Pada pertengahan Mei yang lalu, aku bersama adinda, saudara Muhaimin berjalan-jalan di karnival ini. Karnival ini berjalan selama 2 hari (9 - 10 Mei 2015) di Padang Anggerik Saujana Utama. Tak tau nak pergi mana kerana rasa bosan duduk di rumah sahaja...
Sedang bersiap-siap untuk program malamnya, persembahan daripada kumpulan nasyid Rabbani...
Ada jual beberapa makanan dan minuman...
Tempat permainan kanak-kanak. Ingat nak join sekaki, tapi rasa segan sikit sebab aku dengan adik je, kalau ada geng lebih ramai nak join, boleh jadi aku pun jadi lain nanti....
Ada taman arnab, wah, syoknya... tapi, dapat tengok je lah. Bukan tak pernah pegang pun, cuma tengok saja dah puas. Nak masuk kena bayar RM5 sejam seorang. Ayoyo...
Malamnya ada persembahan Rabbani pula. Ia sangat hebat. Saya hampir-hampir naik ke atas pentas dan nyanyikan beberapa lagu Rabbani, kerana banyak juga lagu Rabbani yang saya hafal. Lebih-lebih lagi, berkaraoke antara hobi saya. Malangnya, perasaan malu tidak bertempat menguasai diriku. Poorah! Sekian. Itu sahaja coretanku hari ini.
No comments:
Post a Comment