuanya bercerita tentang tiga golongan ini sehingga menjadi tanda tanya siapakah sebenar yang akan tergolong dalam setiap satu golongan itu. Ia menjadi pendorong semangat untuk kita berbuat baik juga kerana yang akan memasuki syurga lebih ramai daripada ke neraka.

Golongan pertama ini ramai sangat pada zaman Nabi Muhammad, semakin beralih zaman, semakin kurang manusia dan jin dalam golongan pertama. Kemungkinan besar 4.9 bilion golongan masuk syurga tanpa hisab di sini. Kemungkinan besar juga golongan pertama ini mempunyai salah satu daripada empat sifat utama, iaitu Hayyin, Layyin, Qorib dan Sahl. Selalu menyebarkan pendamaian, memberi makan, menyambungkan ukhuwwah kasih sayang dan bersolat malam.

Golongan kedua pula bilangannya amat ramai tidak kira dari zaman Nabi Adam sampailah hari kiamat. Kemungkinan golongan kedua di sini termasuklah yang akan memasuki neraka dulu adalah daripada 72 golongan yang mewakili 22 kelompok Syi`ah, 20 kelompok Khawarij, 20 kelompok Mu`tazilah, 5 kelompok Murji'ah, 2 kelompok Najjariyyah, 1 kelompok Jabbariyyah, 1 kelompok Qodariyyah dan 1 kelompok Musyabbihah.

Manakala golongan ketiga pula merupakan golongan yang tidak bernasib baik, di mana mereka selalu mendustakan kebenaran sehingga dibenci oleh Allah dan selalu berada dalam kesesatan dek kerana kemungkaran dan kemusnahan bumi sering berlaku atas asbab tangan mereka. Kebanyakannya adalah Yahudi Zionis dan Kristian. Setiap hari dalam solat, kita membaca al-Fatihah supaya tidak terjerebak dengan aktiviti seperti mereka.

Walaupun semua ini berlaku atas izin-Nya, namun janganlah persoalkan mengapa Allah menciptakan hamba yang akan memasuki neraka kerana ini adalah rahsia-Nya. Golongan ketiga ini kebanyakannya adalah sudah tentulah Dajjal, Ya'juj, Ma'juj dan para pengikut mereka, terutamanya ahli iluminati dan freemason. Bilangan mereka ini amatlah ramai dan sudah tentulah mereka adalah keturunan Nabi Adam.

Berdasarkan hadis, daripada 1,000 orang yang dimasuki ke neraka, hanya seorang yang akan keluar semula untuk ke syurga dek kerana ada iman walau sebesar zarah setelah dicucikan. Walaupun begitu, ramai juga akan ke syurga. Marilah kita gali salah satu tanda besar kiamat, iaitu Ya'juj dan Ma'juj yang ada dinyatakan dalam al-Quran dalam surah al-Kahf dan al-Anbiya'.

Dzulqarnain menuju arah terbenam matahari = terdapat lautan likat dan hitam (`ainun hami'ah), kini dikenali sebagai Laut Hitam. Di situ, beliau bertemu dengan suatu kaum. Beliau memberi ganjaran kepada yang berbuat baik dan menghukum sesiapa yang berbuat jahat.

Dzulqarnain menuju arah terbit matahari = terdapat suatu kaum yang "tidak disediakan pelindung".  Terdapat laut berhampiran yang tidak dapat direntasi yang kini dikenali sebagai Laut Kaspian. 

Dzulqarnain menuju ke arah lorong panjang di antara dua kaki gunung. Di sanalah beliau memanggar Ya'juj dan Ma'juj. Kemungkinan besar, tembok tembaga yang telah dibina oleh beliau adalah berada di Banjaran Kaukasian yang merentasi Iran, Turki, Azerbaijan, Armenia, Georgia dan Rusia.

Di banjaran tersebut terdapat suatu lorong panjang yang dinamakan sebagai 'Darial Gorge' dan ia terletak di sempadan Georgia-Rusia. Di situ ada kesan runtuhan tembok tersebut di mana Ya'juj dan Ma'juj telah berjaya keluar dari kepungan.

Ya'juj - Nomad Mongol-Altaik (Xiongmu, Tartar dan Mongol), berada di padang rumput Eurasia Timur. Tubuh mereka lebih pendek, berkulit kuning, berambut hitam, berwajah lebar dan bermata sepet.

Ma'juj - Nomad Sycthian-Eropah (Indo-Eropah seperti Aryanomad, Hun, Alan dan Khazar), berada di padang rumput Eurasia Barat. Tubuh mereka lebih tinggi, berkulit putih, berambut 'blonde', berwajah oval dan bermata normal.

Zaman Nabi Muhammad berdasarkan hadis, sohih muttafaqun `alaih, tembok tembaga itu telah berjaya ditebuk sebesar lingkaran jari telunjuk dan ibu jari. Tidak mustahil mereka berjaya lolos seperti dalam surah al-Anbiya', ayat 95-96. Beberapa sejarah Islam dilihat amat sadis dan menyayat hati sejak mereka bergerak ke seluruh dunia.

Antaranya seperti yang pernah dikongsikan oleh saudara Haziq di saluran Youtube beliau yang bernama Ajar, mengenai kemusnahan pusat penterjemahan dan perpustakaan pertama dan terbesar di dunia, iaitu Baitul Hikmah yang terletak di Baghdad oleh tentera Mongol pada tahun 1258 M.

Ingatkah sejarah bangsa Israel yang telah lenyap dari peta dunia? Kali pertama mereka membuat kerosakan, Allah menghantar tentera Babylon menyerang Jerusalem di bawah pimpinan Raja Bukhtansor (King Nebuchadnezzar II) pada 589 SM. Kali kedua mereka membuat kemungkaran, Allah menghantar tentera Roman menghancurkan Jerusalem pada 70 M.

Ustaz Auni Bin Mohamad pernah bercerita bagaimana perang salib bermula. Ia diasaskan oleh seorang paderi dikenali sebagai Paus (Pope) Urbanus II. Ia telah menyatakan perang terhadap kaum Muslimin di konsili Clermont pada 27 November 1096 M, mengawali terjadinya perang salib pertama.

Ia berhasil merebut Jerusalem pada tahun 1099 M dan mendirikan kerajaan Kristian Latin di Palestin. Selama empat tahun ini, ramai orang Islam dan Yahudi dibantai dan dibunuh dengan kejam dengan hampir 40,000 kematian sehingga darah terkumpul mencecah buku lali.

Kerajaan salib ini berakhir pada tahun 1187 M tatkala muncul seorang pahlawan Islam dalam peperangan Hattin yang bernama Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Bangsa Israel kembali ke Jerusalem dan merantau ke Eropah sehingga mengganggu pemerintahan raja-raja Eropah ketika itu.

Apakah yang mengganggui mereka? Itulah ilmu-ilmu sihir yang dipelajari oleh bangsa Israel hasil terjumpai kitab-kitab sihir aliran kabbalah dari zaman Raja Namruz di bawah sebuah kuil yang dinamai Haikal Sulaiman sementelah dapat kembali di Jerusalem ketika Islam memerintah.

Disebabkan sihir, bangsa Israel menyembah syaitan dan menubuhkan Knight Templar dengan mengamalkan beberapa ritual yang tidak disenangi oleh salah seorang raja dari Perancis ketika itu, iaitu Raja Philip Le Bel (Phillip IV) pada tahun 1307 M.

Namun, Knight Templar meminta bantuan Scandinavia dengan bantuan Ya'juj Ma'juj dengan menubuhkan suatu kumpulan yang dikenali sebagai Viking. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah anglo-saxon dengan menukar sejarah lalu tertubuhlah Lodge Freemason. (Scottish Rite sebagai lodge pertama).

Setelah hampir 2,000 tahun dihalau keluar dari Jerusalem, bangsa Israel telah kembali semula ke Jerusalem seperti yang dijanjikan dalam al-Quran. Bahkan, mereka berjaya menubuhkan kembali negara Israel dengan merampas Palestin daripada umat Islam pada tahun 1948 M.

Mereka merampas Palestin dengan bantuan tentera-tentera salib yang bergerak atas arahan Vatikan dan diketuai oleh British. Timbul persoalan siapakah yang membantu bangsa Israel ini untuk kembali ke Jerusalem setelah dihalau hampir 2,000 tahun? Adakah Ya'juj dan Ma'juj masih terkepung atau dalang di sebalik agenda ini?

Anda boleh membaca info selanjutnya mengenai Ya'juj dan Ma'juj di laman sesawang ini: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2603-bayan-linnas-siri-ke-147-ya-juj-dan-ma-juj-dan-hakikatnya

Ustaz Auni telah pun memberi hipotesis bahawa Ya'juj dan Ma'juj lah yang telah bersatu dengan keturunan Fir`aun Ramsis II (mendiang Ratu Elizabeth II di UK) untuk merampas Palestin dan menubuhkan negara haram Israel. Sedangkan mereka bukanlah Israel sebenar (keturunan anak-anak Nabi Ya`kub yang 12 adik-beradik) dan bukan juga Yahudi yang asli. Yahudi sebenarnya baik dan tidak perlu pun negara sendiri apatah lagi merampas negara milik orang.


Hipotesis telah diberi, terserah kepada kita untuk mengkaji dan membuat kesimpulan sendiri. Anda boleh menonton video di atas untuk lebih lanjut. Jadi, hari kiamat sudah terlalu hampir dek terlepasnya Ya'juj dan Ma'juj. Tahun hadapan ialah tahun 2024, iaitu 100 tahun selepas terjatuhnya kerajaan Islam Utsmaniyyah. Kemungkinan besar Imam Mahdi akan dibai`ah pada tahun hadapan.

Sekarang sudah tahun 1444 hijri, lagi baki 56 tahun lagi untuk tahun 1500 hijri, di mana tahun itu dijangka seperti dalam salah satu hadis dhoif, kehancuran dunia akan berlaku. Pesanan ikhlas untuk diri sendiri, jagalah amal ibadah kepada-Nya dan teruskan berbuat baik sesama makhluk. Aku doakan semoga kita tergolong dalam kalangan lembayung lindungan rahmat-Nya daripada anasir Dajjal dan pemikiran Zionis yang sesat lagi zalim ini.

Wednesday, February 15, 2023

#55 KESIHATAN DUNIA AKHIRAT

Apa khabar iman anda? Adakah iman anda sihat sejahtera?

Untuk hantaran ke-55 ini, ada suatu perkara menarik tentang nombor 55. Iaitu usia baginda s.a.w. ketika berusia 55 tahun. Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berperang dalam peperangan pertama dalam sejarah Islam yang ketika itu baginda berusia 55 tahun?

Zaman kita selalunya ketika berusia 55 tahun, sudah ditimpa bermacam-macam penyakit. Kebiasaannya juga kita sudah pencen pada usia sebegini. Tidak pula terhadap Nabi kita, manusia paling bertenaga dan paling sihat, lebih kuat daripada Nabi Musa.

Lalu, bagaimanakah hidup kita? Adakah perjalanan hidup kita sentiasa mengikut jejak langkah baginda? Adakah kita mengambil tauladan jika tidak 100% pun, namun 50% sahaja pun sudah memadai termasuk dalam aspek penjagaan kesihatan?

Hari ini, saya mahu kongsikan tips untuk cara hidup sihat. Amalkanlah setiap hari. Ingat KTM Kepong Sentral:

K = Kurangkan tekanan dengan zikrullah.

T = Tidur yang berkualiti.

M = Makan minum yang cukup 7 zat.

K = Keluarkan peluh dan keluar musafir.

S = Solat 5 waktu dan solat sunnat.


Tahukah anda apakah itu 7 zat? Dimulai daripada yang paling penting kepada yang kurang penting, 7 zat itu ialah air, vitamin, karbohidrat, protein, lemak (DHA dan LPA), mineral (kalsium dan magnesium) dan serat.

Hikmah Perang Badar ini banyak mengajar kita untuk menjaga kesihatan sebenarnya. Apatah lagi Perang Badar berlaku dalam bulan Ramadhan. Hikmah yang sama juga apabila kita berpuasa supaya badan menjadi lebih sihat.

Jangan lupa, tujuan utama berpuasa bukan untuk menjadi sihat semata-mata, tetapi berpuasa untuk mendidik diri dan mentarbiah untuk menjadi seorang yang ikhlas. 

Dalam hidup ini, jadilah orang yang ikhlas, bukan jadi orang baik. Orang yang ikhlas, pasti jadi baik. Orang yang baik, belum tentu lagi ikhlas. Orang jahat lagilah tidak ikhlas.

Malaikat sendiri tidak faham apa itu ikhlas. Malaikat tidak faham apa itu mujahadah. Iblis pula tidak takut dengan si alim dan si abid. Iblis takut dengan orang-orang ikhlas.

Ikhlas tidak akan membangkitkan perbuatan yang Allah tidak suka. Walau zahirnya nampak baik, kalau tidak ikhlas tetap tiada gunanya. Walau zahirnya seolah-olah buruk, jika ikhlas tetap ada gunanya.

Ikhlas adalah hubungan istimewa antara hamba (manusia dan jin) dengan Allah sahaja. Semuanya dibuat untuk mendapat keredhaan-Nya. Orang yang ikhlas pasti berjaya.

Bukan senang untuk menghasilkan sesuatu yang baik tetapi tiba-tiba hilang sekelip mata. Begitulah dunia. Kita selalu memberontak akan perkara yang tidak kita capai.

Orang-orang yang ikhlas tidak akan membalas dendam dengan bertindak melulu tanpa ada toleransi. Orang-orang yang ikhlas berasa sama sahaja sama ada dikecam atau dipuji.

Mereka faham semua perkara adalah milik Dia. Allah berhak menghilangkan sesuatu untuk menggantikan perkara yang lebih baik, walau begitu besar kehilangannya bagi kita seolah-olah tercabut nyawa sendiri.

Yakinlah pada-Nya, nikmati dan hargai kehidupan selagi ada. Sentiasa berdoa sama ada setelah mendapat nikmat atau bala. Tanpa rasa jemu, berdoa untuk memperhambakan diri, bukan mengharap pengkabulan.

Allah akan mengkabulkan bukan dengan cara kita, tapi dengan cara-Nya. Sentiasa mencari kebaikan daripada keburukan orang lain dan mencari keburukan daripada kebaikan diri sendiri untuk diperbaiki yang membuahkan taqwa dan iman. Itulah ikhlas.

Walau mungkin hari ini jasmani kita tidak sihat, janganlah sampai dalaman kita tidak sihat juga. Kebanyakan jasmani kita sakit berpunca daripada tekanan yang melampau. Kalau dalaman kita sihat, insya-Allah luaran juga akan sihat dan cepat sembuh.

Semoga kita sihat dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek sepanjang hayat. Kita bermohon iman yang sejahtera dan tubuh badan yang sejahtera juga. Semoga Allah memelihara kesihatan kita dunia dan akhirat.

اللهم عافني في بدني وعافني في سمعي وعافني في بصري

Sunday, January 8, 2023

#54 NABI MUSA

Ketika anda berasa anda banyak pengalaman, janganlah rasa anda mempunyai ilmu melebihi orang lain. Ketika Nabi Musa `alaihis solatu wassalam bertemu dengan Nabi Khidir `alaihis salam, Nabi Musa pernah terciduk dan termakan dirinya sendiri. Apa sebab?

Nabi Musa antara nabi yang fasih berbicara. Ingatlah ketika Nabi Musa bertemu dengan Nabi Muhammad (ص) di langit keenam ketika peristiwa Isra' Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi Musalah yang paling mesra dan paling banyak bersembang dengan Nabi Muhammad. 

Sebelum Nabi Muhammad Mi`raj ke `Arasy untuk bertemu dengan Allah, Nabi Muhammad bertemu dengan Nabi Ibrahim di langit ketujuh. Kemudian, apabila bertemu Allah di `Arasy, baginda turun semula dengan perintah solat 50 waktu sehari semalam. Tahu bukan siapa yang mengambil berat dan menyapa lagi baginda setelah baginda turun dari `Arasy?

Ya. Sepatutnya Nabi Ibrahim yang menyapa kerana di langit ketujuh dulu, tetapi yang menyapa ialah Nabi Musa. Nabi Musa bertanya berapa waktu solat, apabila kedengaran 50 waktu, Nabi Musa terus menasihati Nabi Muhammad supaya dikurangkan lagi. Bukan sekali, tetapi 9 kali sehingga menjadi 5 waktu sahaja sehari semalam.

Ingat atau tidak akan peristiwa Nabi Musa berkhutbah sehingga mengalir air mata kaumnya? Apakah anda mengira jika Nabi Musa itu tergagap-gagap ketika berbicara, adakah orang yang gagap, mampu berpidato sehingga membuatkan orang ramai tersentuh dan mengalirkan air mata? Nah, ketika inilah peristiwa Nabi Musa diperintahkan untuk bertemu dengan Nabi Khidir.

Ya, benar Nabi Musa pernah berdoa supaya lancarkan lidahnya untuk bertemu dengan bapa angkatnya Firaun Ramsis II, yang juga petah berbicara. Bayangkan dirinya pernah terbuat salah, menghadap pula ketua negara yang ingin menangkapnya atas tuduhan membunuh dan diperintahkan pula menghadap orang yang pernah menjaganya sepanjang di istana untuk berdakwah.

10 tahun beliau tidak bertemu dengan ayah angkatnya, selama dia bekerja di Madyan dengan bapa mertuanya, Nabi Syu`aib. Akan berangkat bersama-sama isterinya, Sofura dan anaknya ke Mesir. Beliau berdoa dalam bahasa Ibrani atau Hebrew (diterjemahkan ke dalam bahasa Arab seperti sedutan daripada surah Toha ayat ke-25 hingga ke-35): رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي واجعلني وزيرا من أهلي هارون أخي اشدد به أزري وأشركه في أمري كي نسبحك كثيرا ونذكرك كثيرا إنك كنت بنا بصيرا

Nabi Musa mudah melatah dan mudah naik angin apabila ada orang suka melawan hujah dan saiko dirinya. Nabi Musa pernah terbunuh seseorang berbangsa Qibti tanpa sengaja dek tumbukan padunya untuk melindungi bangsanya yang teraniaya. Oleh kerana itulah beliau berdoa sedemikian. Jika lancarkan lidahnya dan ada abangnya, Nabi Harun bersama sebagai peneman, dirinya akan lebih tenang serta tidak mudah 'triggered' dan 'tempered'. Sifat ini banyak juga berlaku dalam kalangan bangsa Melayu yang mudah mengamuk apabila 'diusik' terhadap sensitiviti Melayu.

Orang paling kuat bukan yang menang bergusti, tetapi ialah yang boleh tahan kemarahannya, sedangkan dia mampu melepaskan untuk menyakiti. Begitulah lebih kurang sabdaan kekasih kita, Rasulullah s.a.w.. Jika Nabi Musa a.s. seorang yang gagah, pernah tertumbuk seseorang tanpa sengaja sehingga ia mati, ketahuilah baginda s.a.w. lebih gagah. Namun, tidak pernah membalas dengan pergaduhan atau beradu tenaga ketika baginda dibaling batu atau tahi, dan ketika dikecam mahupun dihina. Allahumma Solli `Alaa Sayyidinaa Muhammad. ❤️❤️❤️

Ada beza antara PANDAI, CERDIK dan BIJAK. Pandai ialah faham dan berkemahiran dalam sesuatu perkara. Cerdik ialah kuat ingatan. Manakala bijak ialah cekap membuat keputusan walaupun ditentang oleh orang ramai. Jika perkara itu diputus dengan ramalan masa hadapan, ia digelar bijaksana. Semua Nabi atau utusan Allah adalah bijaksana. Jika tidak bijaksana, tidak mungkin ia dilantik sebagai utusan apatah lagi sebagai pesuruh-Nya. 

Jadi, para nabi bukan setakat `alim. `Alim (عالم) bermaksud orang yang pandai. Tak semua orang alim itu bijak. Iblis itupun pandai dan alim. Tapi iblis tidak bijak kerana iblis memilih untuk biadap. Orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak sediakan amalan untuk kehidupan di akhirat. Jadi, tidak semua benda apa-apa yang kita nampak atau yang kita dengar kita terus boleh komen. Ingatlah peristiwa tatkala Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir dan berjanji tidak akan memberikan komen sebelum diizinkan.

Adakalanya kita perlu diam dulu dan berfikir sebagaimana Nabi Khidir mengajar Nabi Musa untuk tidak mempersoalkan atas perkara buruk sebelum menyoal siasat terlebih dahulu. Nabi Khidir banyak mengajarkan Nabi Musa bahawa kadangkala kita menyangka sesuatu itu adalah haram berdasarkan ilmu dan pengalaman yang kita ada. Namun, boleh jadi sebenarnya ia adalah halal berdasarkan dari konteks berbeza atas hujah yang kita belum gali lebih dalam. Ini pengajaran pertama.

Pengajaran kedua ialah bukan senang untuk menghasilkan sesuatu yang baik tetapi tiba-tiba hilang sekelip mata. Begitulah dunia. Kita selalu memberontak akan perkara yang tidak kita capai. Selalu ingin membalas dendam dengan bertindak melulu tanpa ada toleransi. Sedangkan semua perkara adalah milik Dia. Dia berhak menghilangkan sesuatu untuk menggantikan perkara yang lebih baik, walau begitu besar kehilangannya bagi kita seolah-olah tercabut nyawa sendiri. Yakinlah pada-Nya, nikmati dan hargai kehidupan selagi ada.

Fitrah manusia ialah sentiasa mahu diri dihargai. Amat pelik jika sesuatu pekerjaan kita lakukan sekarang, tidak diberikan upah dari segi wang. Walau kita tahu wang bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang untuk hidup. Namun, kadangkala, fiqh awlawiyyat mengambil risiko yang lebih rendah, utamakan maslahah ummah dan sentiasa fikirkan keuntungan jangka masa panjang walau pilihan itu tidak menguntungkan diri sendiri. Inilah pengajaran terakhir sebelum mereka berdua berpisah.

Adakah dengan peristiwa Nabi Khidir membocorkan perahu milik orang lain yang bantu menyeberang laut, membunuh seorang kanak-kanak lelaki yang tidak berdosa dan membina semula dan menambah baik sebuah dinding yang usang tanpa upah wang untuk anak-anak yatim menunjukkan bahawa Nabi Khidir lebih bijak daripada Nabi Musa? Bahkan, Nabi Musa lebih bijak daripada Nabi Khidir kerana Nabi Musa adalah ulul azmi, orang ketiga paling dimuliakan sepanjang zaman selepas Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim.

Apa yang diajarkan Nabi Khidir hanyalah sebahagian untuk pengajaran, bukan untuk menentukan siapa lebih bijak. Pengajaran untuk Nabi Muhammad dan ummat baginda juga. Inilah dinamakan hormat, belajar sesuatu daripada apa-apa yang dikata, bukan siapa yang berkata, walau daripada seseorang yang lebih rendah martabatnya daripada kita. Kita hormat kerana ilmu, sebagaimana para malaikat pernah sujud bukan tanda sembah, tapi tanda hormat kepada Nabi Adam a.s..

Hormat adalah sebahagian daripada adab. Semakin kita beradab, kita akan semakin diberikan pertolongan. Adab bukan setakat kita tonjolkan dengan perbuatan seperti lemah lembut, bersopan-santun dan sebagainya, namun adab juga dikira dari hati dan fikiran. Hati yang beradab ialah hati yang sentiasa ikhlas semata-mata untuk keredhaan Allah. Manakala fikiran yang beradab ialah sentiasa berfikir perkara yang bermanfaat sebelum melakukan apa-apa tindakan.

Kadangkala, bertindak tegas terhadap orang-orang yang kurang ajar juga dikira sebagai adab. Kita marah terhadap orang yang menghina Nabi juga dikira sebagai adab. Adab terlahir secara semulajadi dan bukan dibuat-buat. Adab amat berkait rapat dengan ihsan. Iaitu apa-apa sahaja yang kita lakukan, kita akan buat yang terbaik dan paling berkualiti untuk menunjuk kepada Allah sahaja, bukan menunjuk-nunjuk kepada makhluk.

Sebab itu adab juga adalah sebahagian ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Muslim, tidak kira ia daripada latar belakang agama ataupun tidak, kerana adab adalah ilmu fardu ain. Cukupkan tiga I = ilmu fardu ain, iaitu Islam (Ibadah), Iman (Aqidah) dan Ihsan (Adab), maka kehidupan kita akan aman dan sejahtera. Adab ini kadangkala malaikat pun tak faham, lagi-lagi berkaitan dengan ikhlas, kerana hanya antara manusia atau jin dengan Allah sahaja.

Walau solat 5 waktu sehari semalam pun jika tidak beradab, tetap akan dimasukkan ke neraka dulu untuk dicucikan sebelum ke syurga. Kita sesama kita pun selalu tidak beradab, bagaimanakah Allah mahu memberikan pertolongan kepada umat ini? Ingatlah peristiwa tongkat Nabi Musa menjadi ular, disebabkan adab yang ditonjolkan oleh 'wizards' atau ahli-ahli sihir Firaun terhadap Nabi Musa, mereka peroleh hidayah (hadiah atau petunjuk) daripada Allah, lalu mereka syahid dan diterima oleh-Nya.

Semoga Allah memberikan kesejahteraan ke atas nabi kita baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua para nabi dan ketua para wali, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, nabi-nabi ulul azmi, Nabi Khidir dan seluruh nabi khususnya serta seluruh umat Islam amnya. Jadikan seluruh kisah terutamanya kisah-kisah dalam al-Quran khususnya surah al-Kahf sebagai iktibar supaya terhindar daripada fitnah-fitnah Dajjal dan kuncu-kuncunya.

Tuesday, November 1, 2022

#53 QUNUT SUBUH

Pernah dengar atau tidak bahawa Nabi S.A.W. selalu tidak berdoa qunut dalam solat Fardu Subuh? Ya, kadangkala baginda buat, kadangkala baginda tidak buat qunut Subuh. Guru agama saya pernah menasihatiku kalau qadha' / qodok solat Subuh, lebih baik 'tak payah' qunut. Kalau solat Subuh pada waktu Subuh secara tunai (bukan hutang qodok), barulah qunut. Hal ini kerana antara waktu mustajab doa dalam solat selain selepas ayat al fatihah ayat 5 (وإياك نستعين...) dan sujud terakhir, waktu i`tidal terakhir pun adalah antara waktu doa mustajab.


Doa qunut ini mubah dibaca bukan dalam solat fardu Subuh sahaja, qunut boleh dibaca dalam SEMUA solat wajib dan sunnat. Sebab itu juga bacaan waktu i`tidal, bacaan Nabi sangat panjang, bukan setakat ربنا لك الحمد, walaupun kadangkala Nabi tidak berdoa qunut dalam Subuh. Bacaan i`tidal penuh berdasarkan kumpulan hadis² sohih akan jadi macam ni:

ربنا لك الحمد حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه كما يحب ربنا ويرضى ملء السماوات وملء الأرض وملء ما شئت من شيء بعد أهل الثناء والمجد لا مانع لما أعطيت ولا معطي لما منعت ولا ينفع ذالجد منك الجد

Imam Muhammad Bin Idris (pelopor mazhab Syafie) meletakkan 6 sahaja sunnat ab`adh:
1) Duduk tahiyyat awwal;
2) Membaca tahiyyat awwal;
3) Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad dalam tahiyyat awal dan doa qunut;
4) Berdiri ketika doa qunut dalam solat fardu Subuh;
5) Membaca doa qunut dalam solat Subuh;
6) Membaca selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyyat akhir dan doa qunut.

Jadi, beliau menyamakan qunut Subuh sama seperti tahiyyat awwal. Kalau tinggalkan pun, solat masih SAH. Walau tinggalkan, solat wajib itu masih sah tetapi cacat, umpama pergi temuduga pakai sempurna kemeja, kasut, berstoking dan berseluar slack panjang tapi tak pakai tali leher. Kalau solat sunnat 4 rakaat pun TAK disunnatkan tahiyyat awal seperti solat tasbih 4 rakaat, atau sunnat ba`diyah Isyak 4 rakaat, supaya dapat membezakan solat fardhu dan solat sunnat.

Bolehlah dikatakan sunnat ab`adh hanya terpakai dalam solat yang wajib sahaja. Jadi, tak perlulah berperang mulut sehingga mencemarkan perhubungan persaudaraan dek isu yang kecil sahaja. Ia sekadar sunnat, buat dapat pahala, tak buat tak dosa, tetapi RUGI sahajalah... kalau terlupa atau tertinggal sunnat ab`adh, bukankah boleh sujud sahwi? Kalau tertinggal sujud sahwi pun masih lagi solat itu sah tau, jangan marah naa... Adalah tu sebab apa Imam Muhammad Bin Idris meletakkan doa qunut sebahagian sunnah ab`adh.

Istimewanya solat Subuh ini sehingga azan pun ditambah perkataan (الصلاة خير من النوم) yang bermaksud 'Solat itu lebih baik daripada tidur' sebanyak dua kali selepas seruan (حي على الفلاح) 'Marilah menuju kejayaan'. Kadangkala sesetengah tempat diserukan azan sebanyak dua kali sebelum subuh di mana azan pertama adalah bertujuan untuk mengejutkan orang yang sedang lena untuk bangkit bersahur dan bersiap-siap untuk subuh berjemaah.

Bukankah Nabi pernah berkata, ibadah solat sunnat sebelum Subuh (qabliyyah Subuh) lebih bernilai daripada dunia dan seisinya? Jika sunnatnya pun lebih bernilai, apatah lagi yang wajibnya iaitu Solat Fardu Subuh! Nah, begitu besarnya keistimewaan Subuh ini. Sehingga jika berjemaah, ganjarannya mendapat seperti solat separuh malam atau mungkin sepenuh malam jika solat Isyak berjemaah pada waktu sebelumnya.

Waktu subuh juga pernah digunakan sebagai waktu sumpahan Allah dalam ayat pertama surah al-Fajr. Waktu inilah di mana para malaikat penjaga malam dan siang semuanya berhimpun. Bukankah setiap orang daripada kita ada dua orang malaikat bekerja ikut giliran atau 'shift' memelihara dan mencatat amalan kita? Hanya pada waktu subuh, makhluk yang paling taat, paling ramai dan paling kuat ini keseluruhannya berhimpun dan berkumpul.

Hanya orang yang memelihara solat subuh berjemaah sahajalah tanda dia ada iman yang kukuh. Orang-orang munafiq sangat berat untuk menunaikan solat isyak dan subuh, apatah lagi berjemaah. Ini khusus untuk para lelaki sahaja. Untuk wanita digalakkan solat di rumah, namun wanita mendapat keistimewaan yang sama jika bapanya atau suaminya sentiasa ke surau atau masjid untuk solat berjemaah dan dirinya juga menunaikan dan memelihara solatnya, melainkan uzur syar`ie.

Jika setelah selesai berjemaah Subuh di masjid, lalu berzikir sehingga habis waktu Subuh dan menunaikan solat Isyraq, ganjaran seperti haji dan umrah dapat diperoleh. Malah, sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada waktu subuh. Doa yang paling mustajab pula adalah pada waktu subuh atau sekitarnya juga, lagi-lagi pada waktu sahur (walau sebelum subuh namun waktu yang mustajab) dan ketika sedekah setelah solat subuh.

Anjing pun, apabila mendengar azan Subuh, mereka menyahut terutamanya ayat "Allahuakbar" (Allah Maha Besar). Adakah manusia masih lalai diulit mimpi pada waktu Subuh? Sehina-hina seekor anjing, dia tetap taat kepada tuannya. Walau lapar, jika tuannya tidak bagi makan, ia sanggup menahan lapar. Adakah manusia taat kepada Tuannya dan meninggalkan larangan-Nya (iaitu Tuhannya Allah)?

Begitulah betapa besarnya manfaat yang kita boleh kejar pada waktu Subuh. Amat rugi dan malang bagi mereka yang ketiduran dan bermalas-malasan untuk perbanyakkan ibadah pada waktu itu. Kekayaan jiwa dan harta dibuka luas, namun mengapa masih ramai yang alpa ketika tabuh berbunyi dan ayam jantan berkokok? Hanya paling kurang dua rakaat, tidak ada Qasar dan tidak boleh di-Jamak-kan lagi, menunjukkan betapa penting dan mantapnya solat Subuh ini sesuai dengan waktunya.

Sebelum tidur malam, pastikan tidur awal dan amalkan sunnah-sunnah Nabi sebelum tidur agar esok paginya dapat bangkit awal dan terjaga dengan badan sihat dan tidak dalam keadaan tertekan. Apabila kita sudah tahu kelebihan-kelebihan waktu Subuh ini, adakah kita mahu tinggalkan doa qunut dalam Solat Fardu Subuh lagi walaupun kita sedia maklum ia hanyalah sunnat? Semoga kita diberikan kekuatan untuk menunaikan dan memelihara solat Fardu Subuh secara berjemaah setiap pagi. Yang penting, solat!

Monday, October 24, 2022

#52 ILMU KALAM

 


Tahun 2022 adalah tahun kegemilangan buat bola sepak negara Malaysia 🇲🇾. Jadi, aku begitu gembira melihat akan kebangkitan tanah airku yang tercinta terhadap dunia bola sepak demi maruah agama, bangsa dan negara.

Aku berdoa, semoga Malaysia lebih maju dan lebih profesional dalam mengendali dan menyatupadukan ummat melalui arena sukan ini. Kebanyakan daripada kita sudah terbuka minda dan mata hatinya untuk sama-sama bangkit memajukan diri sendiri dan ummat atas segala bidang termasuk bola sepak, antara kecintaan sukan kebanyakan manusia dewasa ini.

Semoga terus gemilang duhai Harimau Malaya-ku di AFC U17 dan AFC khususnya tahun hadapan, tahun 2023 dan AFC yang lain pada tahun-tahun seterusnya! Daripada jersiku yang kupakai, kuingin kongsikan akronim JERSI yang mantap sebagai bekalan hidup anda.

JERSI = Jasmani, Emosi, Rohani, Sosial dan Intelek.

Kelima-limanya perlukan makanan setiap hari.

Jasmani makanannya 7 Zat;

Emosi makanannya Sabar;

Rohani makanannya Zikir;

Sosial makanannya Ukhuwwah;

Intelek makanannya Ilmu.


Nak dunia, Ilmu. Nak akhirat, Ilmu. Nak kedua-duanya, Ilmu, juga. Tidak tepat jika mengatakan, adab dulu baru ilmu. Sedangkan adab juga adalah sebahagian daripada ilmu. Tamadun terbina disebabkan lahirnya para cendekiawan, pemikir dan ilmuwan yang menguasai pelbagai ilmu dalam bidang masing-masing.

Ilmuwan terbahagi kepada banyak bahagian, ada yang pakar dalam bidang agama, ada yang pakar dalam bidang usahawan, ada yang pakar dalam bidang kemahiran dan lain-lain.

Yang lebih tepat adalah, ilmu haruslah seiring dengan tauhid, adab dan ibadah. Barulah hidup berjaya dunia akhirat. Hidup ini tidak terlepas daripada agama, kerana Islam itu adalah cara hidup.

Hal ini kerana ketiga-tiganya adalah wajib ain (fardu ain), sedangkan ilmu selain daripadanya ialah wajib kifayah (fardu kifayah). Jika tinggalkan wajib ain dan wajib kifayah, maka berdosa besar ke atasnya.

Mengapa nak ikut Senator Prof. Dr. Iblis yang ilmuwan? Dah ada ilmu masih mahu kata: "Aku lebih baik, aku api, dia tanah"? Mengapa nak ikut YB Datuk Qarun yang hartawan? Dah ada harta masih mahu kata: "Ini semua kerana usaha aku dan ilmu yang ada pada aku"? Ikutlah Saiyidina wa Habibina wa Nabiyina Muhammad s.a.w., baginda ketua para ilmuwan, ketua para dermawan, ketua para wali, dan ketua para rasul. Iblis amat memusuhi baginda s.a.w.

Para sahabat r.hum juga demikian, setiap sahabat memiliki kelebihan ilmu masing-masing, semua menggunakan kelebihan diberi untuk agama. Mereka berjaya seiringkan semua ilmu dengan tauhid, adab dan aktiviti fiqh yang benar. Hindarkan akidah, akhlak dan ibadah yang salah. Fitnah akhir zaman selalunya terjadi kerana DUA GOLONGAN: (1) Mereka yang membenci terhadap Islam; (2) Mereka yang taasub atau fanatik kepada Islam.

Sahabat-sahahat Nabi r.hum berjaya menjadikan diri ilmuwan-ilmuwan yang tak pernah rasa diri betul, mereka sentiasa cari kelemahan diri untuk perbaiki diri sendiri dari semasa ke semasa. Seperti Nabi s.a.w., walau baginda sendiri ketua para rasul, baginda tak pernah merasa diri sendiri paling hebat. Apabila hendak menunjuk berbuat baik, mereka berbuat baik untuk menunjuk kepada Allah semata-mata, bukan pada makhluk. 

Mereka berjaya menghindarkan diri mereka daripada jahil pada agama. Mereka bukan sekadar tahu tentang ilmu agama seperti kebanyakan manusia hari ini, tetapi mereka juga amat memahami apa itu agama. Tahu dan faham adalah perkara yang berbeza. Mereka faham kerana mereka sentiasa bertalaqqi dengan Rasulullah s.a.w., jumpa orang, jaga amal dan sentiasa bercakap-cakap tentang iman, Allah dan hari akhirat.

Mereka berjaya menjadikan hidup mereka sebagai IBADAH. Dari bangun tidur pada awal pagi sehingga tidur semula pada malam sentiasa diisi perkara bermanfaat supaya semuanya menjadi ibadah. Tujuan hidup manusia adalah untuk memperhambakan diri hanya kepada Allah dan tunduk taat akan segala perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya. Islam dijadikan cara hidup mereka seharian. Syarat ibadah hanya ada empat:

  1. Ikhlas hanya mencari keredhaan Allah;
  2. Utamakan dan laksanakan yang lebih wajib;
  3. Tidak meninggalkan syariat Nabi Muhammad s.a.w.;
  4. Dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan berkualiti.

Mereka dapat membezakan antara jazm, zhon, syak, wahm dan jahl dengan jayanya. Jazm adalah 100% yakin dengan kebenaran dan kebijaksanaan, zhon adalah melebihi 50% yakin dengan kebenaran, syak adalah tepat-tepat 50% yakin dengan kebenaran, wahm adalah mengurangi 50% yakin dengan kebenaran, manakala jahl adalah 100% tidak yakin dengan kebenaran atau 100% yakin dengan kebodohan.

Dalam akidah mereka perlu dan wajib jazm kerana ia melibatkan iman, namun dalam feqah mereka cukup minimum berpegang pada zhon kerana melibatkan ibadah. Manakala dalam kesufian mereka berjaya mengimbangi supaya tidak terlibat dalam perkara syak. Mereka sentiasa berasa seolah-olah dapat melihat Allah atau paling kurang meyakini 100% bahawa Allah Maha Melihat mereka dalam setiap perkara iman dan amal ibadah mereka kerana ini melibatkan ihsan.

Dalam setiap perkara, pasti akan ada jirim dan `aradh, atau zat dan sifat. Hanya Allah sahaja punyai zat dan sifat yang tidak akan menyamai seluruh ciptaan-Nya. Semua ciptaan-Nya dinamakan makhluk, atau dalam bahasa mudahnya, selain daripada Allah adalah makhluk. Daripada seawal-awal makhluk diciptakan seperti al-Qalam (pena menulis qadak qadar), air, arasy, masa, malaikat, langit, alam semesta bumi, udara, binatang, jin, manusia, atom dan sebagainya semuanya adalah makhluk.

GAS, CECAIR DAN PEPEJAL, SEMUA ADALAH MILIK-NYA. JADI, DI MANAKAH MILIK KITA?

Hanya makhluk yang mempunyai zat dari segi jisim (yang boleh nampak dengan mata kasar) dan jauhar (yang tidak boleh nampak dengan mata kasar), ada yang katsif (yang boleh dipegang) dan ada juga yang lathif (yang tak boleh dipegang). Tidak ada satupun tertinggal dalam pengetahuan Allah. Tidak ada satupun terlepas dalam genggaman Allah. Tidak ada satupun yang boleh bersembunyi daripada pemerhatian Allah. Yang kecil, besar, abstrak, tampak, jauh, dekat, gerak hati, fikiran, penglihatan, pendengaran, gelap, terang, hitam, putih dan sebagainya, segala-segalanya tunduk dalam kekuasaan-Nya.

SEBAB ITU YAKINLAH DENGAN 100% BAHAWA SEMUA MAKHLUK TIDAK ADA YANG BERKUASA, KUASA MUTLAK HANYA PADA ALLAH, MAHA PERKASA MAHA BIJAKSANA!

Biarlah kita berpegang fiqh berbeza, namun aqidah kita biarlah sama. Walau anda berpegang pada ideologi Imam Mansor al-Maturidi (zaman Hanafi) atau pada ideologi Imam Hasan al-Asy`ari (zaman Maliki, Syafie dan Hanbali), janji asasnya, akidah anda tidak lari daripada keyakinan Rasulullah s.a.w. (keyakinan as-Sunnah) dan para sahabatnya r.hum ajma`in (keyakinan al-Jama`ah).

Friday, March 4, 2022

51 ALLAH DI MANA?

Baru-baru ini, timbul pula isu Allah di arasy. Seolah-olah Allah itu berhajat pada tempat. Mulalah keluar hujah-hujah yang disangka dalil, lalu kafir-mengkafirkan orang sesuka nafsu.




Surah as-Sajdah dah jelaskan, istawa maknanya mentadbir. 



Nabi naik ke arasy dalam peristiwa mikraj adalah simbolik untuk menegaskan bahawa solat adalah perintah tertinggi dalam agama selepas iman. Iman diperintah untuk dijaga sejak zaman roh lagi, yang mana kita semua sebaya pada zaman roh, kita semua akan sebaya semula di syurga kelak.

Nasib baik Allah guna على، bukan guna في... kalau Allah guna في ya maksudnya Allah sedang ada di situ. على sini dah menunjukkan ada sesuatu yang berkaitan dengan Allah di arasy, iaitu sistem pentadbiran-Nya berpusat di arasy. Sama macam ayat akhlak Nabi adalah teragung, Allah guna  على . Iaitu : وإنك على خلق عظيم

Dah terang-terang Allah kata dalam surah asy-Syuara: ليس كمثله شيء Dia tak sama dengan makhluk. Tak perlu tempat, sibuk lagi nak paksa orang faham ikut hati dia dah kenapa? Lepastu sibuk tuduh orang nak kafirkan ulamak, kita pula tak kenal ulamak tu macam mana nak kata dia kafir atau tak? Apenda dey perangai macam ni! Yanna dey ayoyooo...

Yaqin sahaja la 100% bahawa Dia Yang Maha Esa, satu-Nya tidak dapat dibilang dan dipecahkan, enggan menyamai sesuatu dengan makhluk, abadi selamanya tidak berawal dan tidak berakhir serta tidak bertempat, di mana selain daripada-Nya adalah makhluk, semua makhluk berharap dan berhajat hanya pada-Nya, bukan Dia yang berharap pada makhluk. 

Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesuatupun yang boleh bersekutu dengan-Nya sama ada dari segi zat, sifat dan perbuatan. Makhluk itu boleh gerak dan boleh diam. Bagaimana kita boleh kata Allah duduk diam dan bergerak ke arasy sedangkan diam dan gerak itu sifat yang baharu?

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْكُمْ وَلٰكِنْ لَّا تُبْصِرُونَ
"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,"
(QS. Al-Waqi'ah 56: Ayat 85)

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسٰنَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِۦ نَفْسُهُۥ  ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,"
(QS. Qaf 50: Ayat 16)

Jika Allah sendiri kata Dia lebih dekat daripada urat leher, kalau begitu lebih baik Nabi s.a.w. tak payah naik untuk jumpa Allah kan? Pergi kat urat sendiri je. Tapi, tak terfikir kah berapa banyak urat leher 8 bilion sekarang, tak termasuk lagi urat-urat leher dari zaman Nabi Adam? Allah ada kat mana sebenarnya? Bagaimana, bila, mengapa?

Aku faham apa-apa yang sesetengah alim maksudkan. Tak perlulah nak paksa orang supaya kita kata Allah di arasy.  Boleh je nak kata Allah di arasy, tanpa mengitsbatkan (menetapkan) bahawa Allah memerlukan arasy. Biarlah kita tak tahu bagaimana Allah di arasy, tafwidhkan (menyerahkan) sahaja maknanya kepada Allah. Akal kita terbatas.

Jadi, jagalah adab apabila kita memberi kritikan atau menerima kritikan. Lagi-lagi sebab ini furu` dalam aqidah. Cabang-cabangnya sahaja. Yang usul dia, kau, aku dan kita semua WAJIB 100% yaqin Allah tak bertempat. Kalau berhajat pada tempat, buat apa jadi Tuhan, patutnya makhluk yang berhajat, sebab itu kalau Allah berhajat pada tempat, maknanya Dia lemah.

KALAU TAK ADA ARASY PUN, ALLAH MASIH BOLEH MENTADBIR ALAM INI. DIA TAK BERHAJAT PUN PADA ARASY, DIA MAHA BERKUASA ATAS SEGALA-GALANYA.

Sudah-sudahlah tu. Lebih baik fokus yang lebih penting, bantu saudara-saudara Islam kita dari segi kewangan. Di luar sana lagi ramai yang belum memeluk agama Islam: kita baru ada 2 bilion, lagi 5 bilion, apa kita nak jawab? Pernah tak kita Islamkan orang? Kita dah Islam ni, sibuk lagi nak pertikaikan benda cabang-cabang sahaja?

Asal kita ada iman لا إله إلا الله ومحمد رسول الله  korang patut syukur. Iman ni amat bernilai walau sebesar zarah ia kunci syurga. Buang masa sahaja balah isu yang tak berapa penting, akhirnya orang kafir juga yang masih pegang dunia, orang-orang Islam (semua Muslim) ketinggalan...



Dulu, Rom dan Parsi seperti U.S.A. dan Rusia sekarang. Bayangkan negara kecil seperti Madinah mampu jatuhkan mereka berdua. Tentera Madinah pimpinan Khalid Ibn Al-Walid berjaya menawan Rom manakala tentera Madinah pimpinan Saad Ibn Abu Waqqash berjaya menawan Parsi. Di mana kita sekarang? Masih nak berbalah isu furu` Allah di mana lagi?

Tak kisahlah salafi atau khalafi. Jangan pukul rata, sebiji pisang rosak bukan bermakna setandan lain juga rosak. Ramai saja yang okay, kebanyakannya hanya berdiam diri. Hanya orang munafiq yang suka memperlaga-lagakan perkara kecil menjadi besar sehingga bermusuh-musuhan. Mari kita saling membantu saudara seagama supaya dapat menjawab soalan Munkar dan Nakir di kubur kelak, apabila ditanya: "Siapakah saudaramu?"

Monday, December 20, 2021

#50 SOLAT

Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. 

Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir berserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Ada 13 (TIGA BELAS) rukun solat dalam solat-solat biasa seperti solat fardu. 5 daripadanya adalah rukun qouli (perkataan), 7 daripadanya adalah rukun fi`li (perbuatan) dan 1 daripadanya adalah rukun qolbi (hati). 


Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qouli قولي. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun fi`li فعلي dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qolbi قلبي (contohnya niat). Hati-hati, di dalam fi`li, empat daripadanya mempunyai toma'ninah (طمأنينة), iaitu berhenti seketika dengan tenang. Jika tertinggal salah satu rukun ini, solat terbatal atau tidak sah.


Apabila sudah tahu ketiga-tiga belas rukun solat ini, barulah anda akan tahu selain daripada itu semuanya sunnat sahaja. Antaranya bacaan dalam rukuk dan sujud juga sunnat dalam mazhab Syafie. Perkara-perkara sunnat dalam solat terbahagi kepada dua sahaja iaitu Ab`adh (أبعاض) dan Hai'at (هيئات). Ingat Ab`adh sahaja, selebihnya semua Hai'at. Kerana Ab`adh cuma ada ENAM perkara sahaja:

(1) Berdiri ketika doa qunut;

(2) Membaca doa qunut;

(3) Membaca selawat ke atas Nabi ketika doa qunut dan tahiyyat awal;

(4) Duduk ketika tahiyyat awal;

(5) Membaca tahiyyat awal;

(6) Membaca selawat ke atas keluarga Nabi ketika doa qunut dan tahiyyat akhir.


Jika tertinggal salah satu daripada sunnat Ab`adh, maka disunnatkan sahaja untuk sujud sahwi sebanyak dua kali sebelum memberi salam. Jika terlupa juga untuk sujud sahwi, maka solat tidaklah batal kerana sunnat sahaja. Sujud sahwi hanya WAJIB ketika kita terlupa rakaat. Sebab itu dalam solat jangan lalai dan perlulah dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan khuduk, iaitu dengan bersungguh-sungguh dan rendah diri di hadapan Allah.


Ada tiga solat yang istimewa tak sama seperti solat fardu yang lima. Pertama ialah solat sunnat hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Solat sunnat hari raya mempunyai dua rakaat, rakaat pertama ada 7 kali takbir selepas takbiratul ihram, diselangi 6 kali tasbih. Manakala rakaat kedua ada 5 kali takbir selepas takbiratul intiqal bangun dari sujud kedua, diselangi dengan 4 kali tasbih. Disunnatkan khutbah selepas solat sunnat hari raya.


Keduanya ialah solat sunnat gerhana matahari dan bulan. Solat sunnat gerhana mempunyai 2 rakaat. Setiap rakaat mempunyai dua kali rukuk dan dua kali Al-Fatihah secara bergilir-gilir. Jadi dalam dua rakaat mempunyai 4 kali rukuk dan 4 kali bacaan Al-Fatihah. Disunnatkan khutbah juga selepas solat sunnat gerhana. Disebabkan ia mempunyai khutbah, ia menunjukkan solat sunnat yang tinggi juga martabatnya selepas solat sunnat hari raya.


Yang ketiga ialah solat fardu jenazah. Solat jenazah sahaja satu-satunya solat yang tidak ada rukuk dan sujud. Ia mempunyai empat kali takbir termasuk takbiratul ihram. Takbir pertama disusuli bacaan Al-Fatihah, takbir kedua disusuli dengan berselawat ke atas nabi dan ahli keluarganya, takbir ketiga disusuli dengan berdoa terhadap jenazah, dan yang terakhir takbir keempat disusuli dengan doa terhadap semua ummat Islam (muslimin seantero dunia) sebelum memberi salam.


WAKTU SEMBAHYANG

Waktu sembahyang fardhu lima waktu iaitu Zuhur, `Asar, Maghrib, `Isya' dan Subuh telah dinyatakan dengan terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah Nabi. Secara umumnya, waktu-waktu itu telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melalui sabdanya yang bermaksud:

Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zuhur bersamaku ketika tergelincir matahari dan `Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan `Isya' ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya solat Zuhur ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan `Asar ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan `Isya' ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.” 

Secara terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:

1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong dari tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.


2. Waktu `Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.


3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya mega merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.


4. Waktu `Isya' bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik fajar.


5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang ufuk.


WAKTU-WAKTU YANG DITEGAH MELAKUKAN SOLAT

Terdapat lima waktu yang telah dinyatakan oleh Sunnah sebagai waktu yang ditegah untuk melakukan sembahyang di dalamnya, iaitu:

1. Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari.


2. Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam selepas naiknya matahari.


3. Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur).


4. Selepas sembahyang `Asar hingga terbenam matahari.


5. Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam.


Tegahan untuk melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini bukanlah mutlaq, tetapi khusus pada jenis sembahyang tertentu sahaja, iaitu:

1. Semua sembahyang yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu-waktu itu seperti sembahyang sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih.


2. Sembahyang yang sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan istikharah.


Semua sembahyang ini jika dilakukan pada waktu-waktu tersebut hukumnya makruh tahrim yang sangat ditegah dan sembahyang itu juga menjadi batal. Pengecualian kepada sembahyang yang telah disebut ialah beberapa sembahyang tertentu iaitu:

1. Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang yang telah luput (qadha'), jenazah, nazar, wudhu’ dan tahiyyatul masjid.


2. Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti sembahyang kusuf (gerhana) dan istisqa’ (minta hujan).


3. Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak.


4. Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri.


Selain daripada waktu-waktu tersebut, terdapat beberapa waktu lain yang ditegah melakukan sembahyang, antaranya sembahyang semasa khatib menaiki minbar masjid untuk membaca khutbah dan sebelum sembahyang Maghrib kecuali sunat rawatib pada kedua-duanya.


SURAH-SURAH YANG SUNNAT DIBACA DALAM SOLAT

Antara surah yang sunnat dibaca selepas Al-Fatihah dalam solat sunnat rawatib atau mungkin boleh juga dalam solat fardu.


Disclaimer: Sekadar panduan.


Sebelum Subuh:

Rakaat pertama = Asy Syarh

Rakaat kedua = Al Fiil

Dua-dua dimulai dengan  ْأَلَم.


Sebelum Zohor:

Rakaat pertama = Al Humazah 

Rakaat kedua = Al Maa`uun

Dua-dua ada perkataan وَيْلٌ.


Selepas Zohor:

Rakaat pertama = Al `Aadiyaat

Rakaat kedua = Al Qoori`ah

Dua-dua ada cerita tentang kiamat.


Sebelum Asar:

Rakaat pertama = At Takaatsur

Rakaat kedua = Al `Ashr

Dua-dua berkaitan dengan masa.


Sebelum Maghrib:

Rakaat pertama =  Al Qodr

Rakaat kedua = Al Kautsar

Dua-dua dimulai dengan إٍنَّا.


Selepas Maghrib:

Rakaat pertama = Az Zalzalah

Rakaat kedua = An Nashr

Dua-dua dimulai dengan إِذَا.


Sebelum Isyak:

Rakaat pertama = Al Lail

Rakaat kedua = At Tiin

Dua-dua dimulai dengan sumpah وَ.


Selepas Isyak:

Rakaat pertama = Al Falaq

Rakaat kedua = An Naas

Dua-dua dimulai dengan قُلْ.


Tambahan:

Solat sunnat Isyroq:

Rakaat pertama = Quraisy

Rakaat kedua = Al Ikhlaash

Dua-dua ada tauhid.


Solat sunnat Dhuha:

Rakaat pertama = Asy Syams

Rakaat kedua = Ad Dhuhaa

Dua-dua ada perkataan Dhuha.


Solat sunnat Witir:

Rakaat pertama = Al A`laa

Rakaat kedua = Al Kaafiruun

Rakaat ketiga = Tiga Qul.


Solat sunnat Tahajjud:

Rakaat pertama = Ad Dukhoon ayat 1-39

Rakaat kedua = Ad Dukhoon ayat 40-59.

Semoga diampunkan segala dosa kecil.


SOLATLAH BERJEMAAH

Dulu, masa mula-mula Rasulullah dinaikkan ke Arasy Allah, kita diwajibkan untuk solat 50 kali. Namun, sekarang hanya 5 waktu. Itupun mengapa masih ramai tidak mensyukuri nikmat Allah dengan memelihara solat dan menambahkan solat-solat yang sunnat dan nawafil? Apatah lagi, punyalah baik Allah satu solat digandakan umpama solat 10 kali.


5 waktu umpama 50 waktu juga pahalanya. Belum lagi digandakan bacaan dalam solat, kekhusyukan dalam berdoa dalam solat, saf-saf yang dirapatkan dan apatah lagi jika berjemaah digandakan setiap perkara 25 (jika solat Zohor dan Asar berjemaah) atau 27 kali ganda pahala (jika solat Subuh, Maghrib dan Isyak berjemaah). Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu mahu dustakan?












Jadi, janganlah terpedaya dengan ramai orang tak solat kaya. Sebab ramai juga orang kaya solat. Jangan pukul rata. Sebiji pisang rosak bukan bermakna setandan pisang lain rosak juga. Tapi, perlu hati-hati, antara nikmat dan istidraj. Jangan salahkan solat kita jadi miskin. Jangan salahkan solat kita kemalangan. Solatlah punca utama rezeki. Di sana, solatlah amalan pertama yang akan dihisab atau dihitung.


Rezeki bukan pada harta sahaja. Kalau tengok sirah Nabi kita Muhammad S.A.W. pun kaya. Maskahwin dengan Khadijah 20 ekor unta (RM100,000) dan dengan isteri-isteri lain seorang maskahwin 500 dirham (hampir RM5,000). Nabi kalau tak kaya tak kahwin dgn Khadijah, dua-dua usahawan berjaya. Apabila jadi Nabi, Nabi fokus kepada dakwah, sebab susah buat dua perkara dalam satu masa. Tapi, rezeki datang juga.


Kalau TERTINGGAL solat, tak kira sengaja atau tak sengaja, contohnya tertidur sebab makan ubat tidur atau ubat yang menyebabkan mengantuk untuk sihat, WAJIB QADHA'. Jika ada penyakit yang tiada harapan untuk sembuh dan sukar untuk jaga waktu solat contohnya kencing tak lawas, boleh buat jamak, tapi tak boleh qasar. Contoh jamak Zohor Asar : 4 rakaat Zohor + 4 rakaat Asar dalam waktu Zohor.


Jika solat tak boleh solat berdiri, solatlah dengan duduk. Tak boleh duduk, solatlah dengan baring (cuba baring mengiring ke kanan dulu, jika tak boleh baring mengiring, baru baring menelentang). Tak boleh baring, solatlah dengan isyarat mata. Jika kemalangan atau 'accident' pula, kalau wuduk atau mandi wajib ada luka yang dikhuatiri mudarat jika terkena air, bahagian luka tak perlu kena air pun, solat tetap sah, tak perlu qadha'.


Jadi, isu utamanya, jangan jadikan alasan sakit untuk tidak tunaikan solat. Wajib tunaikan 5 waktu solat dalam apa-apa jua sekalipun.


Kalau kejar akhirat, dunia kejar kita. Biar kita pegang dunia, jangan biar dunia pegang hati kita. Jangan tengok luaran, tengoklah dalaman juga. Nabi dah kata, orang paling kaya bukan pada harta, paling kaya ialah qana'ah (berasa cukup dengan apa yang ada). Semakin tambah harta, harta tu tak masuk hati pun, malah semakin banyak juga disedekahkan.


Semakin banyak sedekah, semakin banyak dapat balik. Sebaik-baik sedekah ialah solat. Ikut resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk.


SOLAT BUKAN TANDA KITA BAIK, SOLAT ADALAH TANDA KITA HAMBA-NYA.


SEGERAKAN SOLAT,

Allah segerakan nikmat.

IKHLASKAN NIAT,

benteng paling kuat.

PERBANYAKKAN SELAWAT,

bantuan untuk ummat.

SELALU BERTAUBAT,

kaya akan mendapat.

MUSLIMIN MUSLIMAT,

semoga tiang selamat.

DUNIA AKHIRAT,

kejayaan yang hakikat.


Marilah Menunaikan Solat!

Marilah Menuju Kejayaan!

Semoga bermanfaat.

Saturday, November 27, 2021

#49 ONEXOX

 


Saya telah terlibat dengan perniagaan Onexox sejak tahun 2015 lagi. Namun, saya kurang bernasib baik. Saya pernah dipalau daripada Sub-Dealer. Sehinggalah pada tahun 2020 ketika zaman pandemik Covid-19, saya bangkit dengan menjual secara atas talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Alhamdulillah. Saya berjaya kekal sebagai pengedar (Dealer) Onexox dengan nombor kod baharu DYSD78797.


Gambar di atas adalah ketika membantu jualan simkad di salah satu XPP di Malaysia, iaitu XPP Central iCity Mall di Shah Alam, Selangor. XPP ini di bawah pengurusan MD Nasoha Bin Hamsin. Beliau adalah tuan guru saya dalam bidang simkad Onexox ini dan beliau juga merupakan ketua pengedar di negeri Selangor. Tahukah anda? Bulan November 2021 ini, ada pelan terbaharu daripada Onexox. Pelan prabayar yang mempunyai Data paling mantap sehingga 50GB sebulan bernilai RM35 sahaja.



Seperti biasa, semua orang tahu, simkad Onexox adalah Simkad yang mempunyai tempoh hayat TERPANJANG di Malaysia. Iaitu 2 Tahun 4 Bulan bersamaan 48 BULAN! Selama 48 bulan ini, anda tak perlu tambah nilai untuk lanjutkan tempoh hayat (validity). Apabila hampir tamat tempoh, anda boleh tambah lagi tempoh selama setahun dengan membeli tempoh sah sebanyak RM25 sahaja seperti di bawah:



Untuk mendapat tempoh sah DUA TAHUN EMPAT BULAN, anda perlu membeli salah satu daripada Welcome Deal di bawah. Season Pass yang dinyatakan bermaksud simpanan Data dan Minit untuk panggilan yang akan dibawa ke hadapan sampai bila-bila walau lebih tiga tahun sehinggalah simkad sudah tamat tempoh.




Season Pass ini boleh dikumpul pada bila-bila masa. RM30 sahaja untuk membeli 333 minit dan RM50 sahaja untuk membeli 10GB. Data agak mahal kerana semua minit dan data ini boleh dibawa ke hadapan. Kalau nak murah, ambillah RM35 tadi untuk 50GB tapi untuk sebulan sahaja.

Jangan risau, DATA adalah FULLSPEED dan tidak ada pembahagian kuota data (capped data). Paling gempak, jika anda mahu UNLIMITED CALL (panggilan tanpa had), anda boleh beli yang bulanan yang kami beri nama sebagai BLACK. Unlimited call kami ada dua jenis, iaitu pelan B59DB dan pelan B89DB.

Pelan B59DB mempunyai data sebanyak 44GB (RM59 sahaja bulanan) manakala pelan B89DB mempunyai data sebanyak 100GB (RM89 sahaja bulanan). Ya, data kedua-duanya juga adalah FULLSPEED dan tiada pecahan kuota data. Boleh hotspot tanpa had kuota. Jangan salah faham, tanpa had kuota, bukan Unlimited Data (tanpa had data).

Unlimited Data belum ada sebab kami tidak dibenarkan pelan sedemikian oleh Celcom. Hal ini kerana syarikat kami meminjam liputan Celcom. Kami cuma meminjam, bukan anak syarikat Celcom. Kami anak syarikat XOX Bhd., salah satu syarikat yang tersenarai dalam apungan Bursa Saham Malaysia.

Kedua-duanya mempunyai data secara beransur-ansur yang kami namakannya sebagai Data Buffet. Kedua-duanya mempunyai lima blok, setiap blok ada GB tertentu. Baki data pada blok terakhir akan dibawa ke hadapan.

Percaya atau tidak, pelan Data Buffet ini adalah pelan paling tertinggi jualan kami ketika PKP dilaksanakan pada tahun lepas, iaitu tahun 2020. Untuk memahami bagaimana blok data diberi, anda boleh rujuk gambar-gambar di bawah:







Untuk pelan Data Buffet terbaharu pada Oktober 2021 lalu, kami berikan pelan B54DB dengan harga RM49 sahaja bulanan. Harga ini adalah promosi sehingga 21 Januari 2022 sahaja. Jika anda mendaftar sebagai pengguna B54DB dalam jangka masa  sebelum tarikh tersebut, anda hanya membayar RM49 sahaja sebulan sampai bila-bila. Bermula 22 Januari 2022, anda perlu membayar RM54 setiap bulan.

Pembahagian blok bagi pelan B54DB ini adalah seperti di bawah:



Nah, MANTUL BUKAN? TUNGGU APA LAGI? Daftarlah segera dengan menghubungi saya http://wasap.my/601158872943/ONEXOX untuk membeli nombor baharu yang cun dengan nombor EMPAT TERAKHIR pilihan citarasa peribadi atau mengekalkan nombor sama. Semoga anda dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dalam setiap hari yang indah anda.

Doakan saya semoga dapat membuka kedai Onexox (XFORCE atau XPP) sendiri di Malaysia ini. Aamiin.

OUT THERE WE ARE ONE.

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...