MALAYSIA

Sunday, January 3, 2021

#36 KES PERCERAIAN, SALAH LELAKI?

Kesian saya baca tentang kes perceraian ni semua, saya belum berkahwin, tapi saya juga banyak membaca tentang kelebihan perkahwinan.

Pengalaman saya berkawan dengan ramai janda di luar sana, malah ada yang janda lebih muda daripada saya dan ada juga satu tempat kerja banyak mengajar saya sesuatu. Suatu perkara yang sangat berat untuk kita teladani kerana salah satu bidang agama yang besar daripada 3 perkara, iaitu munakahat, selain muamalat dan jinayat.

Memang agak berat untuk ditelan ketika berlaku kekurangan kredibiliti sebagai seorang lelaki. Sehingga menyebabkan sesetengah kaum hawa menganggap, berkahwin banyak menguntungkan lelaki daripada wanita. Si suami menjadi 'raja' mengurung si isteri seperti 'hamba'. Si suami pula kurang atau tidak memberikan sedekah wajib (nafkah) kepada si isteri lebih memalangkan diri sendiri. Apatah lagi, ketika sudah ada isteri, layan pula isteri orang lain! Saya pasti tak semua, namun sebahagian. Mengikut data, daripada 6 pasangan yang berkahwin, pasti ada sepasang yang bercerai. Di manakah maruah kita sebagai seorang lelaki?

Melalui pemerhatian saya, berkahwin sebenarnya lebih menguntungkan perempuan. Sebab apa saya berkata begitu? Masa bujang, kita beribadah, kita perempuan seorang dapat pahala. Bila berkahwin, si isteri beribadah, isteri dapat pahala, si suami tak dapat apa-apa pahala daripada isteri, melainkan apa yang pernah si suami didik kepada si isteri. Si suami pula beribadah, si suami dapat pahala, si isteri pun dapat pahala sama banyak macam si suami dapat. Kena faham la ibadah ni luas. Bekerja dan bersukan pun dikira ibadah.

Kalau kita baca buku Napoleon Hill bertajuk Think and Grow Rich, kejayaan seorang lelaki salah satunya sebab seorang perempuan, terutamanya ibunya dan isterinya yang dicintai. Begitu tingginya martabat wanita sehingga menjadi pencetus kejayaan seseorang lelaki. Antara sebab lain kenapa bila dah kahwin perempuan lebih untung, tugasnya sedikit hanya 4, taat suami, solat (itupun dah bagi keringanan cuti), puasa Ramadan dan jaga maruah (tutup aurat dan jaga harta suami).

Tugas lain² sebenarnya tugas suami, termasuk cuci baju, kemas rumah, masak, lipat baju, cuci toilet dan cari rezeki. Tugas² dalam rumah itu yang dibuat oleh si isteri adalah suatu perkhidmatan yang sangat tinggi kerana berkhidmat kepada suami dan membantu suami, sampaikan Nabi kata, kalau seorang manusia itu boleh sujud kat manusia lain, si isteri akan diwajibkan sujud kepada si suami.

Bila ada anak, Allah perintahkan kepada anak taat kepada ibu, lebih daripada taat kepada bapa, betapa martabat ibu lebih tinggi daripada seorang bapa. Apa nak dibanding masalah rumahtangga jika dibanding dengan masalah yang pernah dihadapi oleh sayyidah Khodijah dan Fatimah dulu. Kita dah banyak kemudahan Allah bagi. Cuma dua² perlu tunjukkan saling menghormati, tunjukkan kasih sayang seikhlas hati, dan sentiasa jujur dalam berkomunikasi.

Berikan kata² yang baik dan sentiasa senyum kepada pasangan. Apabila pasangan buat silap, tegurlah secara berhikmah tanpa memalukan pasangan. Ingat balik segala jasa pasangan, siapa kita kalau pasangan tiada. Jadilah seorang lelaki yang gagah, iaitu yang dapat menahan marahnya ketika dia rasa marah. Ingatlah ketika kita berseorangan, agama tidak lengkap. Apabila berkahwin, agama menjadi lengkap. 

Paling penting, kena ada wawasan, suami perlu wujudkan peraturan sendiri dalam rumah sebab suami ketua, selalu bermesyuarat setiap hari bukan salah sikit terus tengking, dan selalu saling menasihati dengan penuh kasih sayang untuk sama² perbaiki mana yang kurang. Yakinlah, bila ada cinta, semua yang susah menjadi senang. Banyakkan berselawat  mudah²an Rasulullah menjadi guru terbaik kita.

Minta pada Allah supaya wujudkan cinta yang hakiki antara dua suami isteri, jadikan cinta Allah dan Rasul lebih daripada cinta suami isteri, ibu bapa dan anak-anak, utamakan keluarga sendiri daripada orang lain, elakkan daripada merendahkan orang lain dan susah terima nasihat kebenaran, jadikan kata-kata ajaib seperti "Terima kasih, Maafkan saya, Saya Sayang Awak" rutin setiap hari, dan sentiasa cari titik penyelesaian bersama sebagai satu keluarga.

Saya pilu apabila melihat kes perceraian, apatah lagi daripada pasangan yang saya kenal. Bagi saya, perceraian berlaku bukan sebab kurang ilmu agama, tetapi kurang SIKAP mentaliti yang betul. Apatah lagi apabila SIKAP mentaliti masyarakat yang kurang baik. Persekitaran membentuk kita. Paling malang, keluarga sendiri menjadi toksid dan membunuh karismatik seseorang individu.

Jika kita kurang ilmu agama pun, susah juga nak kata, sebab ilmu itu luas. Sesiapa yang pakar dalam bidang apa²pun, ilmu yang ada tetap hanyalah seperti setitis daripada lautan khazanah ilmu Allah yang lain. Sikap menjadi penanda aras penting dalam mengharungi 4 cubaan utama seperti dalam surah al Kahfi: agama (tauhid), harta, ilmu dan kekuasaan. Perbaikilah diri sendiri setiap masa dalam keempat-empat hal ini.

Soal puasa pula untuk membenteng diri daripada zina, tak semua orang mampu buat. Saya sendiri tak mampu puasa setiap hari atau selang sehari, mampu sebulan sekali je. Jadikan ikhlas perisai utama. Itulah tujuan puasa. Ikhlas sahaja dapat membenteng kita daripada semua perkara buruk. Adab pula main peranan untuk dapatkan hidayah setiap masa.

Sealim dan sejahat manapun, kita tetap diajar untuk selalu rasa diri paling sesat dan minta hidayah, seperti dalam surah al Fatihah ayat keenam: "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.." wallahua'lamubissowab.

Semoga Allah bagi kita kefahaman dalam beragama.



- Izzuddin Safaruddin.

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...