Pada hari Jumaat, iaitu 20 Februari 2015 yang lalu, kami sekeluarga telah makan angin bersama-sama di Pantai Morib, di Banting, Selangor.
Ini adalah kali pertama kami menjejaki kaki ke sini. Iyalah, orang Selangor kan... Kalau tak pernah berkunjung memang pelik la.
Kami bertolak selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Saujana Utama, kira-kira pada pukul 3 petang. Perjalanan kami dari Taman Saujana Utama ke Pantai Morib telah mengambil masa hampir 2 jam. Kami sempat menunaikan sembahyang Asar berjamaah di suatu surau sebelum beberapa minit lagi sampai di Pantai Morib.
Sesampai di Pantai Morib, wah! Kelihatan ramai manusia berkunjung dan bersiar-siar di sini.
Rupa-rupanya ada festival dekat sini. Kami berkunjung tepat pada waktunya. Rasa meriah sangat.
Bergambar di Dataran Pantai Morib
Kami tidak ketinggalan juga untuk menyewa peralatan buih gergasi.
Maha Suci Tuhan. Indah permai bumi kita, aman sentosa sejahtera, lihat sungai yang mengalir, deru ombak yang berdesir.... Inilah suasana di Pantai Morib ketika menjelang hampir senja....
Ayah, Adik Su, dan Acu
Sambil melihat matahari hampir terbenam, aku tidak henti-henti berdoa mudah-mudahan aku mencapai kejayaan dan mendapat graduate untuk semester ini. Kumengharapkan Tuhan sangat-sangat pada petang Jumaat yang mulia ini supaya dikabulkan doaku ini....
Selepas melihat terbenamnya matahari, lalu masuklah waktu Maghrib tanda bergantinya hari yang baharu
Terima kasih kepada adik-adikku yang gorgeous ini. Mudah-mudahan Allah berkati kita semua!
Yang dekat tengah tu, Dzulhilmi (Achik) baru berjaya menyambung pelajaran di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), selepas berjaya memperoleh 8A dalam PT3 di Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar baru-baru ini. Tahniah!
Tidak lupa juga kepada adik yang ala-ala sedang berkamera itu, Muhaimin (Angah) supaya berjaya dalam peperiksaan bulan 4 nanti, sama sepertiku, semester terakhir sebelum diterapkan ke Izajah Sarjana Muda pula. Belajar elok-elok di UM. Semoga berjaya! Insya Allah! Kita doakan sama-sama!
"Pengalamanku Mematangkan Kehidupanku!"
No comments:
Post a Comment