Pada 30 April 2017, saya pergi ke PBAKL 2017 di PWTC yang berlangsung sejak 28 April 2017 dan akan berakhir pada 7 Mei 2017. Saya berhasrat datang ke sini untuk mencari tiga buah buku: -
- Budak Kelas Belakang. Tulisan Kaizan Nazlan.
- Penawar Bagi Hati (Jawi ke rumi) Sheikh Abdul Qadir al Mandili.
- Fizik-Lah. Tulisan Zamir Mohyedin.
Dua buah buku kat atas sudah saya miliki tadi. Hanya Fizik-Lah akan saya cari esoknya. Walau bagaimanapun, kali ini saya mahu fokus kepada satu buku yang bertajuk Budak Kelas Belakang hasil nukilan sahabat saya sendiri yang sudah saya kenali sejak 6 tahun lepas ketika belajar di UiTM yang sama di Merbok, Kedah.
Adalah saya datang tolong-tolong mempromosikan buku sahabat saya seorang ini. Saya membantunya mengedarkan flyers comel lagi tomey kepada beberapa pelanggan yang hadir. Nak tengok comel macam mana, sila tengok ni: -
Setakat ini, saya baru sudah habis separuh daripada buku ini. 2 jam sahaja. Daripada separuh ini, banyak info dan pengajaran yang saya perolehi. Antaranya, bak kata pepatah, belakang parang jika diasah akan tajam jua. Begitu juga budak kelas belakang, apabila dibimbing dan diasah pasti akan berjaya jua. Terdapat banyak kisah daripada penulis buku ini sendiri yang berkaitan pengalamannya, pengalaman orang-orang yang rapat dengannya, dan kisah-kisah tauladan yang biasa kita dengar dan mungkin kita belum pernah tahu.
Apa yang lebih menarik hati saya untuk terus membaca selain bukunya yang sedap untuk dipegang dan tulisan font yang cantik beserta gambar-gambar sampingan, kisah-kisah di dalamnya penuh dengan pelbagai warna kegembiraan, kerinduan, kerisauan, dan kesedihan. Banyak coretan realiti dunia pendidikan, keusahawanan, dan kemasyaraktan jua. Contoh kisah pilu ialah kisahnya yang kehilangan guru kesayangannya yang telah kembali menghadap Ilahi dan kisah beliau dengan salah seorang sahabat sekelasnya yang bernama Mus. Kedua-dua kisahnya memberikan suatu pengajaran dan kesedaran kepada saya bahawa kata-kata itu sangat hebat sehingga boleh membina sesuatu malah boleh meruntuhkan jua. Berkata-katalah dengan berhati-hati supaya seseorang itu tidak jatuh kerana kata-kata negatif daripada kita. Apatah lagi yang negatif daripada kalangan ahli keluarga sendiri terutamanya daripada mak dan ayah.
Baru-baru ini pada sebulan yang lalu, saya ada menziarahi beberapa tunawisma atau gelandangan di Lorong Chow Kit dan Pusat Gelandangan Medan Tuanku di Kuala Lumpur. Saya banyak mengambil ibrah daripada mereka yang lebih banyak kekurangan daripada saya. Ia membuat saya insaf dan berhasrat ingin bangkit untuk membebaskan diri dan orang lain yang kurang bernasib baik. Begitu juga ada dikisahkan berkenaan golongan gelandangan, golongan pelacur ini dan beberapa NGO antaranya NGO HANDS ada diceritakan dalam buku ini. Anda perlu memilikinya jika ingin tahu kisah selanjutnya yang lebih menyentuh hati kita supaya kita sama-sama sedar bahawa kita hidup bukan saling menyalahi mereka kerana kurang berusaha mencari pekerjaan mereka yang lebih baik, malah supaya kita saling membantu bukan setakat memberikan makanan, minuman, dan pakaian, bahkan lebih daripada itu.
.
Ayuh dapatkannya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sekarang atau hubungi saya: -
010-8633748 (Izzuddin)010-8633748 (Izzuddin)
010-8633748 (Izzuddin)
📱
.
*Diskaun Hebat:*
Harga Asal – RM25.00
*****Harga Meletup – RM20.00*****
(Promosi sehingga 7 Mei 2017)
(Promosi sehingga 7 Mei 2017)
_Postage_ – RM7.00
No comments:
Post a Comment