Kaulah permata yang hilang itu
Ketika kita bertemu di situ
Pandanganmu menyejuk kalbuku
Memadam sejarah lama bersarangKeayuanmu menyubur haus dukaku
Dari bibirmu itu terlakarlah
Simbol arus kata-kata hikmah
Hadirmu umpama minyak pelita
Menyalakan membakar lawan
Peribadimu saling melengkapi
Gayamu menyerlah di alam ini
Aku ingin bersamamu hai bidadari!
Benarkah? Aku ingin berkata: Tidak!
Mengapa bayangan wajahmu
Sentiasa hadir dalam khayalanku
Dan aku seakan-akan tak berdaya
Untuk aku ketemuimu lagi
Setelah aku dimaklumi
Dikau telah bertunang
Sekali lagi benarkah?
Aku seolah-olah berubah semangatku
Telah hilang semua tujuanku
Masihkah dikau sebagai sahabiahku sahaja?
Dan bintang masih dapat kulihat
Aku perlu terus kuat melangkah
Dengan inspirasimu di sisi
Adakah kau akan muncul lagi?
Seraya menjadi pasanganku
Sepanjang hari dan hidupku?
9 Julai 2015 / 22 Ramadan 1436
No comments:
Post a Comment