MALAYSIA

Monday, February 20, 2023

#56 YA'JUJ DAN MA'JUJ

Hantaran ke-56 ini, aku mahu berkongsi salah satu tanda besar hari kiamat, memandangkan nombor 56 sinonim dengan surah kelima puluh enam dalam susunan suhuf al-Quran, iaitu surah al-Waqi`ah, yang menceritakan tentang peristiwa hari Kiamat. Terlalu banyak tanda kiamat seperti yang kita semua sudah maklum yang tak dapat dikongsi di sini semuanya. Salah satunya ialah Ya'juj dan Ma'juj.

Menjadi keajaiban jika kita mengamalkannya setiap malam atau selepas subuh, tidak akan ditimpa kefakiran ke atasnya. Paling kurang kalau bukan harta, jiwanya akan kaya. Setiap orang yang kaya harta adalah bermula daripada kayanya jiwa. Apakah kaitan antara peristiwa tiga golongan ini dengan kekayaan jiwa? Seperti tidak masuk akal. Namun, begitulah feqah memang tidak pernah sentiasa masuk akal kerana Allah lebih mengetahui.

Surah al-Waqi`ah menceritakan tentang tiga golongan apabila berlakunya kiamat. Dua golongan daripadanya adalah ahli syurga dan satu golongan sahaja ahli neraka. Dari ayat pertama sampai habis, semuanya bercerita tentang tiga golongan ini sehingga menjadi tanda tanya siapakah sebenar yang akan tergolong dalam setiap satu golongan itu. Ia menjadi pendorong semangat untuk kita berbuat baik juga kerana yang akan memasuki syurga lebih ramai daripada ke neraka.

Golongan pertama ini ramai sangat pada zaman Nabi Muhammad, semakin beralih zaman, semakin kurang manusia dan jin dalam golongan pertama. Kemungkinan besar 4.9 bilion golongan masuk syurga tanpa hisab di sini. Kemungkinan besar juga golongan pertama ini mempunyai salah satu daripada empat sifat utama, iaitu Hayyin, Layyin, Qorib dan Sahl. Selalu menyebarkan pendamaian, memberi makan, menyambungkan ukhuwwah kasih sayang dan bersolat malam.

Golongan kedua pula bilangannya amat ramai tidak kira dari zaman Nabi Adam sampailah hari kiamat. Kemungkinan golongan kedua di sini termasuklah yang akan memasuki neraka dulu adalah daripada 72 golongan yang mewakili 22 kelompok Syi`ah, 20 kelompok Khawarij, 20 kelompok Mu`tazilah, 5 kelompok Murji'ah, 2 kelompok Najjariyyah, 1 kelompok Jabbariyyah, 1 kelompok Qodariyyah dan 1 kelompok Musyabbihah.

Manakala golongan ketiga pula merupakan golongan yang tidak bernasib baik, di mana mereka selalu mendustakan kebenaran sehingga dibenci oleh Allah dan selalu berada dalam kesesatan dek kerana kemungkaran dan kemusnahan bumi sering berlaku atas asbab tangan mereka. Kebanyakannya adalah Yahudi Zionis dan Kristian. Setiap hari dalam solat, kita membaca al-Fatihah supaya tidak terjerebak dengan aktiviti seperti mereka.

Walaupun semua ini berlaku atas izin-Nya, namun janganlah persoalkan mengapa Allah menciptakan hamba yang akan memasuki neraka kerana ini adalah rahsia-Nya. Golongan ketiga ini kebanyakannya adalah sudah tentulah Dajjal, Ya'juj, Ma'juj dan para pengikut mereka, terutamanya ahli iluminati dan freemason. Bilangan mereka ini amatlah ramai dan sudah tentulah mereka adalah keturunan Nabi Adam.

Berdasarkan hadis, daripada 1,000 orang yang dimasuki ke neraka, hanya seorang yang akan keluar semula untuk ke syurga dek kerana ada iman walau sebesar zarah setelah dicucikan. Walaupun begitu, ramai juga akan ke syurga. Marilah kita gali salah satu tanda besar kiamat, iaitu Ya'juj dan Ma'juj yang ada dinyatakan dalam al-Quran dalam surah al-Kahf dan al-Anbiya'.

Dzulqarnain menuju arah terbenam matahari = terdapat lautan likat dan hitam (`ainun hami'ah), kini dikenali sebagai Laut Hitam. Di situ, beliau bertemu dengan suatu kaum. Beliau memberi ganjaran kepada yang berbuat baik dan menghukum sesiapa yang berbuat jahat.

Dzulqarnain menuju arah terbit matahari = terdapat suatu kaum yang "tidak disediakan pelindung".  Terdapat laut berhampiran yang tidak dapat direntasi yang kini dikenali sebagai Laut Kaspian. 

Dzulqarnain menuju ke arah lorong panjang di antara dua kaki gunung. Di sanalah beliau memanggar Ya'juj dan Ma'juj. Kemungkinan besar, tembok tembaga yang telah dibina oleh beliau adalah berada di Banjaran Kaukasian yang merentasi Iran, Turki, Azerbaijan, Armenia, Georgia dan Rusia.

Di banjaran tersebut terdapat suatu lorong panjang yang dinamakan sebagai 'Darial Gorge' dan ia terletak di sempadan Georgia-Rusia. Di situ ada kesan runtuhan tembok tersebut di mana Ya'juj dan Ma'juj telah berjaya keluar dari kepungan.

Ya'juj - Nomad Mongol-Altaik (Xiongmu, Tartar dan Mongol), berada di padang rumput Eurasia Timur. Tubuh mereka lebih pendek, berkulit kuning, berambut hitam, berwajah lebar dan bermata sepet.

Ma'juj - Nomad Sycthian-Eropah (Indo-Eropah seperti Aryanomad, Hun, Alan dan Khazar), berada di padang rumput Eurasia Barat. Tubuh mereka lebih tinggi, berkulit putih, berambut 'blonde', berwajah oval dan bermata normal.

Zaman Nabi Muhammad berdasarkan hadis, sohih muttafaqun `alaih, tembok tembaga itu telah berjaya ditebuk sebesar lingkaran jari telunjuk dan ibu jari. Tidak mustahil mereka berjaya lolos seperti dalam surah al-Anbiya', ayat 95-96. Beberapa sejarah Islam dilihat amat sadis dan menyayat hati sejak mereka bergerak ke seluruh dunia.

Antaranya seperti yang pernah dikongsikan oleh saudara Haziq di saluran Youtube beliau yang bernama Ajar, mengenai kemusnahan pusat penterjemahan dan perpustakaan pertama dan terbesar di dunia, iaitu Baitul Hikmah yang terletak di Baghdad oleh tentera Mongol pada tahun 1258 M.

Ingatkah sejarah bangsa Israel yang telah lenyap dari peta dunia? Kali pertama mereka membuat kerosakan, Allah menghantar tentera Babylon menyerang Jerusalem di bawah pimpinan Raja Bukhtansor (King Nebuchadnezzar II) pada 589 SM. Kali kedua mereka membuat kemungkaran, Allah menghantar tentera Roman menghancurkan Jerusalem pada 70 M.

Ustaz Auni Bin Mohamad pernah bercerita bagaimana perang salib bermula. Ia diasaskan oleh seorang paderi dikenali sebagai Paus (Pope) Urbanus II. Ia telah menyatakan perang terhadap kaum Muslimin di konsili Clermont pada 27 November 1096 M, mengawali terjadinya perang salib pertama.

Ia berhasil merebut Jerusalem pada tahun 1099 M dan mendirikan kerajaan Kristian Latin di Palestin. Selama empat tahun ini, ramai orang Islam dan Yahudi dibantai dan dibunuh dengan kejam dengan hampir 40,000 kematian sehingga darah terkumpul mencecah buku lali.

Kerajaan salib ini berakhir pada tahun 1187 M tatkala muncul seorang pahlawan Islam dalam peperangan Hattin yang bernama Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Bangsa Israel kembali ke Jerusalem dan merantau ke Eropah sehingga mengganggu pemerintahan raja-raja Eropah ketika itu.

Apakah yang mengganggui mereka? Itulah ilmu-ilmu sihir yang dipelajari oleh bangsa Israel hasil terjumpai kitab-kitab sihir aliran kabbalah dari zaman Raja Namruz di bawah sebuah kuil yang dinamai Haikal Sulaiman sementelah dapat kembali di Jerusalem ketika Islam memerintah.

Disebabkan sihir, bangsa Israel menyembah syaitan dan menubuhkan Knight Templar dengan mengamalkan beberapa ritual yang tidak disenangi oleh salah seorang raja dari Perancis ketika itu, iaitu Raja Philip Le Bel (Phillip IV) pada tahun 1307 M.

Namun, Knight Templar meminta bantuan Scandinavia dengan bantuan Ya'juj Ma'juj dengan menubuhkan suatu kumpulan yang dikenali sebagai Viking. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah anglo-saxon dengan menukar sejarah lalu tertubuhlah Lodge Freemason. (Scottish Rite sebagai lodge pertama).

Setelah hampir 2,000 tahun dihalau keluar dari Jerusalem, bangsa Israel telah kembali semula ke Jerusalem seperti yang dijanjikan dalam al-Quran. Bahkan, mereka berjaya menubuhkan kembali negara Israel dengan merampas Palestin daripada umat Islam pada tahun 1948 M.

Mereka merampas Palestin dengan bantuan tentera-tentera salib yang bergerak atas arahan Vatikan dan diketuai oleh British. Timbul persoalan siapakah yang membantu bangsa Israel ini untuk kembali ke Jerusalem setelah dihalau hampir 2,000 tahun? Adakah Ya'juj dan Ma'juj masih terkepung atau dalang di sebalik agenda ini?

Anda boleh membaca info selanjutnya mengenai Ya'juj dan Ma'juj di laman sesawang ini: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2603-bayan-linnas-siri-ke-147-ya-juj-dan-ma-juj-dan-hakikatnya

Ustaz Auni telah pun memberi hipotesis bahawa Ya'juj dan Ma'juj lah yang telah bersatu dengan keturunan Fir`aun Ramsis II (mendiang Ratu Elizabeth II di UK) untuk merampas Palestin dan menubuhkan negara haram Israel. Sedangkan mereka bukanlah Israel sebenar (keturunan anak-anak Nabi Ya`kub yang 12 adik-beradik) dan bukan juga Yahudi yang asli. Yahudi sebenarnya baik dan tidak perlu pun negara sendiri apatah lagi merampas negara milik orang.


Hipotesis telah diberi, terserah kepada kita untuk mengkaji dan membuat kesimpulan sendiri. Anda boleh menonton video di atas untuk lebih lanjut. Jadi, hari kiamat sudah terlalu hampir dek terlepasnya Ya'juj dan Ma'juj. Tahun hadapan ialah tahun 2024, iaitu 100 tahun selepas terjatuhnya kerajaan Islam Utsmaniyyah. Kemungkinan besar Imam Mahdi akan dibai`ah pada tahun hadapan.

Sekarang sudah tahun 1444 hijri, lagi baki 56 tahun lagi untuk tahun 1500 hijri, di mana tahun itu dijangka seperti dalam salah satu hadis dhoif, kehancuran dunia akan berlaku. Pesanan ikhlas untuk diri sendiri, jagalah amal ibadah kepada-Nya dan teruskan berbuat baik sesama makhluk. Aku doakan semoga kita tergolong dalam kalangan lembayung lindungan rahmat-Nya daripada anasir Dajjal dan pemikiran Zionis yang sesat lagi zalim ini.

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...