MALAYSIA

Friday, March 13, 2015

#5 HIKAYAT SUATU KELAHIRAN

Riuh rendah di luar. Ramai yang berkumpul hadir menunggu waktu yang dinanti-nantikan.


Tidak sabar. Ada yang berceloteh entah ke mana topiknya. Bergurau senda. Gelak tawa manusia kedengaran sehingga terawang-awang di ruang angkasa.

 

Di suatu tempat yang penuh berentuastika, seorang wanita muda tidak kurang juga debarannya. Keringat keluar menanti kedatangan seorang insan yang baharu. Kali ini, beliau pasti gembira.

 

Tetapi, sifat gembiranya tidak sama seperti kegembiraan di luar sana. "Puan, bersabarlah. Anak puan akan lahir dengan selamat, Insya Allah," ujar seorang jururawat.

 

Wanita ini memang mengharapkan sedemikian. Beliau tidak pernah berhenti berdoa mudah-mudahan Allah memberikan keselamatan kepada dirinya dan anaknya yang bakal lahir di dunia yang nyata.

 

Kemungkinan kali itu mereka kekurangan jururawat. Ramai yang ambil cuti sempena peristiwa menyambut sambutan tahun baru dan perasmian Dataran Bandaraya Johor Bahru, fikir si ibu sedemikian pula.

 

Namun, di hatinya dia yakin dirinya mampu menahan secebis keresahan, menggengam tabah di hati, dan mengorak lidah menyebut kalimah yang suci.

 

"Insya Allah, semoga segalanya berjalan dengan lancar," ujar si ibu. Jururawat itu hanya tersenyum manis.

 

Si ibu bermonolog dalaman teringin mahu lahirkannya sebelum pukul 12 pagi. Supaya lahir pada tahun 1993. Namun, kuasa Allah adalah segala-galanya. Jika Dia mengkehendaki sesuatu, Dia hanya katakan: Jadilah! Maka, sesuatu itu terjadilah.

 

Tidak sangka pada malam yang sama sungguh menggelikan hati melihat ada segelintir kakitangan hospital yang memohon untuk keluar sebentar turut serta bersama sambutan di kawasan berhampiran. Mereka terlalu asyik sehingga seakan-akan ada yang terlupa akan pesakit-pesakit yang ada.

 

12 pagi tepat. Masih tiada suatu tanda bayi untuk lahir. Bunga api dilepaskan. Bergetar. Bunyinya seolah-olah menyambut bayi yang bakal lahir.

 

Ramai yang bersorak gembira sambil mengucapkan selamat menyambut tahun baru sesama sendiri. Di dataran itu penuh dengan lautan insan yang leka dengan hiburan yang dihidangkan.

 

Namun, pasti di sebalik hiburan itu, ada yang Allah pilih untuk membangkitkan insan-insan pilihan menyahut seruan cinta Ilahi menunaikan solat Tahajud dan berqiamullail.

 

Dataran ini dikelilingi dengan Hotel Thistle di bahagian belakang dataran, Jalan Lingkaran Dalam di bahagian kanan dataran, Jalan Thompson di bahagian kiri dataran dan Jalan Skudai di bahagian hadapan dataran. Ia juga terletak berhadapan dan menghadap Selat Tebrau.

 

Di atas bumi, terdapat sebuah menara jam yang menerima pancaran matahari. Indahnya bumi ciptaan Tuhan. Semuanya Allah yang punya.

 

Akhirnya saat yang dinantikan. Lahirlah seorang anak yang jika diizinkan oleh Allah bakal menggegarkan dunia.

 

Anak itu selamat dilahirkan tepat pada hari Sabtu, pada pukul 2.54 pagi pada 1 Januari 1994 Masihi bersamaan 18 Rejab 1414 Hijriah. Pada saat orang ramai gembira menyambut kedatangan tahun baharu, pada malam itulah si ibu gembira menyambut insan pertama yang dilahirkannya di atas muka bumi.

 

Tertumpahlah darah bersama seorang bayi lelaki disambut beberapa orang jururawat dan seorang doktor sakit puan dengan teriakan seperti kelahiran bayi normal yang lain. "Tahniah puan. Puan mendapat anak lelaki yang sempurna sifat tubuh badan!" puji seorang jururawat.

 

"Alhamdulillah. Syukur!" sahut si ibu. Begitu juga si ayah membalas kegembiraan yang sekian lama menanti di luar wad.

 

"Pagi ini saya namakannya Ahmad 'Izzuddin." Sambil memuji Allah, terpancar sinar seorang insan berbudi yang baru bergelar ayah. Tidak lama kemudian setelah dimandikan, diazankannyalah dari lidah ayahnya di sebelah telinga kanannya, dan iqamah di sebelah telinga kirinya. Tanda ke-Islamannya dinobatkan.

 

************************************************************************************

 

Aku tidak mengetahui jika Izzuddin itu diambil daripada seorang insan yang hebat seperti Izzuddin Al-Qassam atau almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah. Apa-apapun, aku akan cuba sedaya upaya mencontohi insan-insan hebat seperti mereka. Kepada Allah kita berserah.

 

Demikianlah kenangan ketika jasadku dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, (HSA). Kini (25 Oktober 2016), tergempar berita kebakaran di ICU hospital tersebut pula. Enam maut, 4 perempuan dan dua lelaki. Sebagai insan biasa, pasti tempat keramat ini akan lebih terkesan terhadap mereka yang ada kaitan dengannya.
Salam takziah untuk keluarga mangsa. Semoga roh mereka dirahmati dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

 

Allahummaghfirlahum warhamhum wa`afihim wa`fu `anhum, wa akrim nuzulahum, wawassi` mudkholahum, wa aghtsilhum bil ma'i wats tsalji wal barod, wanaqqihim minadz dzunubi wal khothoya kama yunaqqats tsaubul abyadhu minad danas... wa abdilhum daron khoiron min duwarihim, wa azwajan khoron min azwajihim, wa ahlan khoiron min ahlihim, birohmatika ya arhamar rohimin....

:'(




Terima kasih ummi... kerana telah mengandungkan, telah melahirkan, dan telah menyusukan saya. Terima kasih ummi dan abi kerana telah mendidik saya. Saya lemah keranamu. Hari ini saya hebat juga keranamu berdua.

ABI! UMMI! THANKS FOR EVERYTHING! YOU BOTH WILL BE ALWAYS THE NUMBER ONE FOR ME!



YA ALLAH! FORGIVE ME AND FORGIVE MY ABI AND UMMI. PLEASE GIVE YOUR MERCY UPON THEM DUE TO WHAT THEY HAVE GIVEN THEIR NURTURING UPON ME WHEN I WAS A BABY! AAMEEN...


"PENGALAMANKU MEMATANGKAN KEHIDUPANKU!" 

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...