MALAYSIA

Wednesday, November 2, 2016

#28 DIPLOMA PERAKAUNAN

Saya berasa bersyukur kerana akhirnya saya dapat tamatkan pembelajaran Diploma Perakaunan (AC110) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, Cawangan Kedah pada 10 September 2015. Pada bulan November 2015 adalah hari graduasi saya di UiTM Merbok. 



Terasa macam nak tukar kos.... Kemasukan UiTM sarjana muda masih buka sehingga 7 November 2016... Ya Allah... Aku sangat minat dan aku memang suka mengkaji sejarah.. Aku suka menulis dengan menulis pelbagai cerita... Jadi aku rasa ini yang terbaik untukku:


FF223 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (KEPUJIAN) SKRIN
FF224 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (KEPUJIAN) PENULISAN ARTISTIK
FF225 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (KEPUJIAN) TEATER
FF226 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (KEPUJIAN) PENGURUSAN INDUSTRI SENI

FF227 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (KEPUJIAN) ANIMASI & TEKNOLOGI SKRIN

So, selagi peluang masih ada,aku kena mencuba. Mana tahu ini adalah rezekiku...

[Beberapa jam kemudian...]

Aku telah membeli no pin BSN untuk kemasukan ke ijazah sarjana muda. Beb! Lagi mahal daripada sebelum ini. RM17.05. Baru sahaja tahun lepas beli no pin RM10.00 atau lebih sikit. Uwekkkk..... Sedihnya cepat sangat naik.... Tapi, aku pun beli juga sebab nak sangat belajar tentang ilmu pengarahan filem ini. Macam aku cakap, aku suka membaca sejarah dan suka menulis dan bercerita semula tentang sejarah yang pernah aku baca. Terutamanya tentang sejarah Islam dan sejarah bangsa Melayu. Sejarah tempatan dan sejarah dunia. Ya Allah, aku pun selalu kritik banyak tentang kelemahan filem Melayu. Banyak sangat, termasuk susunan cerita kurang surprise atau tiada langsung, kurang nilai, cerita yang tidak menambahkan ilmiah, cerita yang tidak serasi dengan keadaan sebenar masyarakat, kurang pengajaran, dan kurang memberi impak kepada masyarakat.



Aku selalu kritik filem Melayu yang para pelakonnya berlakon hanya sekadar berlakon. Mereka fikir apabila berlakon kena berlakon atas segala-galanya. Sedangkan mereka perlu bukan sekadar berlakon, malah kena berlakon seolah-olah mereka bukan berlakon. Mereka kena berlakon di sebalik tabir dengan melakonkan semula apa-apa yang mereka selalu rasai dan hadapi di luar lakonan. Faham tak? Barulah filem itu akan memberi impak kepada masyarakt. Orang bising kerana harga misyak naik, orang Melayu asyik nak berdengki, orang Cina nak rampas ekonomi, sultan hanya berdiam diri, PM zalim, dan macam-macam lagi, tetapi dalam lakonan tiada pula cerita tentang ini semua, selain lawak basi, hantu karut -marut, gengster yang korup, pelakon yang sensasi sahaja, pengarah otak lembik, dan semuanya tiada budaya memberikan rangsangan yang baik kepada masyarakat. Sedangkan melalui filem antara kuasa yang sangat hebat untuk luahkan perasaan masyarakat, mempengaruhi masyarakat, dan memberikan nasihat kepada masyarakat. Sampai bila nak maju jika otak kita sempit? Bila Malaysia nak ada filem sains fiksyen, filem sejarah kehebatan Melayu Islam dahulu, filem kehebatan ulama nusantara, filem berkaitan kerjaya yang ada nilai-nilai tinggi yang tidak tertakluk terhadap orang-orang kaya sahaja???

Nampak kan? Sebab itu aku sedar benda ini aku teringin nak masuk ke kancah pengarahan filem. Namun, baru sahaja petang tadi, aku sudah beli, aku buka permohonan online. Malangnya, tidak boleh masuk setelah aku taip no pin yang baru dibeli. Kerana..... "Maaf, anda tidak boleh mendaftar kerana anda masih aktif dalam student portal..."

Snif... snif..... snif.... (kesat air mata)

Nak buat macam mana... Aku kena paksa hati untuk teruskan belajar tentang ilmu perakaunan yang luas ini. Sabarlah wahai hati.... Lama-lama insya allah aku akan suka dan ikhlas belajar tentang ilmu perakaunan yang hebat ini...

Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur sebab aku sudah mendapat kerja semula. Alhamdulillah... Sejak 22 September 2016 yang lalu, aku mula bekerja sebagai guru tadika pra tahfiz di SU3. Terlalu banyak cerita di pra tahfiz ini walau aku telah bekerja selama sebulan lebih. Nanti aku akan kongsikan ceritanya. Aku bersyukur aku dapat berlatih untuk bercakap di khalayak umum semula yang telah sekian lama ditinggalkan. Aku dilatih bagaimana menjadi seorang yang penyayang, tegas, dan sabar pada masa yang sama. Aku dilatih bagaimana menjadi seorang sahabat dan seperti seorang ayah! Aku dilatih bagaimana untuk mengeluarkan idea baharu semula di hadapan manusia.

Ya Allah, terima kasih. Kerja ini untuk Engkau sahaja Ya Allah. Semoga Engkau reda. Aku perasan, sejak aku mula dapat kerja ini dan terus niat untuk agama Islam dan niat untuk tegakkan kalimah tauhid, rezeki datang tiba-tiba melimpah-ruah. Tiba-tiba sahaja banyak panggilan kerja dari pelbagai tempat. Ya Allah, kalau sebelum aku runsing kerana masih tidak mendapat apa-apa pekerjaan tetap untuk menyara hidupku dan bakal keluargaku, kini, aku runsing namun kurang sikit daripada sebelum ini, runsing kerana beberapa pilihan. Nak pilih kerja yang mana. Aku telah tetapkan untuk menjadi seorang guru suatu hari nanti. Kalau boleh, aku mahu menjadi pensyarah perakaunan jika aku dapat habiskan kursus perakaunan sekarang dan lulus.

Apa-apapun, sudah tentu mesti cari duit tambahan sebagai sokongan. Termasuk bisnes sim kad murah ONEXOX sekarang (aku seorang sub-dealer). Alhamdulillah, sudah dapat 6 orang customer. Semoga berjaya dapat lagi 14 orang sebelum melangkah menjadi seorang Dealer pula  Aku juga seorang Associate of Chartered Accountant yang masih baharu dan tidak dapat siapa-siapa lagi customer, mengajar mengaji al-Quran. Alhamdulillah, rahmat Allah melebihi segala-galanya. Selepas ini, aku akan cuba cari lagi kerja sampingan sebagai wang tambahan sebagai guru tuisyen perakaunan pula, insya allah. Mengajar akaun ada banyak kelebihan, antaranya kita dapat ingat semula apa-apa yang pernah belajar sebelumnya dan kita lebih faham daripada sebelumnya seolah-olah kita sudah ada pengalaman dalam bidang perakaunan yang telah kita ajari dan kongsi. Itulah kelebihan mengajar. Semoga tidak sia-sia ilmu perakaunan yang telah dikurniai Allah di dalam dadaku kini.

Jadi, setakat ini,aku tidak akan terima mana-mana tempat kerja yang jauh dari rumah, iaitu dari rumah ke tempat kerja tidak melebihi 5km. Kerana aku mahu jimat duit banyak perkara. (Dahlah tadi dah rugi RM17.05...) Aku mahu jimat untuk hari istimewaku, hari pernikahan, di mana aku mahu seorang isteri yang akan menjadi teman penyokong dan pemangkin semangat moral sepanjang hidupku. Orang kata kumpul duit untuk pergi haji dan umrah. Namun, ia tidak bermakna jika aku tidak peroleh seorang isteri idamanku dahulu. Kumpul duit untuk bernikah adalah keutamaanku sekarang. Apatah lagi yang membawa ke arah perkara mulia tersebut. Iaitu, beli rumah. Ya, aku sedang kumpul duit untuk beli rumah.... Target aku dalam masa 5 tahun, aku sudah ada RM50,000 dalam bank. Dengan harta terkumpul sebanyak ini, aku boleh lakukan 3 perkara, iaitu beli rumah, kereta, dan isteri idaman. Doakan daku.

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...