MALAYSIA

Sunday, January 8, 2023

#54 NABI MUSA

Ketika anda berasa anda banyak pengalaman, janganlah rasa anda mempunyai ilmu melebihi orang lain. Ketika Nabi Musa `alaihis solatu wassalam bertemu dengan Nabi Khidir `alaihis salam, Nabi Musa pernah terciduk dan termakan dirinya sendiri. Apa sebab?

Nabi Musa antara nabi yang fasih berbicara. Ingatlah ketika Nabi Musa bertemu dengan Nabi Muhammad (ص) di langit keenam ketika peristiwa Isra' Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi Musalah yang paling mesra dan paling banyak bersembang dengan Nabi Muhammad. 

Sebelum Nabi Muhammad Mi`raj ke `Arasy untuk bertemu dengan Allah, Nabi Muhammad bertemu dengan Nabi Ibrahim di langit ketujuh. Kemudian, apabila bertemu Allah di `Arasy, baginda turun semula dengan perintah solat 50 waktu sehari semalam. Tahu bukan siapa yang mengambil berat dan menyapa lagi baginda setelah baginda turun dari `Arasy?

Ya. Sepatutnya Nabi Ibrahim yang menyapa kerana di langit ketujuh dulu, tetapi yang menyapa ialah Nabi Musa. Nabi Musa bertanya berapa waktu solat, apabila kedengaran 50 waktu, Nabi Musa terus menasihati Nabi Muhammad supaya dikurangkan lagi. Bukan sekali, tetapi 9 kali sehingga menjadi 5 waktu sahaja sehari semalam.

Ingat atau tidak akan peristiwa Nabi Musa berkhutbah sehingga mengalir air mata kaumnya? Apakah anda mengira jika Nabi Musa itu tergagap-gagap ketika berbicara, adakah orang yang gagap, mampu berpidato sehingga membuatkan orang ramai tersentuh dan mengalirkan air mata? Nah, ketika inilah peristiwa Nabi Musa diperintahkan untuk bertemu dengan Nabi Khidir.

Ya, benar Nabi Musa pernah berdoa supaya lancarkan lidahnya untuk bertemu dengan bapa angkatnya Firaun Ramsis II, yang juga petah berbicara. Bayangkan dirinya pernah terbuat salah, menghadap pula ketua negara yang ingin menangkapnya atas tuduhan membunuh dan diperintahkan pula menghadap orang yang pernah menjaganya sepanjang di istana untuk berdakwah.

10 tahun beliau tidak bertemu dengan ayah angkatnya, selama dia bekerja di Madyan dengan bapa mertuanya, Nabi Syu`aib. Akan berangkat bersama-sama isterinya, Sofura dan anaknya ke Mesir. Beliau berdoa dalam bahasa Ibrani atau Hebrew (diterjemahkan ke dalam bahasa Arab seperti sedutan daripada surah Toha ayat ke-25 hingga ke-35): رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي واجعلني وزيرا من أهلي هارون أخي اشدد به أزري وأشركه في أمري كي نسبحك كثيرا ونذكرك كثيرا إنك كنت بنا بصيرا

Nabi Musa mudah melatah dan mudah naik angin apabila ada orang suka melawan hujah dan saiko dirinya. Nabi Musa pernah terbunuh seseorang berbangsa Qibti tanpa sengaja dek tumbukan padunya untuk melindungi bangsanya yang teraniaya. Oleh kerana itulah beliau berdoa sedemikian. Jika lancarkan lidahnya dan ada abangnya, Nabi Harun bersama sebagai peneman, dirinya akan lebih tenang serta tidak mudah 'triggered' dan 'tempered'. Sifat ini banyak juga berlaku dalam kalangan bangsa Melayu yang mudah mengamuk apabila 'diusik' terhadap sensitiviti Melayu.

Orang paling kuat bukan yang menang bergusti, tetapi ialah yang boleh tahan kemarahannya, sedangkan dia mampu melepaskan untuk menyakiti. Begitulah lebih kurang sabdaan kekasih kita, Rasulullah s.a.w.. Jika Nabi Musa a.s. seorang yang gagah, pernah tertumbuk seseorang tanpa sengaja sehingga ia mati, ketahuilah baginda s.a.w. lebih gagah. Namun, tidak pernah membalas dengan pergaduhan atau beradu tenaga ketika baginda dibaling batu atau tahi, dan ketika dikecam mahupun dihina. Allahumma Solli `Alaa Sayyidinaa Muhammad. ❤️❤️❤️

Ada beza antara PANDAI, CERDIK dan BIJAK. Pandai ialah faham dan berkemahiran dalam sesuatu perkara. Cerdik ialah kuat ingatan. Manakala bijak ialah cekap membuat keputusan walaupun ditentang oleh orang ramai. Jika perkara itu diputus dengan ramalan masa hadapan, ia digelar bijaksana. Semua Nabi atau utusan Allah adalah bijaksana. Jika tidak bijaksana, tidak mungkin ia dilantik sebagai utusan apatah lagi sebagai pesuruh-Nya. 

Jadi, para nabi bukan setakat `alim. `Alim (عالم) bermaksud orang yang pandai. Tak semua orang alim itu bijak. Iblis itupun pandai dan alim. Tapi iblis tidak bijak kerana iblis memilih untuk biadap. Orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak sediakan amalan untuk kehidupan di akhirat. Jadi, tidak semua benda apa-apa yang kita nampak atau yang kita dengar kita terus boleh komen. Ingatlah peristiwa tatkala Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir dan berjanji tidak akan memberikan komen sebelum diizinkan.

Adakalanya kita perlu diam dulu dan berfikir sebagaimana Nabi Khidir mengajar Nabi Musa untuk tidak mempersoalkan atas perkara buruk sebelum menyoal siasat terlebih dahulu. Nabi Khidir banyak mengajarkan Nabi Musa bahawa kadangkala kita menyangka sesuatu itu adalah haram berdasarkan ilmu dan pengalaman yang kita ada. Namun, boleh jadi sebenarnya ia adalah halal berdasarkan dari konteks berbeza atas hujah yang kita belum gali lebih dalam. Ini pengajaran pertama.

Pengajaran kedua ialah bukan senang untuk menghasilkan sesuatu yang baik tetapi tiba-tiba hilang sekelip mata. Begitulah dunia. Kita selalu memberontak akan perkara yang tidak kita capai. Selalu ingin membalas dendam dengan bertindak melulu tanpa ada toleransi. Sedangkan semua perkara adalah milik Dia. Dia berhak menghilangkan sesuatu untuk menggantikan perkara yang lebih baik, walau begitu besar kehilangannya bagi kita seolah-olah tercabut nyawa sendiri. Yakinlah pada-Nya, nikmati dan hargai kehidupan selagi ada.

Fitrah manusia ialah sentiasa mahu diri dihargai. Amat pelik jika sesuatu pekerjaan kita lakukan sekarang, tidak diberikan upah dari segi wang. Walau kita tahu wang bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang untuk hidup. Namun, kadangkala, fiqh awlawiyyat mengambil risiko yang lebih rendah, utamakan maslahah ummah dan sentiasa fikirkan keuntungan jangka masa panjang walau pilihan itu tidak menguntungkan diri sendiri. Inilah pengajaran terakhir sebelum mereka berdua berpisah.

Adakah dengan peristiwa Nabi Khidir membocorkan perahu milik orang lain yang bantu menyeberang laut, membunuh seorang kanak-kanak lelaki yang tidak berdosa dan membina semula dan menambah baik sebuah dinding yang usang tanpa upah wang untuk anak-anak yatim menunjukkan bahawa Nabi Khidir lebih bijak daripada Nabi Musa? Bahkan, Nabi Musa lebih bijak daripada Nabi Khidir kerana Nabi Musa adalah ulul azmi, orang ketiga paling dimuliakan sepanjang zaman selepas Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim.

Apa yang diajarkan Nabi Khidir hanyalah sebahagian untuk pengajaran, bukan untuk menentukan siapa lebih bijak. Pengajaran untuk Nabi Muhammad dan ummat baginda juga. Inilah dinamakan hormat, belajar sesuatu daripada apa-apa yang dikata, bukan siapa yang berkata, walau daripada seseorang yang lebih rendah martabatnya daripada kita. Kita hormat kerana ilmu, sebagaimana para malaikat pernah sujud bukan tanda sembah, tapi tanda hormat kepada Nabi Adam a.s..

Hormat adalah sebahagian daripada adab. Semakin kita beradab, kita akan semakin diberikan pertolongan. Adab bukan setakat kita tonjolkan dengan perbuatan seperti lemah lembut, bersopan-santun dan sebagainya, namun adab juga dikira dari hati dan fikiran. Hati yang beradab ialah hati yang sentiasa ikhlas semata-mata untuk keredhaan Allah. Manakala fikiran yang beradab ialah sentiasa berfikir perkara yang bermanfaat sebelum melakukan apa-apa tindakan.

Kadangkala, bertindak tegas terhadap orang-orang yang kurang ajar juga dikira sebagai adab. Kita marah terhadap orang yang menghina Nabi juga dikira sebagai adab. Adab terlahir secara semulajadi dan bukan dibuat-buat. Adab amat berkait rapat dengan ihsan. Iaitu apa-apa sahaja yang kita lakukan, kita akan buat yang terbaik dan paling berkualiti untuk menunjuk kepada Allah sahaja, bukan menunjuk-nunjuk kepada makhluk.

Sebab itu adab juga adalah sebahagian ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Muslim, tidak kira ia daripada latar belakang agama ataupun tidak, kerana adab adalah ilmu fardu ain. Cukupkan tiga I = ilmu fardu ain, iaitu Islam (Ibadah), Iman (Aqidah) dan Ihsan (Adab), maka kehidupan kita akan aman dan sejahtera. Adab ini kadangkala malaikat pun tak faham, lagi-lagi berkaitan dengan ikhlas, kerana hanya antara manusia atau jin dengan Allah sahaja.

Walau solat 5 waktu sehari semalam pun jika tidak beradab, tetap akan dimasukkan ke neraka dulu untuk dicucikan sebelum ke syurga. Kita sesama kita pun selalu tidak beradab, bagaimanakah Allah mahu memberikan pertolongan kepada umat ini? Ingatlah peristiwa tongkat Nabi Musa menjadi ular, disebabkan adab yang ditonjolkan oleh 'wizards' atau ahli-ahli sihir Firaun terhadap Nabi Musa, mereka peroleh hidayah (hadiah atau petunjuk) daripada Allah, lalu mereka syahid dan diterima oleh-Nya.

Semoga Allah memberikan kesejahteraan ke atas nabi kita baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua para nabi dan ketua para wali, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, nabi-nabi ulul azmi, Nabi Khidir dan seluruh nabi khususnya serta seluruh umat Islam amnya. Jadikan seluruh kisah terutamanya kisah-kisah dalam al-Quran khususnya surah al-Kahf sebagai iktibar supaya terhindar daripada fitnah-fitnah Dajjal dan kuncu-kuncunya.

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...