MALAYSIA

Tuesday, November 1, 2016

#27 AKU BUKAN SI KOSONG

Lama tak post sebab komputer rosak..... Nak baiki tiada cukup duit lagi. Nak jaga maruah, takkan nak minta daripada ayah dan emak kot. Kerana, aku sudah hampir dewasa, dan aku juga ada maruah yang perlu dijaga.

Kini, alhamdulillah. Laptop telah dibaiki. Format laptop dan ganti bateri yang baharu. Semuanya memakan kos sebanyak RM300. Sedihnya, duit yang terpaksa dikeluarkan. Harta yang ingin disimpan untuk perkahwinan pergi begitu sahaja. Sebelum ini juga berlaku perkara yang sama. Aku accident dua kali. Kedua-duanya sekali sama dengan memakan kos sebanyak RM1,200. Ujian Allah. Semoga ada gantinya. :')

Pernah saya beli satu buku di #PBAKL2016 bertajuk  #SiKosong terbitan #TarbiahSentap dibaca sehingga habis.



Antara pengajaran besar yang boleh saya kongsi daripadanya ialah kita risau hipokrit pada manusia, tetapi rupanya kita hipokrit pada Tuhan. Kita lupa roh kita dulu pernah berjanji pada Tuhan, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Tuhan. Kita lupa pesanan ulama' bahawa jika seseorang itu meninggalkan sesuatu amalan itu kerana manusia, maka itu adalah riak. Sebagai contoh menonton video lucah dengan alasan, ”Rilekla der, aku ada nafsu gak. Ini fitrah.” Sedangkan kita lupa fitrah itu jika tak diurus akan jadi fitnah.



Ubahlah bro!
Ubahlah sis!

Belajarlah melihat kebaikan seseorang, bukan melihat keburukannya. Janganlah bersifat juri hati atau judgemental. Tiba-tiba suatu masa dia berubah, dia berdakwah lebih dahsyat daripada korang! Tengoklah macam Mizz Nina. Nah! Hidayah milik Allah, bukan? Sebab itu aku dan kau kena berubah. Setiap kali memandang orang yang melakukan dosa dan maksiat, kau kena doakan dia berubah. Kau kena doakan dia dapat hidayah daripada Allah.

Ubahlah bro!
Ubahlah sis! “Aku dulu si kosong. Di mana aku jahil dari pelbagai sudut kehidupan. Dan kini aku mempunyai matlamat yang perlu aku capai. Ya, redha Allah. Sebab aku bukan si kosong lagi.” Dan ingatlah kawan-kawanku sekalian. Akan tiba satu saat dalam hidup, kau merasai kekosongan. Ketahuilah, tika itu kau memerlukan-Nya.


INI CORETAN PADA 16 OKTOBER 2016

Suatu hari, saya pernah terjumpa seorang pak cik berbangsa India beragama Hindu. Kudung kaki sebelah pula. Tetapi, saya rasa takjub akan kerajinannya. Setiap pagi saya akan nampak dia kutip botol, kotak, atau apa sahaja barangan dari tong-tong sampah untuk dijual. Saya berasa kasihan. Kadang-kadang rasa geram mula-mula kita nampak tiada siapa mahu membantunya yang sangat daif itu. Apatah lagi, keadaan pak cik itu seolah-olah terpinggir memandangkan rumahnya terletak di hujung-hujung kawasan taman perumahan. Rumah kayu. Tidak seperti rumah batu yang lain. Berapa ramai orang Islam yang menjadi jiran di sekitar taman perumahan di situ.

Namun, saya bersangka baik. Saya bertanya salah seorang jiran yang berhampiran dengan pak cik India tersebut. Mereka kata pak cik itu bukannya duduk seorang dan terusir. Dia duduk dengan isteri dan abang dia. Abang dia setiap hari datang bawa makanan. Oleh sebab ini, rasa geram pada mulanya tadi kurang sikit. Sekurang-kurangnya ada jiran yang mengambil endah.
Suatu pagi, saya berjoging seorang diri keliling taman tersebut. Hampir pusing satu taman, saya berhenti di suatu gerai nasi lemak dan kuih-muih untuk beli buat sarapan. Dalam perjalanan pulang, saya terserempak dengan pak cik India ini, seperti biasa setiap kali saya terpandangnya sambil menyorong kereta sorong berisi botol-botol, kotak-kotak, plastik, kertas. Dengan rasa empati dari kata-kata hati, saya menyapanya dengan senyuman yang ikhlas dari wajah saya. Saya kata: “Nah, pak cik. Ini nasi lemak dan kuih-muih saya mahu bantu pak cik. Makanlah dulu.” Dalam hati, tidak mengapalah tidak payah sarapan pagi ini. Balik nanti boleh ambil duit lagi beli yang lain. Seronok tengok dia tersenyum dan sudi terima.
Sampai di rumah, memandangkan saya duduk dengan sahabat-sahabat, saya bertanya kepada mereka, nak nasi lemak tak, saya belanja. Entah kenapa pagi ini murah hati sangat nak belanja. Mestilah mereka setuju.

Jadi, saya ambil duit lagi dari dompet untuk beli sarapan lagi. Kali ini bukan untuk diri saya sahaja. Sampai di suatu restoran yang ada jual nasi lemak, saya mahu beli 6 bungkus, tetapi tauke restoran itu tahu saya duduk dengan sahabat-sahabat satu rumah, dia bagi 7 bungkus dan bayar untuk satu bungkus sahaja. Maknanya, jimat 6 bungkus. Tidak sampai setengah hari, Allah balas, 1 nasi lemak dengan 6 nasi lemak lagi. Orang kata Allah akan balas sedekah 10 kali ganda, jadi lagi 4 itu mungkin Allah beri rezeki berbentuk lain daripada nasi lemak yang kita tidak tahu.

Sejak dari itu, saya suka tingkatkan diri dengan amalan bersedekah kepada sesiapa sahaja tidak kira agama dan bangsa. Malah tidak rugi membantu orang. Biarlah apa orang mahu kata, yang penting kita memahami apa itu saling membantu dan berkasih sayang tanpa mengira rupa, agama, dan bangsa.


INI CORETAN PADA 15 OKTOBER 2016: -

Untungnya... Baru berusia 6 tahun sudah diajar berenang.
“Tak mau nanti saya mati,” kata salah seorang murid.
“Siapa menangis dia yang tenggelam,” jawab guru renang itu setelah murid itu menangis lantaran takutkan air yang seperti ingin meragut nyawanya.




Namun, mereka perlu rasa bersyukur, beruntung dapat belajar berenang sejak kecil. Aku pula hanya memerhati. Kolam ini banyak kenangan juga buat saya. Sebak rasanya di hati kerana lebih 4 tahun aku tidak menjejakkan kaki di kolam ini.
Inilah kolam aku selalu datang untuk mengisi waktu lapangku sewaktu zaman sekolah menengah dahulu. Syukri Norhamshah menjadi peneman yang selalu bersama terapung-apung di tengah-tengah kolam terlentang menghadap langit Yang Maha Indah. Tenteram. Mengusir resah dan tekanan terutamanya selepas mengulangkaji pelajaran untuk SPM.
Namun, kini kelab yang memiliki kolam renang ini telah menetapkan untuk pengguna yang telah berdaftar sebagai ahli sahaja. Setahun lebih RM1,000 sebagai yuran (termasuk gim, gelanggang tenis, ping pong, dan lain-lain fasiliti di sini). Kalau dulu sekitar tahun 2011, setahun hanya RM300. Malah, boleh masuk walau bukan ahli sebanyak RM10 untuk sehari. Kini, RM1000+!
Di hati aku bermonolog dalaman, “Kalian belajar sejak berumur 6 tahun, saya belajar sejak berumur 9 tahun. Kalian belajar betul-betul renangan supaya hebat seperti Michael Phelps.” Teringat cikgu renangku, seorang berbangsa Cina (cikgu Alex) dan seorang berbangsa Melayu (tak ingat nama, rasanya kami memanggilnya cikgu Jimmy). Terima kasih kerana mengajarku air bubble, teknik renang kaki lurus, tangan lurus, span terapung, dan keberanian. Walau sikit, daripada situ, aku banyak mempelajari teknik berenang lain sendiri seperti gaya anjing, katak, baring, dan lain-lain secara automatik.
“Kecil-kecil boleh berenang di rahim. Sesiapa sahaja boleh berenang” Itu prinsip yang aku pegang jika ada yang kata berenang itu susah.
Berenang boleh kurangkan kolesterol, (mengelak serangan jantung, cerdaskan fikiran, kuatkan otot). Dan aktiviti berenang adalah sukan yang paling tinggi menurunkan kalori dalam badan dengan sangat laju. Apa lagi, jom berenang. Eh mahallah.. Hmmmm... Lebih baik mandi di rumah.....
*Gambar zaman belajar renang tiada. Ini sahaja yang boleh dikongsikan. Semoga bermanfaat.

INI CORETAN PADA 1 OKTOBER 2016:

Mungkin inilah hikmah Allah tangguhkan pekerjaan part time. Menjadi seorang guru untuk mendidik dan untuk mempengaruhi minda kanak-kanak 4, 5, & 6 tahun adalah merupakan suatu cabaran. Semestinya, perkara tersebut memerlukan kesabaran yang tinggi. Tidak ramai yang dewasa mampu mempengaruhi minda kanak-kanak yang bukan sama seperti kanak-kanak 7 tahun ke atas, apatah lagi seperti pada awal remaja dan ke atas.
Diriku ini pula lagilah terlalu dhoif untuk menguasai sebagai seorang penyampai maklumat yang baik. Belajar dari zero adalah yang terbaik. Hati kena jaga. Jauhkan dari segala dosa dan maksiat.


Budak-budak sekarang lain daripada yang dulu. Pernah menjadi guru back up untuk sekolah KAFA, dapat mengajar kelas yang bawah-bawah. Kita sudah dapat bayangkan bagaimana perangai kebanyakan murid tersebut. Nak berlembut tak makan saman, keras sangat diri sendiri pula yang sawan. Jadi, lemah lembut, tegas, dan hikmah itu adalah perkara yang sangat diperlukan pada era informasi yang kian mencabar.

Seperti insan lain juga, kita semua mahukan bahagia. Tetapi, tidak ramai yang memahami apa itu bahagia. Ada yang menyatakan bahagia itu didapati oleh seseorang yang mempunyai kekayaan yang cukup. Ada juga mengatakan apabila hasil maksudnya tercapai, maka dia bahagia. Orang sakit bahagia apabila dia sihat. Orang fakir bahagia apabila dia kaya. Pelaku maksiat bahagia apabila dia bertaubat nasuha dan terhentinya dosa itu. Seorang yang bercinta itu bahagia. Seorang rakyat akan mengatakan kemerdekaan dan kecerdasan ummat itulah bahagia. Takwa dan ilmu tentang iman pula kebahagiaan orang-orang yang beriman.
Seorang wazir pada zaman Abbasiyyah yang masyhur pernah berkata: Bahagia itu adalah sentosa perangai, kuat ingatan, bijaksana akal, tenang, dan sabar menuju maksud. Imam Ghazali berpendapat bahagia yang sejati ialah dapat mengingati Allah. Tak lupa, Nabi SAW juga pernah bersabda ketika ditanya oleh Saiyidah Aisyah r.ha mengenai pembahagian akal kepada tiga maka sesiapa yang mempunyai ketiga-tiga ini, maka sempurnalah akalnya, iaitu baik makrifatnya dengan Allah, baik taatnya kepada Allah, dan sabar atas ketentuan Allah.
Jika direnung kembali, mungkin jauhnya diri kita terhadap semuanya itu. Mungkin itulah kita masih tidak bahagia. Mungkin itu juga aku masih belum bahagia yang hakiki. Mungkin ada rezeki boleh menjadi pengajar dan pendidik di peringkat lebih tinggi lagi. Semoga niatku untuk mentarbiah diriku mencapai maksudnya yang sebenar untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki. Semoga usaha ini diterima oleh Allah dan menjadi saham di akhirat sana.

INI PULA DARIPADA:



Semangat untuk memulakan kehidupan baharu selepas tamat pengajian sudah semestinya dinanti-nantikan oleh semua graduan. Inilah masanya yang ditunggu-tunggu setelah beberapa tahun melalui zaman universiti, dan sudah tiba masanya, untuk menggunakan segala ilmu yang ada dalam kerjaya yang diperoleh.



Namun begitu, setelah mula berkerja, dan memiliki wang sendiri, hasil dari penat lelah bekerja, kebanyakan graduan sudah mula rambang mata, dan tidak sabar untuk membelanjakan gaji mereka demi kepuasan diri. Termasuklah, dalam membuat pembiayaan kereta baharu.

Tetapi, tindakan tergesa-gesa ini kadang kala akan memakan diri, lebih-lebih lagi dengan gaji permulaan yang tidak begitu tinggi, dan akan terikat dengan hutang untuk jangka masa panjang. Ketahuilah, dengan menahan diri anda dari membeli kereta baharu, anda mampu memperoleh simpanan yang sangat banyak. Jom kita baca penulisan dari saudara Khairul Ezuwan, bagaimana cara untuk melakukannya. 




Anda lelaki bujang ? baru start kerja? Mari dengar cerita dongeng Abang yang mungkin boleh merubah pemikiran anda. Sila baca sampai habis , Kalau tak menyesal nanti. Ini serius!!

Tak pelik kan bila anda yang bergaji RM2000 - RM2500 beli kereta Myvi baru malah ramai yang membelinya selepas mula bekerjaya. Myvi adalah jenis Kereta paling banyak di Malaysia.

Cuba kita ambil Myvi yang medium spec & macam biasa full loan, komitmen bulanannya lebih kurang RM600. Kita rasa mampu sebab bayaran bulanannya adalah RM600. Namun Kita lupa kos yang wajib ditanggung bila memiliki kereta ini:

1. Installment bulanan = RM600
2. Minyak = RM400
3. Purata Maintenance = RM100
4. Purata Insurance/Roadtax = RM100
5. Basuh kereta = tak nak kira
6. Tol = Tak nak kira
7. Accessories = tak nak kira
8. Bayar Parking = tak nak kira

Saya cuma nak ambil kos 1+2+3+4 , sebenarnya tanggungan anda untuk machine ini sebulan adalah RM1200 dengan mengabaikan kos 5+6+7+8. Kalau gaji anda RM2000, lepas ditolak EPF & lain-lain gaji bersih anda cuma RM1700 . Disebabkan ditolak kos wajib 1+2+3+4 . Gaji bersih anda sebenar tinggal lagi RM500 sahaja. Kos tambahan pada 5+6+7+8 mungkin memakan kesemua gaji anda. Anda sebenarnya bekerja penat lelah untuk menanggung Kereta tersebut sahaja, perasan ataupon tidak? Inilah punca utama buat anda terus rasa tertekan.

Kalau anda mampu dengan kos RM1,200 sebulan tu, apa kata tangguhkan sementara beli kereta Myvi tu dulu. Pakai jer motor masa belajar kat university dulu. Buat pembiayaan ASB 200K . Installment bulanan RM1,111.Buat target selama 3 tahun tanpa usik dividen. Apakah hasilnya untuk anda?





➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

I) Dividen terkumpul 3 tahun @ 7.25% setahun = RM46,700

II) Jual semula sijil @ tamatkan pembiayaan @ 36 bulan payment (Refund) = RM8,800

Total simpanan tunai= RM55,500✔️
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Berbaloi tak korbankan kehendak pakai myvi tadi dalam tempoh 3 tahun, boleh ada simpanan RM55,500

Apa nak buat dengan duit ni?

Jangan gusar, waktu ini anda dah bina kebijaksanaan anda sendiri, anda pasti pandai aturkan sendiri kelak contohnya,

🔸Beli Kereta 2nd hand tunai
🔸deposit beli rumah
🔸berkahwin
🔸modal berniaga
🔸beli emas, masuk Saham dan lain-lain.
🔸Tidak masuk skim cepat kaya
🔸Tidak tempah banglo Alfafa & seumpamanya.

Kita risau takde awek pandang kita sebab takde kereta kan. Saya Bagi tips sikit teknik nak mengorat tanpa perlu pamerkan kehebatan anda berkereta dan cuma ada Honda EX5. Nak mengorat awek mesti whatapps kan. Snap picture kat muka pertama buku ASB yang Ada Nama tu & bahagian akhir buku ASB yang menunjukkan baki RM55,500✔️ tu, buat-buat tersalah hantar kat awek tu.



Lelaki : "Ala sorry awak, tersalah tempat sent pulak. Nama awak dengan banker ni sama pulak, Maaf awak ".



Perempuan : "Awak buat apa bagi baki buku ASB kat banker tu" (mula-mula dia rasa curiga anda sengaja menunjuk ntah buku siapa)

Lelaki : "Saya sebenarnya tengah buat pembiayaan rumah, banker tu minta supporting document, saya tengah kelam kabut tadi, tersalah hantar pulak kat awak tadi. Nama dia sama pulak dengan awak yang saya save kat phone ni. Maaf sekali lagi ye.

Perempuan: "Awalnya beli rumah, bagusnya".

Lelaki : "saya dari awal bekerja memang nekad paksa buat simpanan , tu yang tak mau beli kereta dulu tu. Saya memang target nak beli rumah sebelum saya berkahwin sebab nak bagi kemudahan sedikit pada Bakal isteri saya nanti, Rumah sendiri senang nak hias kan. Awak suka Hias rumah tak?

Perempuan: "Mestilah saya suka, saya perempuan kan".

Dah-dah , takkan mengayat pon nak kena ajar semua.



* Pakai motor bukan dosa

* Kalau anda nak juga pakai kereta dulu , pakailah . Saya tidak menghalang pon sebab itu mungkin keperluan anda.

* Kewangan kita, kita aturkan sendiri
Yang senang kita, yang susah pon kita, maka pilihlah sendiri mana jalan yang anda berkenan.

Share jika bermanfaat ye, boleh ingatkan adik, sedara & rakan masing-masing . Yang bab mengayat tu kena buat personal coaching.


No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...