MALAYSIA

Monday, September 13, 2021

#40 SOLAT JUMAAT

Solat Fardu Jumaat ialah solat wajib dua rakaat yang didirikan secara BERJEMAAH pada waktu Zohor hari Jumaat yang didahului dengan dua khutbah dengan SYARAT-SYARAT tertentu.


Solat Jumaat FARDU AIN untuk semua lelaki yang cukup 6 SYARAT (mazhab Syafie): iaitu


1) Islam;

2) Baligh (18 tahun dan ke atas contohnya);

3) Beraqal (tidak gila dan mabuk);

4) Sihat (termasuk cukup dua dos vaksin dan lebih 14 hari contohnya);

5) Bermastautin (dari tempat tinggal bukan bermukim);

6) Merdeka (bukan hamba).



Solat 5 waktu secara BERJEMAAH pula ialah FARDU KIFAYAH. Kedua-duanya adalah WAJIB, tetapi maksud yang berbeza. Meninggalkannya tanpa uzur syarie adalah berdosa besar. Aku yakin kita semua maklum apa itu fardu ain dan apa itu fardu kifayah. :D


Pada hemat aku yang jahil, apa salahnya terlebih sikit had jemaah untuk solat JUMAAT sahaja asalkan cukup 6 syarat tadi. Bertolak ansurlah dalam menyebarkan kasih sayang sesama ummat Nabi...

<3 <3 <3



Kata nak ikut fiqh, tapi tak adil. Hukum fiqh adil. Kalau dah lambat, TETAP tak boleh masuk tak kisah la VIP atau tak. Jangan 'double standard'. Kalau nak hadkan jemaah, bagilah adil untuk semua. Saudara Islam sendiri pun tak reti nak beradab, padahal depan rumah Allah. Adakah Allah redha? Kenapa tiada had  untuk jemaah mall, jemaah mart dan jemaah pasar? Sejak bila fiqh membezakan VIP?


Hati-hati. Jangan sampai ikut 'SOP setan' tanpa kita sedar. Fiqh membenarkan solat jarak-jarak apabila keadaan darurat. Kita mengambil qiyas hukum fiqh solat luar masjid tanpa rapatkan sof, asalkan tidak lebih 300 hasta atau 150 meter dan makmum mengetahui pergerakan imam.


Sebahagian masjid pun dah terperangkap lama dengan perangkap setan. Masjid punya la besar, tak salah jarak-jarak, yang salahnya ada had jemaah, tapi ruang kosong masih banyak. Fikir-fikirlah sendiri. Bukannya solat 5 waktu yang wajib, ini solat JUMAAT beb. Nak tunaikan FARDU AIN pun dihalang apabila dah cukup 6 syarat tadi.


Aku pernah jadi pemandu Grab, datang masjid negeri yang punyalah besar, tetapi niatku untuk menunaikan solat walau hanya 10 minit tidak diberi. Siapa tak geram. Kita bukannya datang dari rumah dekat, kita bekerja jauh-jauh. Perjalanan mencari rezeki kalau ikutkan dah lebih 89km perjalanan dah boleh jamak pun takkan tak boleh bertolak ansur. 


Apabila terlalu sulit walau tak lebih 89km pun diharuskan jamak Zohor 4 rakaat bersama Asar 4 rakaat pada satu waktu solat fardu. Nak solat kat mana lagi? Terpaksa dalam kereta kadang-kadang, di tangga mall, di tempat parkir kereta, atas padang, belakang stesen atau restoran bukan orang Islam semua aku pernah lalui zaman itu. Jamak solat adalah suatu cara supaya kita tetap memelihara solat walau apa jua keaadaan dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberikan.


Kita bekerja sebagai pemandu Grab mencari rezeki, tetapi berada dalam kesulitan disebabkan masjid dan surau banyak tutup atau kawasan luas ada anjing. Sepertimana jamak diharuskan kepada pengawal / polis / askar yang menjaga keselamatan atau membuat 'roadblock', doktor yang menjaga pesakit ketika melakukan pembedahan, orang yang sedang menghadapi penyakit kritikal dan orang yang khuatir hujan lebat sehingga menyebabkan banjir kilat.


Tahukah anda, MAKSIAT terburuk dan terhina di sisi Allah ialah meninggalkan solat? Menghalang solat samalah seperti membenarkan maksiat. Tiada ketaatan dalam menganjurkan maksiat. Para AJK masjid hendaklah cakna dan sensitif tentang perkara ini. Bila-bila masa sahaja anda akan dilucutkan jawatan atau masjid anda diroboh oleh Allah dalam waktu yang mengejut.


AJK masjid bukanlah penguat kuasa, mereka hanyalah wakil pelaksana rumah Allah. Rumah yang didirikan atas dasar TAQWA, bukan atas dasar jemaah, bukan atas dasar ibadah, bukan atas dasar duit, bukan atas dasar masyarakat, bukan atas dasar peribadi dan bukan juga atas dasar politik. Kita berjuang nak tegakkan KEBENARAN. Kebenaran tetap kebenaran. Kebenaran tidak akan dan tidak pernah sirna apabila kebenaran dirancang dengan baik, teliti dan bersungguh-sungguh kerana Allah.


Aku tak marah. Cuma terkilan dan geram. Nak kita berfikir. Kita semua tak sempurna. Kita akan beruntung jika kita beriman, beramal soleh dan beradab dalam kebenaran dan kesabaran. Berdoalah selalu semoga suatu hari nanti, kita semua dapat solat berjemaah seperti biasa. Saf-saf dapat dirapatkan dan semua jemaah dapat memakmurkan masjid bersama tanpa had jemaah. Aamiin.


Semoga Allah beri kefahaman dan kekuatan dalam mengamalkan agama Islam dengan cara yang Rasulullah cintai. Marilah sama-sama tingkatkan diri dengan berselawat ke atas Baginda SAW, mudah-mudahan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat gerak hati daripada Baginda sendiri berkat selawat kita ke atasnya.

اللهم صل على محمد.


No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...