MALAYSIA

Saturday, October 23, 2021

#46 BIAWAK DHOB

Aku kongsi video ni bukan sebab teringin nak rasa daging buaya. Tapi sebab bahagian terakhir speaker (saudara Ammar) ni ada sebut Nasi Kerabu Biawak Dhob. Macam menarik! 🤣 Ia tergolong kategori biawak. Kenapa ia boleh dimakan oleh kita sebagai manusia yang beragama Islam? Kenapa buaya tak boleh?


Apa yang aku dapat kumpulkan kenapa kita haram makan seseekor binatang itu. Iaitu LIMA sebab:

(1) Haiwan dua alam contohnya katak, salamander, ikan belacak dan sebahagian ketam;

(2) Haiwan yang mempunyai taring yang amat besar kecuali ikan dan kuku yang sangat tajam untuk menerkam contohnya kucing, beruang dan burung helang, jika taring lemah maka halal dimakan contohnya musang dan dubuk, jika ada kuku besar tapi tak digunakan untuk terkam juga dibolehkan contohnya ayam;

(3) Haiwan yang dihina oleh orang Arab contohnya siput, cacing dan monyet dan haiwan yang diharamkan dalam al-Quran contohnya babi.

(4) Haiwan yang disunnatkan untuk dibunuh, contohnya burung gagak, ular dan cicak, apatah lagi haiwan yang beracun dan habitatnya tempat yang kotor dan bernajis contohnya kala jengking, anjing dan lintah; dan

(5) Semua jenis serangga kecuali beberapa jenis belalang.

Kalau kelima-lima ni ada yang salah atau ada lagi sebab apa binatang itu haram atau tak boleh dimakan, sila komen di bawah. Aku pun nak tau lagi dan tak arif sangat sebab aku tak ambil bidang pemakanan halal. Setakat apa yang aku tahu daripada pembelajaran selama aku hidup sahaja berdasarkan ilmu fardu ain yang kita wajib belajar sebagai seorang Muslim.


Jadi, biawak dhob tak tergolong dalam binatang haram kerana bukan dua alam, tidak ada gigi taring besar dan kuku tajam untuk menangkap mangsa, habitatnya bersih dan makanan utamanya ialah tumbuh-tumbuhan walau memang dia ada makan serangga juga kadang-kadang (serangga bukan makanan utamanya). Yang penting, jangan lupa untuk disembelih dulu sebelum dimakan.

Mengapa buaya tidak boleh dimakan? Buaya tak boleh dimakan sebab haiwan yang menangkap haiwan lain dengan gigi taring besarnya. Walau habitatnya di sungai seolah-olah ikan, namun buaya hidup bernafas dengan paru-parunya. Hidup di air bukan lama pun, buaya tahan nafas sahaja ketika di air. Bukan seperti katak yang memang boleh bernafas di dalam air melalui kulitnya, walau bernafas melalui paru-parunya juga ketika di darat. Buaya di sungai pun tak boleh dimakan, apatah lagi dengan 'buaya' di darat. Ehem.


Ikan-ikan di laut dan sungai pula, termasuklah ikan jerung, dan semua haiwan berinsang kecuali berudu dan jentik-jentik yang secara biologinya dari kecil sampai dewasa berinsang seperti sotong dan udang, maka halal dimakan kerana semua laut dan sungai itu air mutlak, air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan untuk berwuduk, mandi wajib dan istinjak. Pernafasan mereka melalui insang dan darah mereka sejuk menyebabkan proses dalam badan tidak najis, sebab itu tidak disembelih.


Bagaimana dengan ayam? Ayam makan cacing juga. Sebab apa kita makan ayam? Sebab ayam tak tergolong daripada sebab-sebab diharamkan tersebut. Jika ayam tersebut berpenyakit, hukum memakannya akan menjadi haram. Boleh dikuarantin atau diubati sehingga sihat, barulah boleh disembelih untuk dimakan. Begitu juga jika ayam itu tiba-tiba mengganas berubah sifatnya menangkap binatang lain dengan kuku dan tajinya, maka kita diharamkan memakan ayam tersebut.


Ayam juga boleh dimakan sebab ayam menangkap mangsa dengan paruhnya sahaja. Yang penting, sembelihan cukup dengan syarat-syarat tertentu seperti niat kerana dan atas nama Allah sahaja, disembelih oleh Muslim, disembelih dengan alatan tajam selain kuku, tulang dan gigi, putus urat halkum (حلقوم) dan urat muri' (مرىء) dan sembelihan sekali sahaja, untuk keluarkan darah-darah kotor dengan cepat.


Siapa boleh beritahu saya sebab apa kita boleh makan belalang kunyit? Belalang apa lagi yang boleh dimakan? Serangga apa lagi yang boleh dimakan selain belalang kunyit?

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...