MALAYSIA

Tuesday, May 5, 2015

#11 ALKISAH DI MAKTAB MAHMUD MERBOK

Pada suatu hari....

Tuan `Izzuddin...
Tuan Mujaheed...
Tuan Badrul...
Tuan Muslih...


Lagi...
Tuan Hadi...
Tuan Majdi...
Tuan Naim...

Dan...
Beberapa Urusetiawati daripada kalangan muslimat...
Ustazah Nadia...
Ustazah Farah...
Ustazah Aimi...
Ustazah Nasiha...

Mereka semua ini tampil bersedia membantu...


Berfikir...
Berbincang...
Dan merenung...
(Jangan temenung sudah, ngee...)

Mereka bukan calang-calang urusetia...
Mereka bukan sebarangan manusia...
Mereka adalah insian pilihan...
Dari Merbok...
Dari Alor Star...
Dari Baling...

Tidak sia-sia mereka hadir hanya untuk seorang yang lebih hebat...

Orang yang lebih hebat itu adalah...

...

Adalah...

Tadaa.....

Siapakah beliau???

Tidak kenalkah anda padanya???

Biar betul???

Beliau inilah yang menaja program ini, dinamakan sebagai Kem Jati Diri dan Kepimpinan di MM Merbok...

Beliau inilah yang mengasaskan Glokal Energizer Training & Consultancy...

Anda mahu menganali beliau lebih lanjut bolehlah layari laman sesawang ini...

Atau laman peribadi beliau sendiri...


Beliau telah berjaya menghasilkan penulisan pertama beliau yang berjodol Travelog Usahawan Muda...

Nah! Ini khusus untuk orang muda yang minat dan ingin belajar lagi dan lagi berkenaan urusan kewangan dan perniagaan...

Beliaulah Tuan Kaizan bin Nazlan!
Tepukan untuk beliau!

Tepukan untuk urusetia-urusetia yang hebat dan untuk diri anda yang semestinya hebat juga!

Kem ini telah dijalankan pada 27-29 Mac 2015 yang lalu sebenarnya...

Lama dah... Sangat lama...

Lebih sebulan kot...

Tapi entah kenapa aku masih simpan gambar ni dalam smartphone aku yang comel ni...

Program selama 3 hari 2 malam ini telah mempertemukan aku dengan insan-insan hebat seperti para urusetia tersebut...



Banyak kenangan indah apabila melihat gambar-gambar seperti...




Ini antara aktiiti dalam program...
Iaitu permainan membina jambatan yang paling panjang dan stabil...



Antara gelagat para peserta...
Khusyuk mereka mendengar segala celoteh, kata-kata semangat dan segala input yang sedang disampaikan oleh Tuan Kaizan sendiri...




 Dan sesi bacaan doa wehdah...





Waktu ucapan daripada para urusetia, aku rasa seperti serba salah...

Aku terlepas untuk menghadiahkan satu lagu untuk mereka...

Mungkin aku hanya dapat meluahkan di sini sahaja...

Pesananku untuk diri sendiri dan mereka...

"Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan...

"Jadilah rumput nan lemah lembut, tak luruh dipukul ribut, bagai karang di dasar lautan, tak terusik dilanda badai...

"Dalam sukar, hitunglah kesyukuranmu, dalam senang, awasi kealpaanmu, setitis derita melanda, segunung kurniaan-Nya...

"Usah mengharapkan kesenangan, dalam perjuangan perlu pengorbanan, usah dendam berpanjangan, maafkan kesalahan insan, begitu ajaran Tuhan..."


Entah mengapa aku masih dapat rasakan kehangatan ketika dalam program ini...

Aku melihat peserta-peserta dalam program ini, yang merangkap pelajar-pelajar MM Merbok, adalah pelajar-pelajar harapan ummat Islam sebenarnya...

Mereka adalah anak-anak didik Islam...

Namun, mereka telah dapat mesej daripadaku sendiri...

Iaitu...

"Sejak kamu dilahirkan ke dunia ini, maka bermulalah suatu perjuangan, perjuangan menuju kehidupan yang kekal abadi...

"Dalam menghadapi perjuangan, terdapat pelbagai rintangan yang perlu kita tempuhi, usia ini ibarat sebiji botol yang perlu diisi dengan air yang sebaik-baiknya sehingga penuh...

"Apabila sampai di suatu masa, air itu penuh, tiada lagi tempat untuk kembali, itulah masanya kita bertemu dengan Yang Maha Pencipta...

"Jadi adik-adik semua, ustaz (saya) harap anda semua berjuang memartabatkan ummat Islam, andalah insan terpilih untuk menjadi insan yang berjaya, berjihadlah dan berjuanglah di jalan Allah sehingga ke titisan darah terakhir! Takbir! Takbir! Takbir!"

Terima kasih kepada Tuan Kaizan sendiri yang memberi peluang kepada saya untuk mengorek lagi bakat terpendam dalam diri saya, saya tahu saya boleh menjadi pemimpin yang hebat suatu hari nanti...

Terima kasih juga kepada semua urusetia yang sama-sama berjuang dan membantu mendidik anak-anak Islam ini sehingga ke puncaknya. Syabas! Anda semua telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik.

Namun, seperti biasa, setiap pertemuan ada perpisahannya. Yang paling manis apabila pertemuan itu adalah paling bermakna dan paling singkat... Aku banyak belajar daripada program yang singkat ini...

Ada sesuatu rahsia yang aku tidak akan menceritakan kepada sesiapa selain Allah dan orang-orang yang aku paling rapat dan paling percaya...

Iaitu kisah sedih aku sejak lebih 1 tahun yang lalu, tiba-tiba melalui program ini, aku mendapat suntikan baharu...

Aku gembira dan berasa sangat bersyukur, kerana aku diperhubungkan dengan mereka semua...

Aku tidak mampu mengekalkan hubungan yang telah terbina ini, aku harap Allah sentiasa meredhai perhubungan ini, dan aku juga akan sentiasa menghubungkan tali persaudaraan ini kerana Allah...

Apatah lagi, program ini bukan berhenti di sini, perkenalan antara urusetia dengan peserta perlu diteruskan, itu yang menjadi suatu persoalan, adakah perhubungan ini dapat diteruskan???

Mereka sentiasa mengingati kita sebenarnya, walau jauh di mata mereka, namun nama-nama urusetia sangat dekat di hati mereka, seperti pak teh dan makteh sekeluarga di Yan dulu, di mana saya antara urusetia terhadap Karnival Islam Darul Izzah di Yan tersebut...

Walau sukar untuk bertemu semula, pakteh itu selalu bertanya khabar kepada kami, namun, adakah perkhabaran ini kita tidak mempraktikkan sesuatu yang memuaskan keinginan mereka? Mereka ingin urusetia-urusetia yang telah mereka anggap seperti anak mereka sendiri kembali mengunjungi mereka...

Mereka merindui kita... Mereka memerlukan perhatian kita...

Aku tidak mampu segalanya, sungguh aku takut jika aku kehilangan kekuatan ini semula, aku takut aku akan kesedihan berlarutan selama 1 tahun sehingga menyebabkan aku hilang tumpuan dalam pembelajaran dan hidupku, sebab itu aku boleh extend sehingga 8 semester, ada kisah di sebaliknya...

Namun, aku harap, Allah yang menentukan, Dia sangat tahu apa yang terbaik untukku, aku hanya berserah kepada-Nya, tiada sesiapa yang berkuasa, semua makhluk tiada kuasa, Allah sahaja yang menguasai kita semua...

Dari Dia kita datang, kepada-Nya kita kembali...

Semoga Allah rahmati kita semua sehingga ke Syurga...



"Pengalaman kita mematangkan kehidupan kita!"

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...