MALAYSIA

Monday, August 30, 2021

#38 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN JEMAAH TABLIGH

 Kekurangan jemaah tabligh aku nampak yang perlu diperbaiki (kritikan ini bukan nak menjatuhkan, tetapi untuk membantu seusaha seagama memperbaiki kekurangan untuk kebaikan bersama).


Aku dibesarkan dengan suasana jemaah tabligh. Malah aku faham dan hafal semua rukun sepanjang khuruj fi sabilillah. Sebelum itu, izinkan aku cerita serba sedikit kelebihan jemaah ini.

Aku akui kehebatan seorang alim bernama Maulana Zakaria al Kandahlawi rahimahullah ini. Beliau telah melalui disiplin ilmu yang sangat benar di jalan ahlis sunnah waljamaah. Antara kitabnya, al Abwab wal Tarojim li sohih al Bukhori, kitab syarah sohih Bukhori rahimahullah kedua terbesar dunia sepanjang zaman selepas kitab syarah Fathul Bari karangan Ibnu Hajar Al-Asqolani rahimahullah.

Beliau juga telah menulis syarah kitab Aujaz Masalik syarah kitab al Muwatto karangan imam Malik rahimahullah walau beliau sendiri bermazhab Hanafi. Beliau diakui sebagai seorang Muhaddits terulung pada zamannya, gelaran Muhaddits lebih tinggi daripada gelaran al-Musnid.

Malah, anak menantunya (kalau tak silap, kalau salah betulkan), Maulana Yusuf al Kandahlawi bukan calang² juga. Beliau telah menulis kitab sejarah para sahabat Rasulullah bertajuk Hayatus Sohabah, dan kitab ini disusun oleh ayahanda Habib Umar hafizhohullah, iaitu Habib Muhammad rahimahullah.


Aku sangat mengkagumi kehebatannya. Malah, aku juga mengkagumi kebanyakan pengikutnya dalam bab KHIDMAT dan KORBAN. Kita boleh melihat mereka sanggup meninggalkan tempat tinggal demi dakwah dengan harta sendiri tanpa mengurangkan hak nafkah. Kadang-kadang sama-sama suami isteri berdakwah ke tempat jauh. Sifat ketaatan kepada pemimpin lagilah tak dapat didangkal. Malah apabila diberi bayan, mereka tak akan sentuh EMPAT perkara.

(1) Jangan sentuh soal pangkat, harta dan keturunan.

(2) Jangan sentuh isu semasa.

(3) Jangan sentuh soal khilaf.

(4) Jangan minta derma dan sentuh hal ehwal pentadbiran masjid.


Bahkan, kita boleh melihat kecenderungan mereka kepada bangun qiyamullail pada waktu malam. Terdapat banyak ubat hati kita boleh dapat jugak melalui cara seperti ini. Mengutamakan masjid daripada tempat lain juga adalah satu syiar Islam ditegakkan oleh para sahabat radhiyallahu 'anhum ajma'in. Ini bukti iman, iaitu selalu ulang alik masjid oleh seorang yang bergelar LELAKI MUSLIM.

Bahkan, terdapat beberapa kebaikan amal yang sentiasa disebut-sebut ketika mereka khuruj. Antaranya:


5 amal di rumah:

(1) Mesyuarat dengan ahli keluarga.

(2) Halaqah dan tadabbur al Quran.

(3) Baca hadis Rasulullah.

(4) Tazkirah 6 sifat sahabat² Rasulullah.

(5) Dakwah dalam kehidupan rumahtangga.


6 sifat sahabat² Rasulullah:

(1) Kalimah tayyibah (lailahaillallah wamuhammadurrosulullah)

(2) Solat khusyuk dan khuduk.

(3) Berilmu dan berzikir.

(4) Memuliakan saudara Islam.

(5) Ikhlas dlm segala pekerjaan.

(6) Dakwah dan tabligh (berakhlak mulia).


Mereka juga amat menitikberatkan ta`lim. Ta`lim akan sering digandingkan dengan ta`lum. Dalam ejaan Arabnya ialah تعليم وتعلوم. Ta`lim dari segi bahasa ialah memberi ilmu. Manakala ta`lum ialah menerima ilmu.

Salah satu daripada 5 amal rumah dan masjid tak terlepas daripada ta`lim dan ta`lum. Kita hanya membaca, kita tidak mengajar. Apabila orang membacakan ta`lim, maka dengarlah.

Setiap butiran kata-kata adalah kalam daripada seorang alim yang dimuliakan oleh Allah. Yang membaca tidak boleh menambah kecuali ilmunya disahkan oleh guru yang mursyid.

Ia berkaitan dengan sifat sahabat ketiga, iaitu berilmu dan berzikir. Seorang yang berilmu lebih ditakuti daripada 1,000 orang yang beribadah. Sebelum kita mulakan ta`lim, kita akan selalu muzakarah 5 perkara.


Tujuan ta`lim adalah:

1. Supaya hati terkesan dengan Al-Quran dan Al-Hadis;

2. Timbul keyakinan janji-janji Allah SWT dan Rasulullah SAW;

3. Menambahkan cinta dan ghairah atau jazbah kepada agama di dalam hati;

4. Bertanya Ulama' tentang Masail (hukum- hakam) apabila terdengar salah satu hadis berkenaan feqah;

5. Beramal dengan ilmu yang diperoleh apabila telah disahkan ilmu yang didengar melalui pengajian peribadi.

Pentingnya ta`lim kerana kita memperdengarkan kalam Allah dan Rasul-Nya. Jika Allah itu Maha Cahaya, Rasulullah SAW itu seperti bulan purnama, apatah lagi kalam kedua-duanya.

Semoga apa-apa yang kita dengar dapat kita amalkan dan dapat disampaikan kepada yang tidak hadir.


Setiap sifat sahabat ini ada pada setiap rukun Islam. Bahkan, terdapat beberapa cara untuk mendapatkannya, dan perlu ada dalil yang lengkap berdasarkan hadis sohih dan perlulah PEMAHAMAN yang baik dulu sebelum mendapat keikhlasan seperti dalam rukun jemaah oleh Imam Hasan al Banna.


5 amal di masjid:

(1) Mesyuarat dan fikir risau tentang ummat.

(2) Ziarah.

(3) Ta`lim dan ta`lum.

(4) 2 jam setengah setiap hari di masjid.

(5) Dakwah fisabilillah kepada masyarakat.


Inilah antara kelebihan yang sempat aku nukilkan. Ada lagi banyak kelebihan yang aku tahu, cuma malas nak syarah panjang-panjang. Namun, aku takut ada kalangan mereka terlalu taksub kepada ulama mereka sehingga terlupa untuk sentiasa perbaiki diri sendiri untuk faham apa itu SUNNAH dan apa itu DAKWAH dan apa itu JIHAD yang sebenarnya.

Sebahagian kekurangan ini pada kebanyakan, dan kebanyakannya bukanlah alim kerana mereka manusia biasa, manusia umum, dan tidaklah semua individu terkena penyakit ini. Kerana orang atasannya aku akui sangat alim. Tetapi mengapa mereka tidak tekankan orang bawahan supaya ikut disiplin dalam berilmu?


Antara kekurangan yang sempat aku nukilkan (bagi matan dulu, solusinya kemudian):

(1) Apabila baca taklim, tak bukak pun tafsir quran dan hadis sohih lain untuk dibaca bersama. Apatah lagi hadis yang dah ditapis oleh ulama kontemporari. Jarang bukak sohih bukhori, sohih muslim dan lain².

(2) Dakwah kat orang Islam sahaja, apabila dengan orang bukan Islam jarang didekati. Alasannya kerana ummat rosak. Sedangkan perlu dakwah kepada umum sekalian alam kerana Nabi Muhammad diutus kepada sekalian alam.

(3) Jarang nak bersungguh berguru dengan yang mursyid. Ada la aku jumpa yang rajin mengaji kitab. Tapi kebanyakannya malas hadiri kuliah berformal.

(4) Hanya nampak khuruj fisabilillah itu untuk agama, sedangkan agama itu luas. Konsep ibadah itu sangat luas dalam agama. Malah konsep Sunnah itu jugak sangat luas.

(5) Setiap ulama mengumpulkan hadis pada zaman mereka untuk dikaji oleh ulama seterusnya. Usul dibawa sudah betul, tetapi ada sesetengah kaedah perlu diperbaiki.


Sambil dakwah, sambil belajar kitab, demi fardu ain. Baru betul. 🥰😃 Kerana masih ramai yang keliru antara fardu ain dan fardu kifayah. Dua-dua adalah WAJIB. Tak buat, DOSA BESAR. 


Fardu ain terbahagi kepada tiga, iaitu IBADAH (FEQAH), TAUHID (USULUDDIN) dan ADAB (AKHLAK). 🤗


Sebab itu sangat bahaya jika hanya berdakwah tetapi tak usaha untuk mencari ilmu dan amal tiga perkara fardu ain ini. Bukannya suruh hafal hadis dan quran. Hafal hadis dan quran itu Fardu Kifayah. Tak semua pun wajib, dah ada segolongan Muslim yang hafal, orang Islam lain dah terlepas tanggungjawab.

Samalah berdakwah pun. Ada dakwah yang fardu ain, contohnya dakwah dalam rumahtangga sendiri. Ada dakwah fardu kifayah, contohnya khuruj. Kena tau mana lebih aula. Dan dakwah itu luas maknanya. Ilmu agama ada fardu kifayah dia. Ilmu dunia pun ada fardu kifayah dia. Belajar sains contohnya tinggi mana pun, dia tetap WAJIB belajar ilmu fardu ain dia.

Cerdik macam manapun dia, apa guna tak solat 5 waktu? Apa guna tak tutup aurat dengan sempurna? Apa guna tak beradab? Ada orang hafal Quran, tapi ilmu fardu ain pun tak habis. Ada yang belajar agama tinggi-tinggi, tapi ADAB tak ada. Padahal adab itu fardu ain bagi dirinya.

Para asatizah perlu membantu perbaiki jemaah ini. Mereka harus berganding bahu bukan sahaja mengkritik, bahkan perlu membuat kertas kerja perbaiki segala kekurangan jemaah ini. Wallahi. Aku sangat menyayangi jemaah ini. Jemaah ini banyak membantu aku memperbaiki peribadi dan jati diri aku menjadi seorang yang sangat cintakan ulama dan konsep akidah.

Aku rindukan kalam pertama aku dengar daripada seorang jemaah ini pernah berkata: Allah berkuasa, makhluk tiada kuasa. Benarlah kata itu, hanya kata-kata ini ia menjadi naik semangat aku bertemu dengan beberapa guru tauhid mengaji dan khatam sifat 20 dalam kitab Faridatul Faroidh. Dan beberapa guru lain mengaji sirah bertambahnya cinta aku kepada Rasulullah SAW.


"Ya Allah. Bantulah kami tambahi ilmu kami, ampunilah kedua-dua ibu bapa kami dan guru-guru kami, dan peliharalah mereka semua dalam kalangan hamba-Mu yang beroleh hidayah." 🤲


KEPADA ALLAH KITA BERSERAH. Wallahulmusta'an. 🕋🕌📖.


~ `Izzuddin Safaruddin.

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...