MALAYSIA

Wednesday, September 15, 2021

#41 DUA DOS VAKSIN AZ

Alhamdulillah. Akhirnya pada 10 September 2021 (Jumaat) yang lalu, aku telah selesai mendapat suntikan vaksin AstraZeneca (AZ) kedua di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia.


Gambar pertama setelah selesai dos pertama di tempat sama iaitu PWTC pada 9 Julai 2021 (Jumaat). Ada demam dalam sehari selepasnya dan pening-pening kepala dalam seminggu begitu. Kadang-kadang bangun je pening, baring tak pening pula. Masa tu susah gak nak mengajar PdPR dan buat kelas tuisyen secara atas talian. Pernah kena serangan jantung secara tiba-tiba sekejap, mujurlah Allah panjangkan lagi umurku supaya dapat tingkatkan lagi dalam memperbaiki diri dan dapat memberikan manfaat kepada manusia lain lagi. Terima kasih Ya Allah.


👆 Gambar kedua setelah selesai dos kedua. Nasiblah dapat AZ. Kena tunggu dua bulan setelah dos pertama. Tak seperti vaksin Sinovac dan Pfizer, tunggu dua minggu sahaja untuk dos kedua kan. Alhamdulillah tiada apa-apa kesan sampingan yang teruk. Cuma cepat mengantuk.
 

Wajib tidur dan bangun awal setiap hari, lagi-lagi selepas vaksin dalam tempoh 14 hari ini. Tidur awal seawal 8.00 malam dan paling lewat 11.30 malam supaya lebih berkesan impak baiknya.

 
Antara lain ialah dengan menjaga kesihatan tubuh badan seperti biasa dengan mengamalkan makan cukup zat, keluarkan peluh seperti bersenam, kawal stress, sentiasa berzikir dan solat fardu 5 pada awal waktu dengan khusyuk.


Sijil dua dos vaksin nanti selepas 14 hari akan bertukar dari warna putih ke warna kuning raja. 


Boleh tangkap layar (screenshot) atau mungkin ada butang cetak, sebab pada tarikh saya menulis hari ini belum cukup 14 hari lagi untuk disimpan dalam Google Drive seperti sijil-sijil aku yang lain. Jangan disebarkan sijil vaksin anda kepada yang lain, takut-takut sijil anda disalah guna dan dimanipulasi secara haram oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sijil vaksin ini dah menjadi kewajipan sekarang apabila memohon pekerjaan terutamanya dalam sektor kerajaan tau.

Jangan percaya dengan agenda dan dakyah yang menyatakan vaksin ini najis dan haram. Vaksin telah lama dinyatakan hukumnya HARUS atau MUBAH oleh fatwa kebangsaan dan WAJIB bagi yang diwajibkan oleh kerajaan, khususnya mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan. Pihak medikal di negara kita bukan calang-calang malah diiktiraf oleh dunia akan kepakarannya. Kita dah bagi vaksin percuma pula untuk selamatkan rakyat, tak seperti negara lain yang menetapkan harga untuk diambil vaksinnya.

Vaksin ni umpama makanan, bukannya taasub sampai anggap seperti Tuhan. Macam suatu makanan kita suka, lalu kita ajak orang lain makan sebab sedap. Kita makan untuk sihat dan supaya otak berkembang untuk berfikir. Kalau guna otak lutut dan tak guna otak yang betul untuk menghasut orang lain, lebih baik tak payah makan. Kita beri je kismis banyak-banyak dekat orang seperti ini supaya otaknya kuat sikit supaya cepat faham kepentingan vaksin ini.

 
Akhir kata, tahniah untuk semua yang telah lengkap dos vaksin Covid-19! Semoga kita sama-sama menang dalam menghapuskan Covid-19 ini dan ekonomi negara dapat kembali pulih seperti sedia kala demi kelangsungan perniagaan dan kemampanan ekonomi negara.


Malaysia Prihatin. Menang bersama. Merdeka.
🥇🇲🇾🐅🌺💯🔥❤👍



No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...