MALAYSIA

Tuesday, November 1, 2022

#53 QUNUT SUBUH

Pernah dengar atau tidak bahawa Nabi S.A.W. selalu tidak berdoa qunut dalam solat Fardu Subuh? Ya, kadangkala baginda buat, kadangkala baginda tidak buat qunut Subuh. Guru agama saya pernah menasihatiku kalau qadha' / qodok solat Subuh, lebih baik 'tak payah' qunut. Kalau solat Subuh pada waktu Subuh secara tunai (bukan hutang qodok), barulah qunut. Hal ini kerana antara waktu mustajab doa dalam solat selain selepas ayat al fatihah ayat 5 (وإياك نستعين...) dan sujud terakhir, waktu i`tidal terakhir pun adalah antara waktu doa mustajab.


Doa qunut ini mubah dibaca bukan dalam solat fardu Subuh sahaja, qunut boleh dibaca dalam SEMUA solat wajib dan sunnat. Sebab itu juga bacaan waktu i`tidal, bacaan Nabi sangat panjang, bukan setakat ربنا لك الحمد, walaupun kadangkala Nabi tidak berdoa qunut dalam Subuh. Bacaan i`tidal penuh berdasarkan kumpulan hadis² sohih akan jadi macam ni:

ربنا لك الحمد حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه كما يحب ربنا ويرضى ملء السماوات وملء الأرض وملء ما شئت من شيء بعد أهل الثناء والمجد لا مانع لما أعطيت ولا معطي لما منعت ولا ينفع ذالجد منك الجد

Imam Muhammad Bin Idris (pelopor mazhab Syafie) meletakkan 6 sahaja sunnat ab`adh:
1) Duduk tahiyyat awwal;
2) Membaca tahiyyat awwal;
3) Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad dalam tahiyyat awal dan doa qunut;
4) Berdiri ketika doa qunut dalam solat fardu Subuh;
5) Membaca doa qunut dalam solat Subuh;
6) Membaca selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyyat akhir dan doa qunut.

Jadi, beliau menyamakan qunut Subuh sama seperti tahiyyat awwal. Kalau tinggalkan pun, solat masih SAH. Walau tinggalkan, solat wajib itu masih sah tetapi cacat, umpama pergi temuduga pakai sempurna kemeja, kasut, berstoking dan berseluar slack panjang tapi tak pakai tali leher. Kalau solat sunnat 4 rakaat pun TAK disunnatkan tahiyyat awal seperti solat tasbih 4 rakaat, atau sunnat ba`diyah Isyak 4 rakaat, supaya dapat membezakan solat fardhu dan solat sunnat.

Bolehlah dikatakan sunnat ab`adh hanya terpakai dalam solat yang wajib sahaja. Jadi, tak perlulah berperang mulut sehingga mencemarkan perhubungan persaudaraan dek isu yang kecil sahaja. Ia sekadar sunnat, buat dapat pahala, tak buat tak dosa, tetapi RUGI sahajalah... kalau terlupa atau tertinggal sunnat ab`adh, bukankah boleh sujud sahwi? Kalau tertinggal sujud sahwi pun masih lagi solat itu sah tau, jangan marah naa... Adalah tu sebab apa Imam Muhammad Bin Idris meletakkan doa qunut sebahagian sunnah ab`adh.

Istimewanya solat Subuh ini sehingga azan pun ditambah perkataan (الصلاة خير من النوم) yang bermaksud 'Solat itu lebih baik daripada tidur' sebanyak dua kali selepas seruan (حي على الفلاح) 'Marilah menuju kejayaan'. Kadangkala sesetengah tempat diserukan azan sebanyak dua kali sebelum subuh di mana azan pertama adalah bertujuan untuk mengejutkan orang yang sedang lena untuk bangkit bersahur dan bersiap-siap untuk subuh berjemaah.

Bukankah Nabi pernah berkata, ibadah solat sunnat sebelum Subuh (qabliyyah Subuh) lebih bernilai daripada dunia dan seisinya? Jika sunnatnya pun lebih bernilai, apatah lagi yang wajibnya iaitu Solat Fardu Subuh! Nah, begitu besarnya keistimewaan Subuh ini. Sehingga jika berjemaah, ganjarannya mendapat seperti solat separuh malam atau mungkin sepenuh malam jika solat Isyak berjemaah pada waktu sebelumnya.

Waktu subuh juga pernah digunakan sebagai waktu sumpahan Allah dalam ayat pertama surah al-Fajr. Waktu inilah di mana para malaikat penjaga malam dan siang semuanya berhimpun. Bukankah setiap orang daripada kita ada dua orang malaikat bekerja ikut giliran atau 'shift' memelihara dan mencatat amalan kita? Hanya pada waktu subuh, makhluk yang paling taat, paling ramai dan paling kuat ini keseluruhannya berhimpun dan berkumpul.

Hanya orang yang memelihara solat subuh berjemaah sahajalah tanda dia ada iman yang kukuh. Orang-orang munafiq sangat berat untuk menunaikan solat isyak dan subuh, apatah lagi berjemaah. Ini khusus untuk para lelaki sahaja. Untuk wanita digalakkan solat di rumah, namun wanita mendapat keistimewaan yang sama jika bapanya atau suaminya sentiasa ke surau atau masjid untuk solat berjemaah dan dirinya juga menunaikan dan memelihara solatnya, melainkan uzur syar`ie.

Jika setelah selesai berjemaah Subuh di masjid, lalu berzikir sehingga habis waktu Subuh dan menunaikan solat Isyraq, ganjaran seperti haji dan umrah dapat diperoleh. Malah, sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada waktu subuh. Doa yang paling mustajab pula adalah pada waktu subuh atau sekitarnya juga, lagi-lagi pada waktu sahur (walau sebelum subuh namun waktu yang mustajab) dan ketika sedekah setelah solat subuh.

Anjing pun, apabila mendengar azan Subuh, mereka menyahut terutamanya ayat "Allahuakbar" (Allah Maha Besar). Adakah manusia masih lalai diulit mimpi pada waktu Subuh? Sehina-hina seekor anjing, dia tetap taat kepada tuannya. Walau lapar, jika tuannya tidak bagi makan, ia sanggup menahan lapar. Adakah manusia taat kepada Tuannya dan meninggalkan larangan-Nya (iaitu Tuhannya Allah)?

Begitulah betapa besarnya manfaat yang kita boleh kejar pada waktu Subuh. Amat rugi dan malang bagi mereka yang ketiduran dan bermalas-malasan untuk perbanyakkan ibadah pada waktu itu. Kekayaan jiwa dan harta dibuka luas, namun mengapa masih ramai yang alpa ketika tabuh berbunyi dan ayam jantan berkokok? Hanya paling kurang dua rakaat, tidak ada Qasar dan tidak boleh di-Jamak-kan lagi, menunjukkan betapa penting dan mantapnya solat Subuh ini sesuai dengan waktunya.

Sebelum tidur malam, pastikan tidur awal dan amalkan sunnah-sunnah Nabi sebelum tidur agar esok paginya dapat bangkit awal dan terjaga dengan badan sihat dan tidak dalam keadaan tertekan. Apabila kita sudah tahu kelebihan-kelebihan waktu Subuh ini, adakah kita mahu tinggalkan doa qunut dalam Solat Fardu Subuh lagi walaupun kita sedia maklum ia hanyalah sunnat? Semoga kita diberikan kekuatan untuk menunaikan dan memelihara solat Fardu Subuh secara berjemaah setiap pagi. Yang penting, solat!

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...