MALAYSIA

Sunday, January 3, 2021

#37 SEJARAH BUGIS DALAM KESULTANAN JOHOR

Aku dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah. Sebagai seorang insan yang tidak punyai apa-apa telah tertulis dan seolah-olah 'kebetulan' tarikh lahirku sama tarikhnya dengan perasmian Johor Bahru sebagai ibu negeri Johor. Keluarga sebelah bapaku berasal dari negeri Perak, khususnya di Kuala Kangsar, manakala sebelah ibuku pula memang banyak berasal dari Johor, walau semua adik-beradik perempuan ibuku semuanya dilahirkan di Singapura. Disebabkan aku dan dua orang adikku dilahirkan di negeri Darul Takzim ini, aku tergerak hati untuk mengkaji serba sedikit tentang sejarah kesultanan Johor.


Secara asasnya kita semua tahu, gelaran Sultan bukannya diangkat sesuka hati. Nobat kesultanan Melayu hanya boleh diberikan oleh Khalifah, sama ada melalui terus di pusat pentadbiran Khalifah Turki Utsmaniyyah atau melalui wakil. Sayu hati kerana sistem kekhalifahan kini sudah terkubur setelah digulingkan oleh Zionis. Jadi, sistem beraja yang diamalkan di Malaysia sebenarnya mewarisi sistem kekhalifahan. Sebab itulah sistem beraja perlu dipertahankan. Mari kita mulakan dengan sedikit sejarah kesultanan Johor dulu. Secara ringkas melalui buku 'Ahlul Bait Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu' susunan Tun Suzana Binti Tun Haji Othman dan Haji Muzaffar Bin Dato' Haji Mohamad dan beberapa rujukan lain di internet: Ia bermula apabila muncul seorang putera Raja Siak yang bernama Raja Kechil, mendakwa-dakwi daripada keturunan Sultan Mahmud Syah II Mangkat Dijulang (Sultan Johor terakhir Wangsa Warisan Kesultanan Melaka atau keturunan sultan Melaka yang mangkat tanpa berwaris) dan telah menyediakan kelengkapan perang beserta para hulubalang untuk mengambil balik tahta pemerintahan Johor yang didakwanya telah dirampas oleh sultan ketika itu iaitu daripada seorang Bendahara Johor yang berketurunan Rasulullah SAW, Bendahara Habib Abdul Jalil yang kemudiannya memakai gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Sultan Abdul Jalil IV (mangkat 1717M) merupakan putera kepada Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Pikrama Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid (mangkat 1697M) yang kemudiannya menggantikan tempat Sultan Mahmud Syah II (Marhum Mangkat Dijulang) yang mangkat tanpa berwaris. Raja Kechil dan tenteranya kemudian telah menyerang negeri Johor sehingga berlakulah pertempuran sengit antara pihak Sultan Abdul Jalil IV dan Raja Kechil. Namun, Sultan Johor akhirnya terpaksa akur pada kekuatan tentera Raja Kechil tetapi bersyarat dengan mengahwini puteri tuanya, iaitu Tengku Tengah. Raja Kechil pada mulanya bersetuju namun suatu hari ternampak pula puteri bongsu Sultan Abdul Jalil IV, iaitu Tengku Kamariah dan membatalkan niat untuk mengahwini puteri tua Sultan Abdul Jalil IV lalu mengahwini puteri yang bongsu. Namun, apakan daya, daulat dan kuasa telah terlepas kepada Raja Kechil (atau digelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah I). Bermula dari sinilah bantuan orang Bugis di Tanah Melayu. Putera kepada Sultan Abdul Jalil IV yang bernama Raja Sulaiman sangat tertekan dengan kekalahan ayahandanya, lalu pergi berjumpa dengan lima anak Raja Bugis bersaudara kebetulan baru sampai ke Johor bersama kelengkapan tujuh buah kapal lengkap dengan senjata dengan niat hanya untuk mengembara. Zaman itu ialah zaman setelah Makassar dikuasai orang Belanda di mana orang Bugis telah meninggalkan Makassar secara beramai-ramai. Anak Bugis lima bersaudara merupakan pahlawan yang sangat terkenal merupakan putera-putera kepada seorang raja yang bernama Opu Tenderi Burang (sesetengah ahli sejarah mengatakan namanya Opu Daeng Rilaga) anak Lamaddu Sila atau Lamaddu Salat, raja negeri Luwok di Tanah Bugis. Mereka ialah Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi (susunan mengikut turutan adik-beradik). Daeng Chelak merupakan salah seorang lima putera Raja Bugis yang menjadi Kelana Perajurit Agung di sebelah timur. Raja Sulaiman datang meminta bantuan lima bersaudara untuk merampas tahtanya semula. Putera-putera Bugis bersaudara bersetuju jika salah seorang daripada mereka menjadi Yang Dipertuan Muda Johor, Riau, dan Lingga beserta dengan keturunannya sekali. Pada tahun 1722M, Raja Sulaiman berjaya merampas tahtanya semula sebagai Sultan Johor Lama dengan bantuan mereka dan digelar sebagai Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV.


Bagi menghargai bantuan mereka, Daeng Merewah telah dilantik oleh sultan sebagai Yamtuan Muda Riau I, Daeng Menambun dikurniakan gelaran Raja Tua, Daeng Kemasi sebagai raja di Sambas, Daeng Perani dikahwinkan dengan puteri Sultan Abdul Jalil IV yang tua (Tengku Tengah, kekanda Sultan Sulaiman), manakala Daeng Chelak dikahwinkan dengan puteri Sultan Abdul Jalil IV yang kedua, iaitu Tengku Mandak. Malah, perkahwinan antara Daeng Chelak dengan Tengku Mandak telah mengurniakan dua orang putera, iaitu Raja Haji Fisabilillah (Yamtuan Riau) dan Raja Lumu yang kemudiannya dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama dengan nama Sultan Sallehuddin Shah [1756-1778M]. Selain itu, tidaklah benar apabila dikatakan keturunan Sultan Johor adalah hanya daripada keturunan anak-anak Raja Bugis.

Hal ini kerana hanya seratus empat puluh empat tahun kemudian pada tahun 1866M apabila Sultan Johor ketika itu, Sultan Ali Iskandar Shah Ibni Sultan Husain Shah (keturunan Sultan Sulaiman) dan waris-waris Wangsa Bendahara Johor Sultan Husain Shah baru bersepakat menyerahkan Johor kepada Wangsa Temenggung atau keturunan Temenggung Johor (keturunan Daeng Perani dan Tengku Tengah), ketika itu Temenggung Daeng Abu Bakar Bin Temenggung Daeng Ibrahim setelah pemerintahan Johor dimasuk campur oleh penjajah Belanda sejak 1818M. Tambahan pula apabila Inggeris mula menjajah Tanah Melayu menyebabkan kuasa Sultan Johor semakin terhakis. Untuk mengekalkan kedaulatan pemerintah, dia kemudiannya digelar Maharaja Johor pada tahun yang sama (1866M).

Pada tahun 1885, Maharaja Sir Abu Bakar Al-Khalil telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan pihak Turki Utsmaniyyah dan wakil kerajaan Inggeris, Sir Frederick Arthur Stanley yang merupakan Setiausaha Tanah Jajahan Inggeris. Melalui perjanjian ini, kerajaan Inggeris mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Gelaran ‘Maharaja Johor’ ditukar semula kepada ‘Sultan Johor’ setelah mengunjungi Turki untuk mendapatkan nobat kesultanan terus daripada Khalifah Turki Utsmaniyyah ketika itu, iaitu Sultan Abdul Hamid II. Baginda yang pernah digelar 'Bapa Johor Moden' mangkat pada 1895M dan digantikan anakandanya, Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur.


Kini, disebabkan etnik-etnik Bugis beragama Islam dan berwarganegara Malaysia, mereka sudah sebati dianggap sebagai etnik Melayu. Pelbagai dasar telah dirangka demi mewujudkan keamanan dan perpaduan antara masyarakat dan budaya khususnya antara etnik Melayu, Cina, dan India. Contohnya dalam pendidikan, Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah dibentuk menyeragamkan kurikulum, sukatan mata pelajaran, dan orientasi. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar semata-mata demi kestabilan dan perpaduan antara etnik dapat diwujudkan walau bahasa Inggeris masih menjadi bahasa rasmi ketika itu.

Malaysia hanya berjaya dibentuk pada tahun 16 September 1963, menggabungkan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Singapura. Walau Perlembagaan Malaysia digubal sehingga berjaya diperkenalkan pada 16 September 1963, rusuhan kaum masih berlaku menyebabkan pada 9 Ogos 1965, Singapura terpisah daripada Malaysia. Kemuncak masalah perpaduan negara berlaku pada 13 Mei 1969 yang merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara. Ekoran peristiwa ini, suatu ideologi kebangsaan dibentuk pada 31 Ogos 1970 yang dikenali sebagai Rukun Negara. Hanya kesepaduan berlaku secara menyeluruh bermula pada tahun 1971. Walau lebih 60 tahun kita merdeka, kita hendaklah belajar mengenali antara sesama masyarakat walau berlainan agama, bangsa, dan budaya.

~ `Izzuddin Safaruddin.

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...