MALAYSIA

Wednesday, February 15, 2023

#55 KESIHATAN DUNIA AKHIRAT

Apa khabar iman anda? Adakah iman anda sihat sejahtera?

Untuk hantaran ke-55 ini, ada suatu perkara menarik tentang nombor 55. Iaitu usia baginda s.a.w. ketika berusia 55 tahun. Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berperang dalam peperangan pertama dalam sejarah Islam yang ketika itu baginda berusia 55 tahun?

Zaman kita selalunya ketika berusia 55 tahun, sudah ditimpa bermacam-macam penyakit. Kebiasaannya juga kita sudah pencen pada usia sebegini. Tidak pula terhadap Nabi kita, manusia paling bertenaga dan paling sihat, lebih kuat daripada Nabi Musa.

Lalu, bagaimanakah hidup kita? Adakah perjalanan hidup kita sentiasa mengikut jejak langkah baginda? Adakah kita mengambil tauladan jika tidak 100% pun, namun 50% sahaja pun sudah memadai termasuk dalam aspek penjagaan kesihatan?

Hari ini, saya mahu kongsikan tips untuk cara hidup sihat. Amalkanlah setiap hari. Ingat KTM Kepong Sentral:

K = Kurangkan tekanan dengan zikrullah.

T = Tidur yang berkualiti.

M = Makan minum yang cukup 7 zat.

K = Keluarkan peluh dan keluar musafir.

S = Solat 5 waktu dan solat sunnat.


Tahukah anda apakah itu 7 zat? Dimulai daripada yang paling penting kepada yang kurang penting, 7 zat itu ialah air, vitamin, karbohidrat, protein, lemak (DHA dan LPA), mineral (kalsium dan magnesium) dan serat.

Hikmah Perang Badar ini banyak mengajar kita untuk menjaga kesihatan sebenarnya. Apatah lagi Perang Badar berlaku dalam bulan Ramadhan. Hikmah yang sama juga apabila kita berpuasa supaya badan menjadi lebih sihat.

Jangan lupa, tujuan utama berpuasa bukan untuk menjadi sihat semata-mata, tetapi berpuasa untuk mendidik diri dan mentarbiah untuk menjadi seorang yang ikhlas. 

Dalam hidup ini, jadilah orang yang ikhlas, bukan jadi orang baik. Orang yang ikhlas, pasti jadi baik. Orang yang baik, belum tentu lagi ikhlas. Orang jahat lagilah tidak ikhlas.

Malaikat sendiri tidak faham apa itu ikhlas. Malaikat tidak faham apa itu mujahadah. Iblis pula tidak takut dengan si alim dan si abid. Iblis takut dengan orang-orang ikhlas.

Ikhlas tidak akan membangkitkan perbuatan yang Allah tidak suka. Walau zahirnya nampak baik, kalau tidak ikhlas tetap tiada gunanya. Walau zahirnya seolah-olah buruk, jika ikhlas tetap ada gunanya.

Ikhlas adalah hubungan istimewa antara hamba (manusia dan jin) dengan Allah sahaja. Semuanya dibuat untuk mendapat keredhaan-Nya. Orang yang ikhlas pasti berjaya.

Bukan senang untuk menghasilkan sesuatu yang baik tetapi tiba-tiba hilang sekelip mata. Begitulah dunia. Kita selalu memberontak akan perkara yang tidak kita capai.

Orang-orang yang ikhlas tidak akan membalas dendam dengan bertindak melulu tanpa ada toleransi. Orang-orang yang ikhlas berasa sama sahaja sama ada dikecam atau dipuji.

Mereka faham semua perkara adalah milik Dia. Allah berhak menghilangkan sesuatu untuk menggantikan perkara yang lebih baik, walau begitu besar kehilangannya bagi kita seolah-olah tercabut nyawa sendiri.

Yakinlah pada-Nya, nikmati dan hargai kehidupan selagi ada. Sentiasa berdoa sama ada setelah mendapat nikmat atau bala. Tanpa rasa jemu, berdoa untuk memperhambakan diri, bukan mengharap pengkabulan.

Allah akan mengkabulkan bukan dengan cara kita, tapi dengan cara-Nya. Sentiasa mencari kebaikan daripada keburukan orang lain dan mencari keburukan daripada kebaikan diri sendiri untuk diperbaiki yang membuahkan taqwa dan iman. Itulah ikhlas.

Walau mungkin hari ini jasmani kita tidak sihat, janganlah sampai dalaman kita tidak sihat juga. Kebanyakan jasmani kita sakit berpunca daripada tekanan yang melampau. Kalau dalaman kita sihat, insya-Allah luaran juga akan sihat dan cepat sembuh.

Semoga kita sihat dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek sepanjang hayat. Kita bermohon iman yang sejahtera dan tubuh badan yang sejahtera juga. Semoga Allah memelihara kesihatan kita dunia dan akhirat.

اللهم عافني في بدني وعافني في سمعي وعافني في بصري

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...