MALAYSIA

Wednesday, October 13, 2021

#44 ZIKIR DAN DOA

Zikir ialah mengingati Allah. Antara sunnah Rasulullah yang besar ialah mengingati Allah setiap saat. Hatta, Rasulullah walau sedang tidur, hatinya tak lalai mengingati Allah walau sesaat. 

Doa pula ialah memohon dan meminta sesuatu daripada Allah sama ada memohon kebaikan atau memohon perlindungan untuk diri sendiri dan orang lain. Dia Maha Mengkabulkan (al-Mujeeb), lagi kita minta, lagi Dia sukai. Bukan seperti makhluk, lagi kita minta, lagi rasa cemuh.

Allah sudah berjanji, apabila kita minta, Allah pasti kabulkan. Kita berdoa untuk ubah takdir, tapi doa itu sendiri adalah takdir. Ia adalah senjata utama orang-orang beriman, sudah pastinya, doa juga adalah asbab. Nampak macam doa itu berkuasa, tetapi kuasa mutlak tetap daripada Allah. Tanda Allah kabulkan ialah dengan tiga cara:

  1. Segera dikabulkan sesuai dengan kredibiliti;
  2. Digantikan dengan setara atau lebih baik;
  3. Ditangguhkan di syurga.


Antara zikir yang paling disukai Allah ialah zikir Tasbih Malaikat di atas. Paling terbaik dibaca seratus kali sehari. Paling digalakkan dibaca pada waktu subuh terutamanya antara solat sunnat Subuh dan solat fardu Subuh berjemaah.

Saat kita bangun daripada tidur, kita diseru terus mengingati-Nya dengan berdoa:

الحمد لله الذي أحيانا بعد أماتنا وإليه النشور


Sebelum masuk tandas untuk melepaskan hajat untuk buang air kecil atau besar atau untuk mengangkat hadas (sama ada mengangkat hadas kecil dengan berwudhuk atau mengangkat hadas besar dengan bermandi wajib), kita diseru untuk berdoa lagi di depan tandas tanpa mengangkat tangan dengan doa:

اللهم إني أعوذ بك من الخبث والخبآئث


Kemudian, setelah selesai, kita keluar dari tandas dulu baru berdoa:

عفرانك الحمد لله الذي أذهب عني الأذى وعافاني

(Kedua-dua doa tandas ini ada dalam hadis Sohih al-Bukhori)


Kenapa selepas keluar tandas kita membaca ghufronak (pohon keampunan-Mu)? Hal ini kerana di dalam tandas kita dilarang menyebut nama Allah. Kita tak dapat nak sebut nama Allah, lalu kita meminta ampun. Namun, hati jangan pernah lalai kepada Allah walau sesaat.


Selepas berwuduk, mandi wajib atau tayammum, kita berdoa lagi:

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، اللهم اجعلني من التوابين، واجعلني من المتطهرين، واجعلني من عبادك الصالحين


Begitulah, setiap masa, kita diingatkan untuk mengingati-Nya. Apatah lagi, setiap kali kita mendengar azan, itu juga peringatan daripada Allah untuk mengingati-Nya. Selepas mendengar azan, kita digalakkan untuk membaca selawat dulu, baru berdoa selepas azan.


Setiap hari, sebelum keluar rumah, kita diajar berdoa untuk bertawakkal kepada-Nya. Niatkan dengan betul dan ikhlas untuk mencari rezeki halal kerana-Nya. Sambil mencari rezeki, jangan jemu basahkan bibir kita dengan zikrullah, terutamanya, jangan kita tinggalkan 5 zikir ini 100 kali seperti dalam video di bawah:

Zikir bukan sahaja di masjid. Kita wajib hapuskan persepsi ini. Zikir dengan lidah boleh di mana-mana selain tandas dan sedang berjimak. Zikir digalakkan dengan lidah, jika tak mampu, cukup di hati. Jika kedua-duanya adalah lebih baik. Zikir bukan sahaja di lidah, malah lebih terkesan jika kita menjiwai apa yang kita sebut dengan hati.

Apabila pulang ke kediaman masing-masing, kita diajar untuk bertawakkal lagi sekali. Sebab itu bertawakkal bukan setelah usaha sahaja, ia perlu sepanjang waktu. Bertawakkal sebelum usaha, bertawakkal semasa usaha dan jangan lupa bertawakkal selepas berusaha dan berdoa:

 بسم الله ولجنا وبسم الله خرجنا وعلى ربنا توكلنا

Sebelum masuk rumah, amalkan MASUK:

M= Menyebut basmalah "بسم الله";

A= Al Ikhlash (...قل هو الله أحد) tiga kali;

S= Senyum;

U= Ucap salam "السلام عليكم ورحمة الله";

K= Kaki kanan didahulukan.

Semoga seisi keluarga kaya jiwa, mudah melunaskan hutang-piutang dan terhindar daripada kefakiran.


اللهم إنا نعوذ بك من الهم والحزن ونعوذ بك من العجز والكسل ونعوذ بك من الجبن والبخل ونعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال


Zikir kan mengingati Allah, jadi tiada batasan mengingati Yang Maha Pencipta. Zikir boleh di atas padang bola, di dalam kenderaan, di atas motor, di dalam kolam (zikir dalam hati), di rumah, di bilik tidur, di dalam kelas, di tempat kerja dan sebagainya. Allah amat menyarankan kita untuk perbanyakkan zikir setiap masa. Dah banyak zikir, zikir lagi. Zikir lagi dan lagi.


Sebaik-baik zikir ialah solat. Sebaik-baik zikir berbunyi ialah al-Quran dan sebaik-baik zikir tanpa bunyi ialah mengingati mati. Malah, zikir adalah lebih tinggi fadhilatnya daripada berjihad di jalan Allah selaras dengan hadis sohih. Kalau boleh, amalkan ma'tsurat yang telah disusun oleh Imam Hasan al Banna atau Manzil Munjiyat yang telah disusun oleh Maulana Zakariyya al Kandahlawi.


Bacalah ia setiap hari pada waktu pagi selepas solat Subuh dan petang selepas solat Asar. Tak boleh baca yang kubro, paling lekeh baca yang sughro. Atau kalau paling malas pun jangan tinggal dua ayat daripada ma'tsurat atau manzil itu pada waktu pagi selepas Subuh. Iaitu:

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته

( TIGA KALI)

DAN

بسم الله الرحمن الرحيم، بسم الله الشافي، بسم الله الكافي، بسم الله المعافي، بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

(TIGA ATAU TUJUH KALI)


Sebab itu, bagi wanita yang sedang abc (Allah bagi cuti dengan darah haidh) khususnya, apabila selepas azan, gantikanlah solat dengan berzikir banyak-banyak. Apatah lagi jika ditambah dengan selawat banyak-banyak. Ketika haidh, syaitan akan mudah untuk mengganggu mental kita. Bentengilah diri kita daripada mereka yang direjam dengan zikrullah dan selawat.


Kalau boleh, amalkanlah semua doa ini selepas azan atau setiap kali pada sujud terakhir dalam solat. Doa-doa itu ialah:

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة، اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا، اللهم أعنّا على ذكرك وشكرك وطاعتك وحسن عبادتك، اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك إلى يوم القيامة، يا حي يا قيوم، برحمتك أستغيث، أصلح لنا شأننا كله ولا تكلنا إلى أنفسنا طرفة عين


Sebelum salam pertama dalam solat, kita juga digalakkan membaca:

اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر ومن عذاب جهنم ومن فتنة المحيا والممات والنساء والرجال، ومن فتنة المسيح الدجال، اللهم إني أسألك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا

Kalau boleh, aku selalu tambah lagi sikit doa sebelum salam:

اللهم إني أعوذ بك من الكفر والفقر، اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر، لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين، رب إني لما أنزلت إلي من خير فقير، جزى الله عنا سيدنا محمدا صلى الله عليه وسلم ما هو أهله


Setiap selepas solat, bukankah kita diajar untuk berzikir? Begitulah, walau tak dapat solat sebab cuti, boleh juga berzikir yang sama seperti selepas solat. Antara zikir yang amat digalakkan baca ialah ayatul kursi dan zikir Sayyidah Fatimah r.ha. yang pernah diajar oleh ayahnya sendiri iaitu Rasulullah s.a.w.. Apa dia zikir itu? Iaitu:

Tasbih 33 kali = سبحان الله

Tahmid 33 kali = الحمد لله

Takbir 33 atau 34 kali = الله أكبر

Dan diakhiri dengan tahlil:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير

Apatah lagi dibaca selepas Subuh, Asar dan Isyak. Selepas Subuh dan Asar sebab pagi dan petang seumpama menyiram pokok bunga pada pagi dan petang, bukan pada waktu panas atau pada waktu malam takut bunga itu mati. Pada waktu Isyak kerana sebelum tidur, biarlah akhir kalam kita dengan perkataan menyebut nama Allah.


Sebelum tidur, terlalu banyak doa yang diajar oleh Nabi kita. Antaranya ayatul kursi 7 kali dan tiga Qul. Antara doa lain ialah:

بسمك اللهم أحيا وأموت

Namun, kita juga digalakkan untuk membaca doa ini sebelum tidur:

اللهم إني أسلمتُ نفسي إليك، ووجهت وجهي إليك، وفوضت أمري إليك، وألجأت ظهري إليك، رغبة ورهبة إليك، لا ملجأ ولا منجا منك إلا إليك، ءامنت بكتابك الذي أنزلتَ، وبرسولك الذي أرسلتَ

[H.R. Bukhori]

بسمك رب وضعتُ جنبي، وبك أرفعُه إنْ أمسكتَ نفسي فارحمها، وإن أرسلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادَك الصالحين

[H.R. Bukhori & Muslim (متفق عليه)]


Zikir tak pernah mengira masa dan keadaan. Dengan mengingati Allah, hati PASTI akan menjadi tenang. Allah mahu kita tenang dalam setiap masa dan keadaan, baik dalam keadaan sejuk atau panas, sedih atau bahagia, sihat atau sakit, susah atau senang, waktu muda atau waktu tua, waktu miskin atau waktu kaya dan sebagainya selagi hayat dikandung badan.


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:


الَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ  ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

""(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."

(QS. Ar-Ra'd 13: Ayat 28)


Mekah simbol perut,

Madinah simbol hati,

Aqsa simbol akal.


Perut isinya makanan 7 zat,

Hati isinya zikir dan selawat,

Akal isinya ilmu bermanfaat.


Cinta itu di hati yang bersih,

Wajarlah Baginda digelar kekasih.

اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه










Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang lalai.

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...