MALAYSIA

Monday, October 11, 2021

#43 ZAKAT

Zakat ialah rukun Islam yang keempat daripada lima rukunnya. Seseorang yang sudah cukup syarat-syaratnya tetapi tidak mengeluarkan zakat adalah seperti bukan seorang Muslim. Oleh sebab ia adalah rukun Islam, semua rukun Islam hukumnya FARDU AIN.

Kita hidup bermasyarakat. Kita nak jaga hubungan sesama manusia. Jika seorang ahli maksiat memberi minum seekor anjing yang bernajis dengan ikhlas pun diampunkan dosa dan mendapat rahmat Allah dengan memasuki Syurga, apatah lagi jika kita membantu orang-orang Islam dengan berzakat.


HABLUN MINALLAAH, HABLUN MINANNAAS


Ada LIMA syarat wajib zakat, iaitu Islam, merdeka, milik sempurna, cukup nisab (kadar nilai harta) dan cukup haul (kadar jangka masa setahun).

Allah Subhanahu Wa Ta`ala berfirman:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلٰوةَ وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنْفِقُونَ

"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka."

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 3)

Zakat ialah sedekah dengan kadar tertentu daripada harta yang WAJIB diberikan kepada LAPAN ASNAF dengan beberapa syarat tertentu. 8 asnaf itu ialah:

(1) Faqir (cukup untuk dirinya sahaja, contoh RM4-RM10 sehari);

(2) Miskin (cukup untuk dirinya dan seorang lagi dalam tanggungannya, contoh RM11-RM20 sehari);

(3) `Amil (kakitangan yang mengurus dan menyalurkan zakat, komisen bukan gaji bulanan sebagai penghargaan menjaga dan melaksanakan amanah dengan telus dan berhemah tinggi);

(4) Muallaf (yang baru memeluk Islam, status Muallaf hendaklah tidak melebihi 5 tahun);

(5) Gharimin (mereka yang berhutang seperti hutang rumah si mati, hutang PTPTN dan sebagainya);

(6) Fisabilillah (mereka yang berperang melawan kafir yang harbi, termasuk juga berjihad membina bangunan seperti hospital untuk maslahat ummat atau jihad membantu pelajar menuntut ilmu agama atau lainnya demi fardu kifayah);

(7) Ibnussabil (mereka yang kehabisan belanja dalam perjalanan yang baik, termasuklah warga Bangladesh, Pakistan dan Indonesia yang beragama Islam, yang bekerja di Malaysia tetapi sudah kehabisan simpanan);

(8) Arriqab (hamba yang mahu membebaskan dirinya).

Jadi, anak yatim bukan asnaf ya. Melainkan anak yatim itu faqir, miskin atau salah satu daripada asnaf di atas.


Zakat terbahagi kepada dua, iaitu ZAKAT FITRAH dan ZAKAT HARTA.

Zakat fitrah ialah mengeluarkan MAKANAN ASASI (makanan asasi Malaysia ialah beras) sebanyak satu gantang Baghdad (RM7.00) kepada faqir miskin sahaja bermula dari 1 Ramadan sehingga sebelum solat sunnat Aidilfitri. 

Zakat harta ialah sama maknanya dengan makna zakat. Antaranya zakat perdapatan, perniagaan, wang simpanan, binatang ternakan, hasil pertanian dan harta rikaz (galian) seperti emas, perak, bijih timah, petroleum dan sebagainya.

Cara mengira zakat harta (bagi zakat simpanan dan seumpamanya):


Nisab zakat emas semasa [10.10.2021]:

RM237.14 × (4.25g × 20 dinar = 85g) =

RM20,156.90 🥇

Anda boleh menilai harga emas semasa di laman sesawang https://hargaemas.com.my/.

Pastikan dalam simpanan melebihi nisab semasa.

Kemudian, baru tunggu setahun untuk cukup haul.

Kemudian, tunaikan sedekah wajib anda (zakat) kepada pusat zakat negeri masing-masing atau baitulmal tempat anda bekerja (bukan tempat tinggal atau tempat asal).

Bayar sebanyak 2.5% daripadanya.

Contoh:

0.025 × RM20,156.90 =

🏵RM503.92 sahaja.

Jadi, seolah-olah jika kita mempunyai 40 cincin emas (yang berharga RM500 satu), kita hanya sedekahkan 1 cincin emas sahaja. 🧡🤩

Dalam satu hadis sohih, riwayat Muslim, dalam bab wajib bersuci dalam solat, hadis nombor 224 daripada Simak Bin Harb, Nabi s.a.w. bersabda (mafhumnya): Tidaklah solat diterima tanpa bersuci, tidaklah sedekah diterima daripada harta GHULUL.

لا تقبل صلاة بغير طهور، ولا صدقة من غلول

Ghulul ini harta rampasan perang sebelum dibahagikan. Kalau sudah dibahagikan itu dinamakan ghanimah. Sebahagian ulama' meluaskan maksud ghulul ialah harta yang diperoleh daripada hasil haram seperti mencuri, khamr dan seumpamanya.

Amil zakat hanya dibenarkan untuk mengambil 1/8 daripada hasil kutipan zakat sebagai elaun. Jika amil zakat mengambil lebih daripadanya itu juga dikira sebagai ghulul. Lebihan itu haram diambil sepertimana seorang pekerja mengambil upah lebihan daripada pelanggan melainkan dibenarkan oleh majikan.

Sekiranya ada baki daripada bayaran zakat tersebut, para amil jangan ikut nafsu untuk mengambilnya. Bakinya adalah lebih baik disalurkan kepada maslahat umat, seperti masjid atau fisabilillah. Janganlah jadi seperti pemakan riba atau pemakan rasuah, kelak suatu hari nanti berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. 

Marilah kita tunaikan zakat. Semoga kita tidak menjadi dalam sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan dan makan bara api dan batu dari neraka Jahannam pula. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَأَقِيمُوا الصَّلٰوةَ وَءَاتُوا الزَّكٰوةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرّٰكِعِينَ

"Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 43)

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...