MALAYSIA

Tuesday, January 3, 2017

#34 TENTANG AL-QURAN

Dalam Al-Quran terdapat 7 Surah yang menggantikan Taurat:

1. Al Baqarah
2. Ali `Imran
3. Al Maidah
4. An Nisa'
5. Al An`am
6. Al Anfal
7. At Taubah

Surah-surah yang menggantikan Zabur:

1. Yunus
2. Hud
3. Yusuf
4. Al Isra'
5. Taha
6. Al Anbiya'
7. Al Kahf
8. Al Qasas
9. Al Hajj

*nota kuliah Tafsir daripada Guru al-Fadhil Ustaz Lah Iraqi.


Soalan :

Apakah ada ( Qira'at ) bacaan riwayat lain  selain daripada Riwayat Hafs ( رواية حفص ) yang boleh dibaca oleh umat Islam?

Jawapan :

Sudah tentu. Sebenarnya ada 20 lagi riwayat bacaan  termasuk riwayat Hafs yang diriwayatkan daripada Imam Sepuluh ( yang pastinya daripada Rasulullah s.a.w ) yang boleh dibaca dan diamalkan oleh umat Islam iaitu :

1. Qira'at Nafi' :
       i. Riwayat Qalun
      ii. Riwayat Warsh

2. Qira'at Ibnu Kathir :
       i. Riwayat Bazzi
      ii. Riwayat Qunbul

3. Qira'at Abu Amr
       i. Riwayat Duri Abu Amr
      ii. Riwayat Susi

4. Qira'at Ibnu 'Amir
       i. Riwayat Hisham
      ii. Riwayat Ibnu Zakwan

5. Qira'at 'Asim
       i. Riwayat Syukbah
      ii. Riwayat Hafs

6. Qira'at Hamzah
       i. Riwayat Khalaf
      ii. Riwayat Khallad

7. Qira'at Al Kisaaei
       i. Riwayat Abu Al Harith
      ii. Riwayat Duri Al Kisaaei

8. Qira'at Abu Ja'afar
       i. Riwayat Ibnu Wirdan
      ii. Riwayat Ibnu Jammaz

9. Qira'at Ya'aqub
       i. Riwayat Ruwais
      ii. Riwayat Rauh

10. Qira'at Khalaf
       i. Riwayat Ishak
      ii. Riwayat Idris

Dalam al-Quran, ada satu sahaja ayat yang mempunyai semua huruf hijaiyyah dari Alif sampai Ya'. Iaitu surah Al-Fath ayat 29:

Ayat yang terpanjang dalam al-Quran ialah surah Al-Baqarah, ayat 282, menunjukkan betapa seriusnya Allah mengenai hutang. Ayat tersebut ialah:


Hamzah wasol terbahagi kepada dua seperti di bawah, umumnya dibaca seperti di bawah, kecuali 6 perkataan:
 

Dalam Al-Fatihah ada 143 huruf. Daripada huruf-huruf tersebut, Al-Fatihah tiada 7 huruf iaitu ث، ج، خ، ذ، ز، ش، ظ.  Tiada tujuh huruf, tapi ada tujuh ayat. Cuba fikir sebab apa tiada 7 huruf ini? 😆🤔

Ayat pertama surah Al-Fatihah ada basmalah dan mempunyai 19 huruf. Nombor 19 ada banyak keistimewaan. Contoh surah Yaasiin, ayat pertama ialah huruf Ya' dan huruf Siin. Cubalah kira semua huruf Ya' dalam surah Yaasiin, jumlah huruf Ya' jika dibahagikan dengan 19 akan mendapat nombor bulat. Cubalah kira juga bilangan huruf Siin dalam surah Yaasiin, jumlah huruf Siin jika dibahagikan dengan 19 akan mendapat nombor bulat juga. Menarik bukan?


Begitu juga surah-surah lain yang dimulai dengan huruf-huruf sahaja seperti surah Maryam ada كهيعص, surah Al-Baqarah ada الم, surah Toha ada طه, surah Al-Ghofir ada حم dan lain-lain. Jika dikira satu-satu, semuanya boleh dibahagikan dengan 19 dan mendapat nombor bulat. Nombor bulat ialah nombor yang tidak ada titik perpuluhan kecuali nombor kosong sahaja selepas titik perpuluhannya.

Inilah satu-satunya mukzijat Nabi yang masih kita boleh nampak walau baginda s.a.w. telah wafat. Namanya mukzijat hissi. Namun, jiwanya atau rohnya masih hidup, baginda masih boleh mendengar selawat kita kepadanya. Semoga kita tergolong dalam kalangan ahli Al-Quran dan mendapat syafaat Al-Quran di akhirat kelak. Aamiin.

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...