MALAYSIA

Friday, September 24, 2021

#42 AIB EBIT LIEW


 
Pertama sekali, bagi aku, wujudnya isu saudara Ebit Liew (EL) ini adalah kerana wujudnya para PENTAASUB. Pentaasub EL, pentaasub PAS dan pentaasub 'influencer' (pempengaruh). Taasub hanya pada Allah, bukanlah pada selain-Nya. Kita wajib hapuskan taasub atau fanatik ini. Hilang taasub, barulah akan terwujud satu padu antara satu sama lain atas dasar KEBENARAN.


Ada jarum halus antara AIB dan JENAYAH. Aku yakin para pemimpin PAS dengan EL tiada apa-apa masalah. Sepatutnya pergaduhan ini tidak perlu berlaku. Pentaasub akan cari kesalahan atau aib EL supaya masyarakat Islam yang sepatutnya boleh bersatu padu bantu sesama masyarakat menjadi huru-hara.

Sejak kecoh isu EL ni, kita perhati banyak pihak yang mengecam saudara Firdaus Wong (FW), sedangkan isu ini dah banyak disebut oleh para 'influencer' media sosial lain dalam sebulan dua ini di FB, Twitter dan Instagram dan bukannya FW seorang. Tertera adalah antara pautan yang masih boleh dibaca.


Terima kasih Pak Su (pak cik saya) atas maklumat ini. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Biar masa yang menentukan kesudahannya 🍿🍿🍿.

https://www.facebook.com/100045689798899/posts/349651159901208/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159885121504684&id=725494683

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223731335283770&id=1004798001

https://www.facebook.com/100047467836453/posts/348985730027019/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10165371890450055&id=739765054

https://www.facebook.com/1217607960/posts/10219967860606348/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10165555156415652&id=594980651

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4386709684777896&id=100003167236106

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223766183756259&id=1043785278

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=129342846054795&id=100069372409788

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10224367026979204&id=1110984153

Nak baca bebenang (thread) penuh, boleh baca dekat pautan Twitter ni:

https://twitter.com/ferdaus____/status/1418494012894285824?s=19


Pengisian khutbah hari ini tentang bahaya fitnah media sosial.

1. Bahaya turut kongsi (share) dan tular (viral) perkara yang tidak pasti.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum kerana kejahilan yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

كفى بالمرئ كذبا  أن يحدث بكل ما سمع

Cukuplah bagi seseorang itu sebagai menipu (pendusta), apabila dia membicarakan apa yang dia telah dengar (tanpa disahkan dalam siasatan / kajian).

إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ لُعِنُوا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ


2. Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita bersih yang lengah yang beriman:

"Iaitu orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang terpelihara kehormatannya, yang lengah lagi beriman berbuat zina. Lengah bermaksud lalai, tidak menyedari bahawa dia sedang dituduh dan tidak terniat melakukan perbuatan yang keji itu walaupun sekali, mereka dilaknat di dunia dan di akhirat."

Allah s.w.t. mengancam bahawa mereka dilaknat di dunia dan di akhirat. Adanya laknat terhadap suatu perbuatan menunjukkan bahawa perbuatan itu adalah dosa besar.

"...dan bagi mereka azab yang besar,"

Mereka akan mendapat azab yang besar di samping laknat di dunia dan akhirat.


3. Larangan menularkan perkara fitnah di media sosial yang boleh menggugat keharmonian dan menjatuhkan maruah orang lain.


Ada tiga jenis AIB berdasarkan pengalaman aku:

AIB YANG PERLU DISIMPAN

Benda dah lama berlaku dan hari ini dah insaf atau dah mati. Mangsa juga sudah memaafkan. Perlu tutup. Jangan dicari, ditanya, dikenang, diungkit dan ditular kembali. Berdosa besar jika dilakukan atau diperbesarkan kembali seperti adu domba atau ghibah.


AIB YANG PERLU DIWARWARKAN KEPADA UMUM

Benda dah lama berlaku tapi masih berlaku atau sedang berlaku dan si pelaku atau pemangsa masih lagi hidup atau jika dah meninggal dunia untuk dijadikan pengajaran seperti kisah Fir'aun zaman Nabi Musa, wajib dibuka dan kena tularkan (viral). Wajib buat repot untuk kesedaran kepada yang lain. Contoh jenayah. Jika disembunyikan, akan memberi kemudaratan kepada orang lain. Tidak memberi nafkah kepada anak, tidak solat, antunan seksual (sexual grooming), gangguan seksual (sexual harassment) dan penderaan juga dikategorikan sebagai jenayah.


AIB YANG TERHAD UNTUK DIWARWARKAN

Boleh buka aib pemangsa untuk kita minta pendapat pakar, mufti, ibu bapa atau orang yang kita percayai atau membuat repot kepada pihak berkuasa seperti polis, pihak kerajaan, ketua menteri, pengurus syarikat dan sebagainya. Cukup sekadar dibuka kepada mereka yang berautoriti untuk membuat siasatan. Jika dibuka, dikhuatiri siasatan akan terganggu.

Bandingkan antara maruah pemangsa dan keselamatan orang lain. Bandingkan juga antara aib pelaku dan aib agama. Perlu bijak tengok situasi. Sekadar pandangan serta pengalaman peribadi sahaja.. 😷


Sedih keadaan sesetengah 'influencer' yang tak pandai menghormati maruah saudara seagama sendiri. Kalau EL tu ada salah pun aku tetap akan kata salah. Begitulah aku terhadap PU Syed dan Bro Firdaus. Sedangkan ni aib yang boleh beri fitnah kepada agama. Kemungkinan juga EL telah melakukan jenayah tersebut.

Kalau benar pun video itu, cukuplah buka aib (mengumpat yang halal) kepada mereka yang berautoriti untuk menyiasat.  Ada aib yang kena tutup. Ada aib yang tak dosa pun disebarkan. Sebab ada orang ingat kalau kita sebut aib je kena tutup. Sama macam mengumpat. Tak semua mengumpat itu haram dalam syariat Islam. Ada enam jenis mengumpat yang dihalalkan.

Sekarang suara dan gambar semua boleh tiru. Contohnya aplikasi atau 'software' Deepfake. Penjelasan boleh baca pautan tertera:

http://trendingsangat.pw/2021/09/video-mirip-ebit-lew-penjelasan-pian-kpop-buat-ramai-yg-setuju-saya-belajar-c-pereka-grafik-dan-programmer/

Orang sekarang berani betul sumpah laknat palsu. Jika benar tidak mengapa. Sebahagian tabayyun telah dilaksanakan. Jika tidak benar, lupakah atau mengapa jahil tentang suatu hadis yang amat sohih? Dalam Sohih Bukhori pun ada, 3 dosa yang amat besar sampai Nabi ulang banyak kali: Iaitu SYIRIK, DERHAKA IBU BAPA DAN SUMPAH PALSU. Apakah kerana fulus sanggup menggadaikan maruah agama?

Mujurlah sumpah laknat sekarang sudah tidak laku di mahkamah. Boleh baca di laman FB tertera: 

https://www.facebook.com/669791046367615/posts/5000744093272267/?sfnsn=mo

Apa-apapun, mubahalah yang dibuat oleh keluarga "mangsa" bukannya untuk meyakinkan mahkamah sebaliknya untuk meyakinkan FW dan timnya bagi membantu mangsa mendapatkan pengadilan yang sewajarnya. Bermakna FW sudah pun bertabayyun pada peringkat yang maksima terhadap segala klaim "mangsa".

Akhir kata, banyak lagi urusan akhirat dan ummat Islam kita belum selesai, kenapa nak sibuk urusan aib Muslim yang sudah berbakti pada agama pada masa terkini yang jarang berlaku oleh Muslim lain? Mampukah kita menjadi seorang kaya dan dengan bersungguh-sungguh membantu para faqir miskin dan mereka yang lemah seperti saudara Ebit Liew?

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...