MALAYSIA

Monday, October 24, 2022

#52 ILMU KALAM

 


Tahun 2022 adalah tahun kegemilangan buat bola sepak negara Malaysia 🇲🇾. Jadi, aku begitu gembira melihat akan kebangkitan tanah airku yang tercinta terhadap dunia bola sepak demi maruah agama, bangsa dan negara.

Aku berdoa, semoga Malaysia lebih maju dan lebih profesional dalam mengendali dan menyatupadukan ummat melalui arena sukan ini. Kebanyakan daripada kita sudah terbuka minda dan mata hatinya untuk sama-sama bangkit memajukan diri sendiri dan ummat atas segala bidang termasuk bola sepak, antara kecintaan sukan kebanyakan manusia dewasa ini.

Semoga terus gemilang duhai Harimau Malaya-ku di AFC U17 dan AFC khususnya tahun hadapan, tahun 2023 dan AFC yang lain pada tahun-tahun seterusnya! Daripada jersiku yang kupakai, kuingin kongsikan akronim JERSI yang mantap sebagai bekalan hidup anda.

JERSI = Jasmani, Emosi, Rohani, Sosial dan Intelek.

Kelima-limanya perlukan makanan setiap hari.

Jasmani makanannya 7 Zat;

Emosi makanannya Sabar;

Rohani makanannya Zikir;

Sosial makanannya Ukhuwwah;

Intelek makanannya Ilmu.


Nak dunia, Ilmu. Nak akhirat, Ilmu. Nak kedua-duanya, Ilmu, juga. Tidak tepat jika mengatakan, adab dulu baru ilmu. Sedangkan adab juga adalah sebahagian daripada ilmu. Tamadun terbina disebabkan lahirnya para cendekiawan, pemikir dan ilmuwan yang menguasai pelbagai ilmu dalam bidang masing-masing.

Ilmuwan terbahagi kepada banyak bahagian, ada yang pakar dalam bidang agama, ada yang pakar dalam bidang usahawan, ada yang pakar dalam bidang kemahiran dan lain-lain.

Yang lebih tepat adalah, ilmu haruslah seiring dengan tauhid, adab dan ibadah. Barulah hidup berjaya dunia akhirat. Hidup ini tidak terlepas daripada agama, kerana Islam itu adalah cara hidup.

Hal ini kerana ketiga-tiganya adalah wajib ain (fardu ain), sedangkan ilmu selain daripadanya ialah wajib kifayah (fardu kifayah). Jika tinggalkan wajib ain dan wajib kifayah, maka berdosa besar ke atasnya.

Mengapa nak ikut Senator Prof. Dr. Iblis yang ilmuwan? Dah ada ilmu masih mahu kata: "Aku lebih baik, aku api, dia tanah"? Mengapa nak ikut YB Datuk Qarun yang hartawan? Dah ada harta masih mahu kata: "Ini semua kerana usaha aku dan ilmu yang ada pada aku"? Ikutlah Saiyidina wa Habibina wa Nabiyina Muhammad s.a.w., baginda ketua para ilmuwan, ketua para dermawan, ketua para wali, dan ketua para rasul. Iblis amat memusuhi baginda s.a.w.

Para sahabat r.hum juga demikian, setiap sahabat memiliki kelebihan ilmu masing-masing, semua menggunakan kelebihan diberi untuk agama. Mereka berjaya seiringkan semua ilmu dengan tauhid, adab dan aktiviti fiqh yang benar. Hindarkan akidah, akhlak dan ibadah yang salah. Fitnah akhir zaman selalunya terjadi kerana DUA GOLONGAN: (1) Mereka yang membenci terhadap Islam; (2) Mereka yang taasub atau fanatik kepada Islam.

Sahabat-sahahat Nabi r.hum berjaya menjadikan diri ilmuwan-ilmuwan yang tak pernah rasa diri betul, mereka sentiasa cari kelemahan diri untuk perbaiki diri sendiri dari semasa ke semasa. Seperti Nabi s.a.w., walau baginda sendiri ketua para rasul, baginda tak pernah merasa diri sendiri paling hebat. Apabila hendak menunjuk berbuat baik, mereka berbuat baik untuk menunjuk kepada Allah semata-mata, bukan pada makhluk. 

Mereka berjaya menghindarkan diri mereka daripada jahil pada agama. Mereka bukan sekadar tahu tentang ilmu agama seperti kebanyakan manusia hari ini, tetapi mereka juga amat memahami apa itu agama. Tahu dan faham adalah perkara yang berbeza. Mereka faham kerana mereka sentiasa bertalaqqi dengan Rasulullah s.a.w., jumpa orang, jaga amal dan sentiasa bercakap-cakap tentang iman, Allah dan hari akhirat.

Mereka berjaya menjadikan hidup mereka sebagai IBADAH. Dari bangun tidur pada awal pagi sehingga tidur semula pada malam sentiasa diisi perkara bermanfaat supaya semuanya menjadi ibadah. Tujuan hidup manusia adalah untuk memperhambakan diri hanya kepada Allah dan tunduk taat akan segala perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya. Islam dijadikan cara hidup mereka seharian. Syarat ibadah hanya ada empat:

  1. Ikhlas hanya mencari keredhaan Allah;
  2. Utamakan dan laksanakan yang lebih wajib;
  3. Tidak meninggalkan syariat Nabi Muhammad s.a.w.;
  4. Dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan berkualiti.

Mereka dapat membezakan antara jazm, zhon, syak, wahm dan jahl dengan jayanya. Jazm adalah 100% yakin dengan kebenaran dan kebijaksanaan, zhon adalah melebihi 50% yakin dengan kebenaran, syak adalah tepat-tepat 50% yakin dengan kebenaran, wahm adalah mengurangi 50% yakin dengan kebenaran, manakala jahl adalah 100% tidak yakin dengan kebenaran atau 100% yakin dengan kebodohan.

Dalam akidah mereka perlu dan wajib jazm kerana ia melibatkan iman, namun dalam feqah mereka cukup minimum berpegang pada zhon kerana melibatkan ibadah. Manakala dalam kesufian mereka berjaya mengimbangi supaya tidak terlibat dalam perkara syak. Mereka sentiasa berasa seolah-olah dapat melihat Allah atau paling kurang meyakini 100% bahawa Allah Maha Melihat mereka dalam setiap perkara iman dan amal ibadah mereka kerana ini melibatkan ihsan.

Dalam setiap perkara, pasti akan ada jirim dan `aradh, atau zat dan sifat. Hanya Allah sahaja punyai zat dan sifat yang tidak akan menyamai seluruh ciptaan-Nya. Semua ciptaan-Nya dinamakan makhluk, atau dalam bahasa mudahnya, selain daripada Allah adalah makhluk. Daripada seawal-awal makhluk diciptakan seperti al-Qalam (pena menulis qadak qadar), air, arasy, masa, malaikat, langit, alam semesta bumi, udara, binatang, jin, manusia, atom dan sebagainya semuanya adalah makhluk.

GAS, CECAIR DAN PEPEJAL, SEMUA ADALAH MILIK-NYA. JADI, DI MANAKAH MILIK KITA?

Hanya makhluk yang mempunyai zat dari segi jisim (yang boleh nampak dengan mata kasar) dan jauhar (yang tidak boleh nampak dengan mata kasar), ada yang katsif (yang boleh dipegang) dan ada juga yang lathif (yang tak boleh dipegang). Tidak ada satupun tertinggal dalam pengetahuan Allah. Tidak ada satupun terlepas dalam genggaman Allah. Tidak ada satupun yang boleh bersembunyi daripada pemerhatian Allah. Yang kecil, besar, abstrak, tampak, jauh, dekat, gerak hati, fikiran, penglihatan, pendengaran, gelap, terang, hitam, putih dan sebagainya, segala-segalanya tunduk dalam kekuasaan-Nya.

SEBAB ITU YAKINLAH DENGAN 100% BAHAWA SEMUA MAKHLUK TIDAK ADA YANG BERKUASA, KUASA MUTLAK HANYA PADA ALLAH, MAHA PERKASA MAHA BIJAKSANA!

Biarlah kita berpegang fiqh berbeza, namun aqidah kita biarlah sama. Walau anda berpegang pada ideologi Imam Mansor al-Maturidi (zaman Hanafi) atau pada ideologi Imam Hasan al-Asy`ari (zaman Maliki, Syafie dan Hanbali), janji asasnya, akidah anda tidak lari daripada keyakinan Rasulullah s.a.w. (keyakinan as-Sunnah) dan para sahabatnya r.hum ajma`in (keyakinan al-Jama`ah).

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...