MALAYSIA

Sunday, September 10, 2023

#57 MERDEKA

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Malaysia, tanah airku, di mana di sinilah tempat aku dilahirkan yang ketika itu negaranya masih bernama Malaysia. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 (4 Safar 1377) pada hari Sabtu akan menjadi hari nan bahagia buat seluruh warganegara Malaysia dari Perlis sehinggalah ke Sabah. Aku berasa bersyukur kerana tanah airku ini masih merdeka dan pada tahun 2023 ini, Malaysia menyambut ulangtahun Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan yang ke-66. Namun, adakah kita benar-benar merdeka?

Tahukah anda, nama Malaysia sudah wujud sejak zaman kolonial British lagi? Tahukah anda, Malaysia jika dieja tulisan jawi (ماليسيا) dan diterbalikkan ejaannya seolah-olah membentuk perkataan agama rasminya? Tahukah anda, semua negeri tidak bersekutu (yang tidak dijajah sepenuhnya oleh British tetapi oleh siam atau tidak dijajah langsung) mengambil cuti mingguan pada Jumaat dan Sabtu, manakala negeri-negeri yang mengambil cuti Sabtu dan Ahad adalah bersekutu?

Tahukah anda, nama perdana menteri (PM) dan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pertama kita mempunyai nama yang sama (عبد الرحمن)? Bezanya PM pertama ialah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah manakala YDPA pertama ialah Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad. Di not matawang negara itulah wajah YDPA yang pertama kita.

Daripada Abdul Rahman, terbitlah senarai PM dalam sejarah mengikut akronim RAHMAN (Abdul Rahman, Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan Mohd. Najib). Selepas itu era BN gugur dan diganti dengan PH. Susunan Agong pula mengikut negeri kita jika mahu ingat kita guna akronim “Nenek Sedang Pening Tetapi Kakak Keluar Pergi Jual Perak” {Negeri Sembilan > Selangor > Perlis > Terengganu > Kedah > Kelantan > Pahang > Johor > Perak}.

Malaysia adalah negara ke-58 mempunyai rakyat atau bangsa berbilang etnik di dunia, dengan jumlah indeks pecahan etnik sebanyak 0.956 mengikut sumber daripada Ensiklopedia Britannica. Ia dibahagikan kepada etnik Bumiputera (61.7%), etnik Cina (20.8%), etnik India (6.2%) dan etnik-etnik lain (11.3%). Ia mempunyai menara berkembar tertinggi di dunia iaitu Petronas dengan 88 tingkat (451.9m) dan menara kedua tertinggi di dunia iaitu Merdeka 118 (678.9m).

Namun, ia bukanlah puncak tertinggi di Malaysia. Puncak tertingginya adalah Gunung Kinabalu  dengan ketinggian 4,095m paras laut atau 6 kali ganda Menara Merdeka 118. Bahkan ia berada kedudukan ketiga tertinggi di Asia Tenggara selepas Hkakabo Razi (5,881m) di Kachin, Myanmar dan Puncak Jaya (4,884m) di Provinsi Papua, Indonesia. Setinggi-tinggi puncak Hkakabo Razi, tinggi lagi cintaku padamu 😜.

Sheikh Abdullah Fahim, atuk kepada bekas perdana menteri Malaysia kelima, iaitu Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi juga tidak terlepas untuk bersama meraikan hari kemerdekaan ini. Beliaulah yang mencadangkan supaya Tanah Melayu diraikan pada 31 Ogos 1957 kerana berdasarkan ilmu falak yang dikuasainya, pada tarikh itu semua planet berada dalam kedudukan selari, jika tidak perlu mengambil masa pada tahun 1962 untuk kedudukan semua planet selari lagi.

Pada Mac 2016, nasi lemak pernah dinobatkan antara 10 sarapan paling berkhasiat di dunia oleh majalah Time. Hal ini kerana kandungannya penuh seimbang dengan mangan (salah satu jenis mineral), karbohidrat dan protein, berserta sambal yang penuh dengan pemangkin metabolisme. Nasi lemak akan jadi tidak sihat jika cara makan dengan isi kandungan yang salah seperti nasi terlebih tetapi telur rebus, timun dan ikan bilis terkurang.

Roti canai juga pernah dinobatkan makanan jalanan terbaik di dunia oleh TasteAtlas pada November 2022. Kemudian menjadi kedua selepas Goutie dari China pada Februari 2023. Terkini, ia merampas tahta roti terbaik di dunia pula pada September 2023. Entah kenapa pernah diberitahu roti canai antara makanan tidak sihat kerana tinggi dengan kalori (lemak yang jahat), mungkin cara makan salah kot! Jika anda tahu berita baik ini, adakah anda akan guna alasan tidak elok makan roti canai selepas bersenam? 😭


Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri dalam khazanah alam semulajadi dan hidupan flora fauna. Dahulunya kita dikenali sebagai Golden Chersonese (Semenanjung Emas). Entah kenapa simpanan emas negara tidaklah sebanyak negara-negara jiran seolah-olah tanah dipijak milik orang. 🥲 Sayangnya juga, Malaysia telah kehilangan enam haiwan liar: Badak Sumbu Sumatera, Badak Sumbu Jawa, Merak Hijau, White Shouldered Ibis, Bangau Keria dan Itik Serati Hutan.

Namun, haiwan yang kian terancam haruslah kita pelihara sebagai khalifah di bumi: antaranya Gajah Pygmy Borneo, Tapir Malaya, Kambing Gurun, Penyu, Ungka Tangan Putih, Kancil, Orang Utan, Burung Botak Upeh, Harimau Malaya dan Seladang. Cerita tentang harimau malaya ini, tim Harimau Malaya kita juga tidak kurang hebatnya. Untuk mencapai kedudukan terbaik FIFA bukanlah mudah demi martabat dan maruah negara. Namun, bergerak dan berusaha atas realiti untuk mencapai satu-persatu impian bukanlah suatu yang mustahil.

Jadi, tahniah kepada Harimau Muda negara bawah 23 tahun kerana telah melunakkan Bangladesh 2-0 pada 6 September 2023 lalu, melunakkan Filipina 4-0 pada 9 September 2023 lalu dan Thailand pada 12 September 2023 ini di Stadium Chonburi, Thailand. Semoga berjaya mendapat juara atau naib juara dalam kumpulan H untuk melangkah ke Piala Asia B-23 di Doha, Qatar pada tahun hadapan 2024. Anda semua sememangnya mantap memberikan inspirasi kepada senior dan junior bolasepak khususnya dan seluruh peminat amnya.

Tidak dilupakan juga kepada Harimau Malaya atas keputusan seri 2-2 ke atas Syria dan 1-1 ke atas China dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa pada 6 & 9 September 2023 yang lalu. Semoga dengan keputusan seri terhadap tim yang lebih tinggi kedudukan FIFA ini menaikkan semangat dan keyakinan diri untuk terus kerja kuat dan tambah baik kualiti permainan supaya dapat melangkah lebih kuat dan mencipta sejarah untuk berjaya melepasi kelayakan Piala Dunia menentang Kyrgyzstan dan Oman dalam kumpulan D.

Dengan anugerah Yang Maha Perkasa ini memberikan kita peluang untuk sentiasa bersyukur dan sabar menjalani segala perkara yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Yang Maha Pencipta. Maka dengan “Mengikut Rasulullah Dan Yakin Kepada Allah” itulah MERDEKA yang sebenar. (Merdeka = مرديكا). Hargailah kemerdekaan ini dengan menghayati nilai-nilai daripada lima rukun negara juga sebelum kemunculan al-Masih Dajjal.

Dalam versi Ustaz Auni Bin Mohamed, Dajjal dilahirkan beberapa tahun sebelum zaman Nabi Musa. Sehingga muncul pada zaman Nabi Musa sebagai Samiri di mana namanya juga adalah Musa. Manakala dalam versi Ustaz Muhammad Bin Abdullah (Ustaz Amin) pula, Dajjal lahir pada zaman Nabi Nuh, kerana Nabi Nuh adalah Nabi pertama yang menceritakan tentang ujian-ujian daripada Dajjal yang jahat.

Syurga adalah tempat yang sangat 'sophisticated' teknologinya. Nabi Adam sudah mengalami pengalaman di Syurga dan merasainya, macam-macam ilmu beliau ada. Adapun Dajjal dilahirkan pada zaman Nabi Nuh, di mana zaman Nabi Nuh zaman paling canggih sepanjang zaman yang masih misteri sehingga kini. Sebab itu Dajjal tengok teknologi zaman sekarang tidaklah sehebat zamannya. Hati-hati apabila Dajjal keluar, senang sangat nak perdaya manusia.

Semoga rakyat Malaysia semakin bersatu dan maju seiring dalam lagu Negaraku tidak kira agama, etnik dan warna kulit. Janganlah lupa untuk utamakan etnik Melayu kerana di sinilah asal usul kita. Utamakan bangsa sendiri adalah sunnah Rasulullah tanpa menghina bangsa lain. Jika bangsa sendiri rosak, maka keluarlah bantu dakwah perbaiki kerana setiap bangsa tidak ada yang sempurna.

Umpama kereta Rolls-Royce sendiri rosak, hantarlah ke bengkel Rolls-Royce, bukan sibuk menyuruh tukang motosikal BMW untuk perbaiki Rolls-Royce. Hiduplah bersama Rolls Royce, Bently, Mercs, BMW, Audi, Porche, Lamborghini dan lain-lain perlu hidup bersama demi kemakmuran, keharmonian dan keamanan negara yang tercinta. Salam damai dan maju jaya negaraku. ♥️🇲🇾

Demi negara yang tercinta,
Dicurahkan bakti penuh setia,
Demi raja yang disanjung tinggi,
Kesetiaan tak berbelah bagi.

Kepada pemimpin kepada rakyat,
Khidmat diberi penuh taat,
Sama bekerja sama berusaha,
Setia berkhidmat untuk semua.

Rela berkorban apa sahaja,
Amanah bangsa dan negara,
Kami berikrar penuh setia,
Untuk agama, bangsa dan negara!

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...