Seminggu yang lalu, aku ditayangkan melalui whatsapp daripada seorang sahabat mengenai satu video. Video yang memang menyakitkan hatiku. Setiap bait perkataannya membuatkan satu sahaja patah perkataan terkeluar dalam fikiranku, iaitu WAHHABI. Aku tak tuduh penceramah itu Wahhabi, tetapi sedikit sebanyak serangan pemikiran Wahhabi ada tempiasnya. Semua orang tahu, Wahhabi adalah anti-Sufi. Serangan ini yang perlu kita lawan. Pemikiran Wahhabi boleh memecahbelahkan UMMAT.
Sedikit perkongsian mengenai apa yang aku tahu tentang tariqat.
Tariqat bermaksud jalan. Dalam surah al-Fatihah, kita selalu minta tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus. Perkataan jalan dekat sini disebut as-Sirat. Kedua-duanya bermaksud jalan. Jadi, apa beza antara at-Tariqat dan as-Sirat?
As-Sirat bermaksud jalan utama dan jalan besar. Dekat sini kita boleh kata as-Sirat itu al-Quran dan as-Sunnah. Manakala at-Tariqat ialah jalan-jalan kecil atau cabang-cabang sehingga menghubung ke as-Sirat itu. Dan jalan-jalan kecil ini sangat banyak. Ada orang berzikir dengan duduk baru dapat zauq. Ada orang kena berdiri sambil berzikir baru dapat zauq. Manakala amalan pula berbeza setiap orang. Ada orang baca al-Quran baru dapat ketenangan yang berpanjangan. Ada yang kena solat baru tenang. Ada yang kena berqasidah berselawat memuji Nabi baru dapat ketenangan. Jadi, memang pada hakikatnya setiap manusia ada suluk yang berbeza untuk mencapai maqam yang lebih tinggi di sisi-Nya. Jadi, tariqat itu tidak salah kerana tariqat ini 'jalan pintas' bagi sesiapa yang mahu menuju cinta Allah dan Rasul melalui apa-apa yang pernah diamalkan oleh para ulama Muktabar terdahulu.
Kisah seorang mak cik tua yang berjalan sudahpun bertongkat. Tetapi, apabila mak cik melalui sekumpulan yg sedang mendendangkan alunan zikir yang mengasyikkan, tiba-tiba mak cik tersebut boleh berdiri tegak tanpa bertanggung pada tongkat itu kerana terasa zauqnya ketika mendengar zikir itu. Dari mana datangnya zauq ini?
Video memaparkan alunan zikir sambil breakdance baru-baru ini tetiba jadi viral. Pada hemat diriku, video itu kemungkinan daripada kumpulan tariqat yang lain. Ataupun, jika itu tariqat yang ditentukan, kemungkinan syeikh tersebut tidak menyuruh pun orang itu menari sehingga terpusing-pusing badannya. Namun, kemungkinan orang muda ini memang sebelum ini seorang kaki menari, apabila pertama kali dia menyertai zikir sedemikian, rasa zauq itu datang lalu badannya bergerak sendiri tanpa dibuat-buat. Kita kena kaji dulu apabila mendapat sesuatu berita yang tidak tahu siapa yang menyebarnya, seperti dalam surah al-Hujurat, ayat 6.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Masalahnya sekarang kita menari buat-buat. Sebab itu ramai yang mempertikaikannya. Walau bagaimanapun, Ustaz Wan Ji ada mengatakan menari sambil berzikir adalah bid`ah yang lebih baik dielakkan.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Masalahnya sekarang kita menari buat-buat. Sebab itu ramai yang mempertikaikannya. Walau bagaimanapun, Ustaz Wan Ji ada mengatakan menari sambil berzikir adalah bid`ah yang lebih baik dielakkan.
Tariqat ini sebenarnya suatu perkara yang sepatutnya dirahsiakan. Daku juga berasa hairan mengapa bagi mereka yg merakam majlis tariqat lalu disebarkan kepada orang umum. Tariqat bukan sekadar berzikir, menari, mendendangkan qasidah, malah tariqat yang sebenarnya menekankan amalan seharian yang perlu diamalkan secara istiqamah sebagai makanan tambahan rohani kita. Orang yang tidak faham apa itu tariqat tidak boleh berkata-kata sewenang-wenangnya berkenaan apa yang dia lihat. Ya, memang benar, tariqat kini semakin banyak yang sesat. Namun, kita sebagai insan yang jahil perlu selalu berdamping dengan ulama-ulama dan asatizah yang muktabar demi kesejahteraan iman kita. Kebanyakan ulama kini ada tariqatnya masing-masing. Jarang nak jumpa ulama yang tiada tariqat. Sebab ia adalah amalan seharian mereka. Sebab itu ada ulama yang sampai berselawat 50000 kali sehari dll. Itu adalah suatu tariqat, walaupun tak tahu tariqat apa. Bak kata orang, berguru biar ramai spt Imam Syafei, Imam Ghazali dll yg mempunyai lebih 10 orang tok guru. Apabila sudah ada ilmu, kita sudah ada hujah dan mudah untuk kita beramal kerana Allah. Beramal tanpa ilmu itu bahaya umpama naik motor nak ke Batu Pahat, Kedah tapi tak tahu jalan sehingga tersesat ke Batu Pahat, Johor.
Cuba perhatikan gambar di bawah ini pula: -
Inilah gambar yang sedang disebarkan oleh puak-puak Wahhabi. Tindakan mereka ini jelas ingin menjatuhkan kredibiliti dalam institusi para ulama Muktabar. Kita dalam melihat mereka melabelkan Sheikh Zainul Asri, Sheikh Nuruddin dan lain-lain. Apatah lagi, kebanyakan ulama yang dilabelkan adalah daripada Ahlul Bait. Habib Umar, Habib Ali al-Jufri, Habib Ali Zainal Abidin, Sheikh Nazim al-Haqqani dll adalah Ahlul Bait Nabi SAW, Hafizhahumullahu Ta`ala Ajma`in. Dalam kalangan mereka ini ada wali Allah. Allah menjamin akan memerangi mereka yang memusuhi wali Allah. Mereka akan dihinakan oleh Allah di dunia dan bakal menempah neraka di Akhirat kelak. Wal'iyadzubillah.
Banyak gambar-gambar di atas menjadi fitnah kepada masyarakat. Mereka mengatakan pengikut-pengikut Tariqat ini diajar supaya sujud kepada guru mereka. Sedangkan selama leboh sepuluh tahun beliau mengajar, tiada satu gambar pun yang ada betul-betul sujud kepada beliau. Apa maksud sujud pada takrifan mereka sebenarnya? Dalam sembahyang, syarat sah sujud ialah wajib kena atas tanah pada 7 anggota. Sedangkan semua gambar yang ada mereka hanya tunduk tanpa meletakkan kepala di atas tanah.
Isu ini sebenarnya telah diterangkan oleh Dato' Dr. Haron Din sendiri. Termasuk berkenaan isu cium kaki orang alim dan soleh. Anda boleh klik lama sesawang ini, http://darulilmi.org/2015/04/17/hukum-cium-kaki-manusia-yang-mulia-disisi-islam-seperti-ibu-bapa-dan-ulama/ dan http://www.harakahdaily.my/pandangan-haron-din-berkenaan-zikir-sambil-menari. Terdapat kisah beberapa orang soleh dahulu termasuk zaman Nabi berkenaan cium kaki orang soleh ini. Sedangkan unta yang pernah datang berlari-lari serta terus berlutut dan mengucup kaki Nabi juga, apatah kita insan sebagai ummat Nabi SAW sendiri tidak ingin melakukannya untuk ambil keberkatan daripada mereka?
Kita tidak sepatutnya terus mengatakan mereka sesat apabila mereka melakukan kesalahan. Ulama bukannya maksum. Daku tidak mengatakan mereka telah melakukan kesalahan di atas. Tidak sama sekali. Ada sebab mengapa mereka buat begitu. Apatah lagi, kebanyakan gambar bersalaman dengan perempuan bukan mahram ini ditangkap di dalam sebuah negara Eropah, di mana mereka bukan bermazhab Syafei. Ada mazhab yang berpendapat bersama dengan hujjahnya bahawa bersentuhan antara berlainan jantina yang ajnabi tidak berdosa selagi tidak menimbulkan syahwat. Cuma daku nak bagitahu jangan menilai seseorang itu melalui apa yang kita lihat sahaja.
Mengapa tidak melihat menteri-menteri yang banyak bersalam dengan ajnabi yang berlainan jantina, jadi mereka sesatkah? Pelakon-pelakon ditayangkan melalui siaran televisyen, yang bercampur antara lelaki dan perempuan, malah ada yang berpeluk-pelukan dengan tiada ikatan sah suami isteri pun, jika jika kata ulama menyentuh perempuan itu sesat, mereka yang selain ulama jika melakukan itu lebih sesat. Bagaimana pula mereka yang bertawaf di dalam Masjidil Haram, mereka bertawaf bercampur antara muslimin dan muslimat lagi, ini sesat???

Selain daripada gambar-gambar di atas, daku rasa dakutidak patut menjelaskan kepada anda kerana takut jadi fitnah lagi. Bertanyalah kepada mereka yang ahlinya. Moga-moga Allah merahmati kita semua.
Yang penting, daripada kita duduk sibuk tengok amalan orang, adakah amalan kita baik dan berterusan? Adakah kita selalu berselawat 100 kali sehari, tahlil 100 kali sehari, dan istighfar 100 kali sehari paling kurang? Bagaimana pula dengan ma'thurat? Bila nak start baca ma'thurat kubra, asyik2 ma'thurat sughra? Bagaimana pula sembahyang jemaah kita? Sahabat-sahabat Nabi dahulu sangat menjaga amalan. Mereka sangat yakin dengan amalan harian, bantuan Allah sentiasa tersedia dan ada di depan mata. Yuk kita perbaiki diri sama-sama dan selamat beramal! Mudah-mudahan Allah bagi taufiq dan hidayah kepada kita semua! Wallahu A'lam. 😊
"PENGALAMAN KITA MEMATANGKAN KEHIDUPAN KITA"
No comments:
Post a Comment