Gambar di atas aku ambil daripada FB ustaz Mohammad Yaakub Yusra. Sahaja aku ambil untuk aku kaji tentang perak pula.
Berdasarkan laman sesawang https://my.bullion-rates.com/silver/MYR/spot-price.htm :
• 1 dirham bersamaan 2.975g perak.
• Harga semasa perak = RM3.187/gram
• Bermakna 500 dirham = 1487.5g.
• Jadi, maskahwin Rasulullah SAW ketika menikahi Saiyidah Khadijah al-Kubro r.ha ialah sekitar 1487.5g = RM4,740.66.
Kalau kita ikut harga kayangan jualan dirham masa kini, 1 dirham purata penjual jual RM16 sekeping.
• RM16 x 500 dirham = RM8,000.00
Maskahwin atau mahar 500 dirham tu banyak weh. Ingat Rasulullah tak kaya kah? Usahawan kot. Itulah pekerjaan baginda SAW sejak berusia 9 tahun sehingga baginda berumur 40 tahun, bersara dan menjadi pendakwah sepenuh masa sebagai seorang Rasul akhir zaman (ketika itu anak keenamnya Saiyidah Fatimah r.ha masih berumur 5 tahun).
Jom kira zakat perak dah alang-alang kita buka cerita pasal perak.
Diriwayatkan oleh Abu Sa`id Al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada zakat pada kurang daripada lima ekor unta, tidak ada zakat pada yang kurang daripada lima uqiyah (perak) (5 uqiyah = 200 dirham), dan tidak ada zakat pada yang kurang daripada lima awsuq (gandum).
(HR Bukhari)
• 200 dirham bersamaan 595g perak.
Jadi, nisab zakat perak semasa ialah:
• 595g × RM3.187 = RM1,896.27.
Sekarang, dah boleh kira zakat yang wajib dibayar. Jangan lupa, tunggu setahun dulu untuk cukup haul. Yang perlu dibayar hanya 2.5 peratus.
• 2.5% × RM1,896.27 = RM47.41. 🥈
Seumpama jika sudah cukup nisab 595g perak, kita hanya diwajibkan untuk sedekahkan 15g perak sahaja sebagai zakat perak. 🤍🤩
Salam Maulidurrasul 1443.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم ❤
~ `Izzuddin Safaruddin.
20 Oktober 2021, 13 Rabiul Awal 1443.
No comments:
Post a Comment