MALAYSIA

Monday, August 30, 2021

#39 FARAIDH

 Ada satu soalan baru-baru ni:



Jawapan aku:

Faraidh ni lain. Diharamkan faraidh selagi tak bayar hutang si mati, wasiat si mati jika ada dan setel pengebumian.


Dah tau nak berhutang banyak kenapa la tak ambik insurans awal-awal? Hibah RM150k kot kalau ambik RM40 je sebulan..


Kalau dah terlanjur banyak hutang, waris boleh bantu lunaskan dengan harta sendiri masing² atau mohon bantuan kat pusat zakat. Hal ini kerana, orang-orang yang berhutang adalah tergolong dalam kalangan 8 asnaf yang berhak menerima zakat.


Yang diharuskan tanggung masa ni sama macam WARIS NASAB nikah, namun TIDAKLAH WAJIB, hanya DISUNNATKAN (mustahab atau mandub) ditanggung oleh waris nasab yang lelaki iaitu bapa kepada si mati, kemudian atuknya, kemudian adik-beradik lelakinya, kemudian anak saudara lelakinya, kemudian pakcik belah bapanya, kemudian sepupu lelaki belah ayahnya, kemudian bekas tuan kepada si mati jika si mati adalah bekas hamba dan terakhir sekali PEMERINTAH boleh ambil bahagian untuk menyelesaikan hutang si mati. 


Waris bolehlah sama-sama bermesyuarat bagaimana nak selesaikan hutang si mati. Sebab faraidh terbatal sementara atau selamanya apabila si mati ada hutang.


Hal ini kerana, harta pusaka mempunyai EMPAT hak mengikut turutan:

1) Menguruskan jenazah;

2) Menjelaskan hutang si mati;

3) Menunaikan wasiat si mati;

4) Membahagikan harta pusaka si mati kepada waris-waris yang berhak.


Ini sarkasm untuk para bapa dan waris nasab lain kepada si mati. Ikut turutan waris faraidh asalnya mengikut turutan seperti ini: 

bapa > ibu > isteri / suami > anak lelaki > anak perempuan.

Dalam kes ini, satu hartapun tak ada untuk ditinggalkan. Jadi, tak layak lagi faraidh sebab tak selesai hutang si mati, waris nasab contohnya bapa kepada si mati tersebut, digalakkan bantu selesaikan hutang demi kelangsungan hidup menantu dan cucunya.


Wajib bayarkan hutang dan pengebumian si mati dengan menggunakan harta pusaka si mati, jika ada. Pada saat ini, pentingnya WASIAT supaya waris dapat tahu berapa banyak hutang yang akan ditinggalkan untuk dilunaskan. Hutang tu pun banyak, bukan hutang pada manusia je. Hutang pada Allah pun kena ambik kira... 


Adakah si mati sudah tunaikan haji umrah? Ada tak puasa yang dia tinggalkan supaya dapat membayar fidyah bagi syarat-syarat tertentu? Adakah si mati layak bayar zakat bila cukup haul dan nisab tapi tak bayar zakat? Itu semua hutang pada Allah. Ada baki barulah agih-agihkan ikut hukum faraidh.


Kalau tak ada baki langsung, apa lagi memang tak adalah faraidh. Jadi, yang tinggal hanya waris nasab kepada si mati yang asal sebelum berkahwin untuk membantu dengan menggunakan harta sendiri sebagai sedekah dengan pahala yang berlipat kali ganda, atau mencari ikhtiar lain antaranya melalui pusat zakat.

Jika yang meninggal itu lelaki, isteri TAK WAJIB tanggung sebab dia adalah perempuan. Jika yang meninggal perempuan, SUAMINYA diharuskan menanggung sebab hukum asal kahwin hak suami menanggung semua isteri dan anak-anaknya.

Jika anak-anak masih kecil dan belum bekerja dan tak mampu menanggung arwah ibu atau bapanya yang sudah meninggal dunia, jadi waris nasab lelakilah yang diharuskan menanggung. Jika dah besar, anak-anaknya juga termasuk MUSTAHAB menanggung selain waris nasab, khususnya anak lelaki sebagai bukti adab kita dan tunaikan hak seorang anak kepada ibu bapa.

Andaikata kes lain ada baki setelah bayar semua hutang manusia dan hutang Allah, barulah boleh dibahagikan ikut hukum faraidh, pastikan waris-waris faraidh tidak terhalang mendapat pembahagian pusaka tersebut ekoran termasuk dalam kategori LAPAN perkara di bawah:

1) Pembunuh;

2) Berlainan agama;

3) Perhambaan (selain bekas tuan mendapat harta pusaka bekas hamba yang tidak mempunyai waris);

4) Murtad;

5) Talak Bain;

6) Fasakh;

7) Li`an;

8) Anak Angkat.


Aku sediakan nota sendiri untuk buat ringkasan di bawah, berdasarkan surah an-Nisa':



Contoh: Setelah selesai semua pengebumian, hutang dan wasiat si mati, si mati tinggalkan baki RM10k lagi.


Andaikata kalau si mati ada ibu, ayah dan isteri sahaja (tiada anak). Jadi, faraidh akan diberi seperti berikut:

Isteri 1/4 = RM2,500.00

Ibu 1/3 daripada baki = (RM10K - RM2.5K) × 1/3
= RM2,500.00

Ayah 2/3 daripada baki = (RM10K - RM2.5K) × 2/3
= RM5,000.00


Bagaimana pula andaikata si mati ada isteri, seorang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan sahaja? Maka, faraidh akan diberi seperti berikut:

Isteri 1/8 = RM1,250.00

3 anak perempuan = 2/3 × baki (RM10K - RM1.25K) = RM5,833.33. Setiap seorang anak perempuan mendapat sama rata RM5,833.33÷3 = RM1,944.44

Seorang anak lelaki = 1/3 × baki (RM10K - RM1.25K) = RM2,916.67

Adik-beradik tidak boleh masuk campur jika si mati meninggalkan anak.


Bagaimana pula jika ada seorang ibu, isteri, seorang adik lelaki dan adik perempuan sahaja? Faraidh akan diberi seperti berikut:

Isteri 1/4 = RM2,500.00

Ibu 1/3 daripada baki = 1/3 × RM7,500 = RM2,500.00

Bapa 2/3 = Disebabkan bapanya dah meninggal yang sepatutnya dapat 2/3, jadi 2/3 tersebut diberi kepada adik-beradik sama rata. JIKA BELUM MENINGGAL DUNIA, ibunya 1/6, bapanya 2/6 dan adik-beradik 3/6 (setiap orang adik-beradik mendapat sama rata lelaki dan perempuan).

Jadi, adik lelaki dan adik perempuan masing-masing akan mendapat (2/3 × RM7,500) ÷ 2 orang = RM5,000 ÷ 2 = RM2,500.00

JIKA si mati hanya ada isteri sahaja, isterinya akan dapat semua iaitu RM10,000.00 kerana tiada seorang anak, tiada ibu bapa dan adik-beradik si mati.


Contoh lain: Seorang ibu meninggal dunia. Tetapi belum kahwin kerana ada seorang 'instant child' iaitu anak luar nikah. Lelaki. Anak itu tak tahu si mati adalah ibunya, usianya 15 tahun.

Anak tu jadi anak angkat kepada kakak si mati di mana kakak si mati pun telah meninggal dunia, jadi bapa angkat ni akan terangkan kedudukan sebenar apabila dia berumur 18 tahun iaitu selepas SPM.

Si mati cuma ada seorang adik lelaki selain anak lelaki tersebut.

Jawapan aku ialah anak luar nikah dan anak angkat tak boleh dapat faraidh. Harta si mati (si ibu tadi yang ada 'instant child') akan diberi kepada adiknya semua.

Kalau bahagian wali nasab nikah, anak luar nikah itu boleh jadi wali kalau bapanya tak pernah buat li`an. Untuk wali nikah sahaja, untuk lain-lain tak boleh termasuklah faraidh.

Tapi oleh kerana yang mati ialah si ibu, ada juga fuqahak kata si anak boleh mewarisi harta ibunya walau dirinya anak luar nikah. Selagi si ibunya tak pernah kata dirinya bukan anak si ibunya.

Pada asalnya, harta tersebut adalah milik adik si mati sepenuhnya. Namun, untuk keluar daripada khilaf, 'instant child' tersebut berhak mendapat bahagian faraidh daripada ibunya sahaja.

Sama ada si 'instant child' akan mendapat sepenuhnya tanpa diberi kepada si adik. Atau si adik WAJIB menggunakan pusaka si mati untuk membiayai dan menyara si 'instant child'. 

Pemerintah perlu memberikan kata putus dan ada fatwa daripada mufti.


Banyak lagi yang aku sendiri tak khatam lagi bab faraidh. Ini sahaja yang aku tahu untuk dikongsikan. Semoga ada manfaat.


Ingatlah! Harta pusaka atau faraidh WAJIB disegerakan penyelesaiannya agar tidak semakin sulit pada kemudian hari. Semoga Allah beri kefahaman kepada kita dan permudahkan urusan harta pusaka ummat Islam di seluruh dunia. 


~ `Izzuddin Safaruddin.

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...