MALAYSIA

Tuesday, March 31, 2015

#8 IKTIBAR DI SEBUAH R & R

Pada suatu hari, aku bersama seorang sahabat yang bernama Hisyam (bukan nama sebenar) pergi ke Penang. Hanya satu tujuan iaitu mahu berjumpa seorang pengesah insurans bersama kawanku, Muhammad (bukan nama sebenar) yang terlibat sekali dengan kemalangan akhir tahun 2012 yang lalu, salah satu kisah sedih dalam hidupku. Itu kisah mengenai insurans daripada mahkamah. Mungkin lain masa aku akan berbicara mengenainya. Sesampai di Penang, kawan aku Muhammad ini call aku. Dia kata tak dapat nak jumpa beralasan seolah-olah berjumpa dengan pengesah insurans pada hari itu suatu perkara yang kecil. Dia pun minta maaf dan akan setkan masa lain bila kami boleh berjumpa. You know what, he has taken something for granted. Aku geram dan dalam masa yang sama, kecewalah apa lagi. Ingat murah ke harga minyak. Datang dari Merbok sampai ke Penang selama satu jam, lebih kurang 80 km. Tak dapat jumpa... Tension aku. Namun aku redha. Selepas itu, kami rancang benda lain. Apa ye yang boleh buat kat Penang ni???

Hisyam tak berfikir panjang. Dalam otaknya hanya ada satu matlamat. Iaitu Yes Diamond! AmWay bersama impian naik kapal tahun 2016 nanti (siapa-siapa yang jadi pengedar AmWay dia faham la). Kami bersetuju untuk sama-sama mahu ke kedai AmWay di Juru. Lagipun, aku memang ada hajat mahu membeli sesuatu di sana. Sampai di sana, aku sungguh terpegun melihat kedainya yang begitu besar. Tidak seperti di Alor Star, kedai di Penang ini agak lebih besar sedikit, malah kedainya berdua tingkat. Pada tingkat atasnya ialah tempat untuk bersembang dan bersantai, khusus untuk ahli pengedar AmWay untuk beramah mesra dengan pelanggan masing-masing. Suasana agak menceriakan. Tahniah AmWay!

Kemudian aku dapat berkenalan dengan seorang yang sudah menggapai 21%. Aku diperkenalkan oleh sahabat yang bersamaku ini. Aku melihat cara dia berinteraksi, cara dia mendengar masalah aku, dan caranya menjawab sambil menunjukkan produk tertentu. Setiap kata-kata yang dikeluarkannya sudah membuktikan siapa dia. Dia sudah berkahwin. Berusia 30-an. Well, she is nice. Aku pun berkata kepada beliau bahawa saya ingin mengurangkan masalah rabun saya. Dia menunjukkan satu produk yang mana baik untuk ingatan dan mata. Bagus terutamanya untuk para hafiz hafizah dan student seperti aku. Namanya M-Plus, ada 60 biji, sebotol berharga RM113. Mmmm... Memang tak cukuplah nak beli. Aku still seorang pelajar yang bakal menjadi akauntan kaya yang pemurah. Namun, aku tidak datang dengan sia-sia. Double X. Bayar dengan harga ahli. Ini kali pertama kumembelinya. Kerana kata upline aku, makan multicarotene sahaja tak cukup. 

Aku tak boleh cerita panjang kat sini kerana ini bukan medannya untuk aku mencerita kelebihan-kelebihan produk-produk Nutrilite di bawah AmWay ini. Hal ini kerana AmWay tidak membenarkan pengedarnya membuat iklan selain melalui lidah sahaja. Sebab itu korang tak akan jumpa di mana2 iklan mengenai produk-produk AmWay yang hebat ini yang mana sudah pun bertahan lebih 80 tahun di dunia.

Beberapa minit kemudian setelah so-called window shopping dan membeli barang-barang hajat kami, kami pun balik. Dalam perjalanan balik ke Merbok, kami mengambil keputusan untuk solat Zohor di suatu R&R. Di R&R itulah permulaan point yang sebenar aku ingin cerita kat anda semua. Hayatilah kisah ini....




Kisahnya bermula apabila kami tiba di suatu R&R.

Setiba di R&R, kami terus ke suatu gazebo. Sebelum menunaikan solat zohor, kami ingin menjamu selera dahulu yang sudah kami beli bungkus pagi tadi. Sambil makan di situ, kami ternampak seorang saudara yang lebih tua daripadaku berbangsa India. Dia adalah seorang pekerja 'cleaner' di R&R tersebut.

Sambil menjamu selera, aku yang masih memerhati abang itu berasa sedikit kasihan kepadanya. Di sisi kami ada lebihan bungkusan makanan yang kami bawa. Tanpa berfikir panjang, kami bersetuju untuk memberikan sebungkus lagi kepadanya. 

"Abang, ini makanan lebihan yang kami ada. Ambillah abang untuk jadi bekalan abang lepas ini," pinta aku dengan penuh beradab.

"Baiklah. Terima kasih."

Alhamdulillah! Ketika itu hatiku berasa terlalu gembira kerana dapat membantu seorang makhluk yang bergelar insan. Sebuah sudu dan sebotol air minuman juga tidak aku lupakan untuk kuberikan kepadanya. Lalu, dia tidak teragak-agak untuk terus membuka bungkusan itu dan terus menjamahnya dengan penuh cermat.

Namun, kami perlu segera menunaikan sembahyang Zohor dahulu. Selepas selesai menunaikan sembahyang Zohor berjamaah, aku terus menghadap abang ini semula.

"Sila makan," jemputnya kepadaku. Aku hanya tersenyum dan mengatakan aku dan kawan sudah selesai makan tadi. Tanpa mengecilkan hatinya, aku terus membuka bicara permulaan.

"Abang dah lama ke kerja kat sini?"

"Ya. Saya sudah itu tak sampai satu tahun" jawabnya.

Dia menyambung perbicaraan. "Ini tempat saya berkerja, ini juga tempat kasi saya tidur."

Pernyataannya menimbulkan tanda tanya di benak fikiranku.

"Abang tidur di sini? Abang tiada rumahkah?"

"Abang dulu ada rumah. Di exit pertama highway ke arah sana. Saya kena kejar oleh saya punya abang sendiri. Saya punya abang benci sama saya. Saya punya isteri juga benci sama saya," jawapan itu mula menggetarkan hatiku.

Apakah yang menyebabkan abang kandungnya membenci dirinya? Apakah juga yang menyebabkan isterinya membencinya? Satu demi satu soalan timbul dalam benak fikiranku.

Dia menyambung, "Sebab saya jadi Muslim, saya punya abang dan geng-geng dia ugut sama saya untuk keluar Islam. Ini tangan dan kaki saya kena pukul sama geng-geng dia."

Masya Allah, aku sungguh rasa terkejut dengan apa yang dengar. Rupa-rupanya dia ini orang Islam. Kalau aku tahu tadi aku beri salam dulu. Dia kemudian menunjukkan bukti beberapa kesan daripada tetakan parang. Masya Allah, Allah Maha Besar. Sungguh, insan ini diuji dengan berat dalam mempertahankan akidah yang benar. Aku mula tertagih simpati.

"Saya cari itu polis untuk buat report. Saya rasa takut. Ini reportnya." Dia menunjukkan salinan report yang dibuat kepada pihak polis yang masih tersimpan elok di dalam beg duitnya. Lalu, aku menanyakannya, apakah tindakan polis setelah aduan dibuat?? Jawabnya, pihak polis telah membantunya membuat kad pengenalan yang baru tanpa sebarang bayaran, kerana kad pengenalannya hilang dicuri oleh abangnya. Alhamdulillah, ini memuaskan hatiku. Aku lebih suka jika pihak polis tidak melakukan tindakan ini, iaitu membawanya ke R&R sebagai tempat perlindungan daripada serangan abangnya and the geng!

"Hampir setiap malam, polis akan meronda di sini untuk memastikan saya selamat."

"Lagi itu sahajakah pihak polis lakukan?? Ada lagi bantuan selain itu??"

"Pihak polis hantar saya ke sini minta saya bekerja di sini untuk cari makan minum saya."

"Cukupkah? Berapa ringgit sehari dapat?"

"Mana cukup. Sehari dalam RM3 sahaja."

Bayangkan, sehari RM3. Beli untuk makan nasi dan seekor ikan serta sebotol air minuman dalam sehari pun tidak cukup. Lebih mengharukan diriku, kadang-kadang air paip menjadi air minumannya seharian. Masya Allah, dia sudah berada di R&R ini lebih sebulan. Rezeki Allah itu luas. Namun, tiada ada seorang manusia lain pun yang prihatin tentangnya. Adakah sebab dia seorang pekerja mengutip sampah dan pencuci tandas, lalu dibiarkan tanpa sebarang pengambilberatan? Di manakah nilai ke-Islaman kita dalam membantu sesama insan yang kekurangan? Soalan ini juga membuatkan diriku insaf, sedangkan aku juga masih tidak mampu untuk membantunya. Aku masih seorang pelajar di bawah tanggungan ibu bapaku yang sedang menunggang motosikal bersama seorang sahabatku ini untuk pulang ke UiTM di Merbok yang jauhnya lagi lebih kurang 30km.

Aku masih mendengar ceritanya berkenaan isterinya pula. Dia mengatakan isterinya cuba untuk melarikan diri daripada rumah. Abang ini telah kehilangan dua orang anaknya, iaitu anak keduanya dan ketiganya akibat termakan racun yang telah dibubuh oleh isterinya. Isterinya tidak menyukai semua anaknya memasuki agama yang suci ini, agama Islam. Innalillah...  Sungguh hebat cubaan yang dikenakan terhadap hamba Allah ini. Baru muallaf, ujian dikenakan bagai ditimpa tangga setelah jatuh daripadanya. Aku merasakan hamba Allah pasti akan menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti.

"Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, anak sulong abang masih hidup. Walaupun dia juga sedang menyembunyikan diri, insya Allah, dia pasti akan menemui abang suatu hari nanti. Ujian Allah menaikkan darjat seseorang itu di sisi-Nya. Saya yakin Allah tidak sia-siakan perjuangan abang mempertahankan akidah yang benar ini. Saya yakin, Allah ada sesuatu balasan yang lebih baik untuk abang."

Dia tersenyum dengan harapanku ini. Lalu, aku teruskan bicaraku untuk membantunya, walaupun sekadar cadangan, namun aku mengharap dapat membantunya.

"Abang, saya rasa sambil menyelam minum air, lebih baik abang cari kerja lain. Buat interview di stesen minyak, Jadi pencuci tandas di stesen minyak pun kira okay dah. Lebih tinggi gajinya daripada di sini. Saya tak sampai hati abang terus hidup dalam keadaan begini."

"Ya, saya sudah buat interview di stesen minyak Shell seberang sana. Ada juga pernah minta kerja di suatu ofis kawan saya di sebuah taman sana. Insya Allah dua minggu lagi akan dapat keputusannya."

Alhamdulillah, rupa-rupanya sangkaanku salah yang mengetengahkan dia hanya mengharapkan pihak polis membantunya. Rupa-rupanya dia mampu berdikari untuk teruskan kehidupan dalam mencari rezeki yang halal dan lebih baik. Aku tidak menyangka, Allah itu Maha Adil. Sambil bekerja di R&R ini, dia juga tidak ketinggalan dalam usaha menambahkan ilmu pengetahuan agama di dadanya. Kami mula bertambah mesra antara satu sama lain apabila pembicaraan mengenai agama terterbit. Apabila ditanya sesuatu yang musykil tentang yang berkaitan apa yang dia pelajari baru-baru ini, aku cuba untuk membantu menjawabnya. Dia sekarang baru belajar membaca al-Quran, jadi ada juga aku membantunya membaca beberapa ayat al-Quran yang cuba dihafalnya. Masya Allah. Sungguh Allah menjaganya.

Air mataku hampir mengalir melihat kesungguhannya dalam mencari ilmu pengetahuan. Tempat dia belajar ilmu al-Quran bukannya dekat. Dia sanggup berjalan kaki dari R&R ini ke pusat pengajian seorang ustaz sepanjang hampir 3km. Setiap langkah menuju ke tempat pengajian kerana Allah akan dihapuskan satu dosa dan ditingkatkan satu darjat. Dalam satu hadis riwayat bukhari ada mengatakan, barangsiapa yang berusaha dalam perjalanan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkannya jalan ke Syurga. Aku rasa gembira dapat bertemu dengan orang sepertinya. Aku mendoakan semoga Allah sentiasa memeliharanya.

Sebelum berpisah, aku berpesan kepadanya, supaya setiap kali selepas menunaikan sembahyang, selalulah membaca ayat kursi dan berselawat 10 kali, mudah-mudahan Allah sentiasa memeliharanya dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah, dia juga gembira dapat menerima ilmu ini. Dia tidak teragak-agak untuk berusaha mengamalkannya selepas ini. Insya Allah. Lalu, aku mengejutkan sahabatku yang sedang terlena sejak selepas bersembahyang tadi. Aku meninggalkan kepada abang India Muslim yang hebat ini satu selawat dalam satu salinan, sehelai RM10 sebagai bekalan dalam perjalanan, dan seuntai nombor panggilanku jika ada apa-apa masalah. Cewah, aku seumpama hero pula. Namun, yang penting aku sudah mengikat tali persahabatan dengannya. Itu yang penting. Mudah-mudahan Allah mengizinkan aku untuk bertemu dengannya kembali. Tamat sudah kisahnya.

Lihatlah wahai sahabat2ku sekalian, bagaimana seorang insan yang baru memeluk agama Islam, namun terus diuji oleh Allah dengan beberapa tamparan yang hebat sehingga diugut bunuh jika tidak meninggalkan agama Islam dan kembali kepada agama asal. Lihatlah juga, adakah kita mahu berterusan bersikap endah tak endah terhadap orang yang kekurangan di sekeliling kita? Mahukah kita melihat orang yang kesusahan murtad disebabkan ramainya ummat Islam yang tidak membantu saudara se-Islamnya tanpa membezakan warna kulit dan perbezaan kasta?? Adakah kita buta mengenai ini bahawa gerakan Kristian sedang mencari-cari serta berlumba-lumba untuk membantu mereka yang kesusahan dengan memberikan kepada mereka bantuan daripada segi kewangan dan hal peribadi? Akhlak ini jika berterusan sudah tentu akan memberikan kesan di hati mereka untuk memeluk agama Kristian daripada Islam.

Sedarlah, tanggungjawab kita dalam menyebarkan Islam bukan sekadar di laman Blogger, atau di laman Facebook, namun kita mempunyai tugas yang lebih besar daripada itu semua. Tidak semua manusia mendapat kekuatan untuk istiqamah dalam menempuh segala cubaan dan halangan dalam berdakwah di jalan-Nya. Berdiri sesaat di jalan Allah lebih baik daripada beribadah di malam Lailatul Qadar. Jom kita ubah persepsi kita terhadap manusia di sekeliling kita. Bantulah mereka jika kita melihat mereka lebih kurang keduniaannya berbanding kita. Sumbangan kita walaupun sedikit, tetapi sangat besar di sisi Allah sebagai bukti tanda syukur kita kepada Allah SWT. Jika kita bersyukur, Allah akan menambahkannya. Jika kita kufur, azab Allah sedang menanti. Okay? Jadi, jom kita bersedekah banyak2 mulai sekarang! What we give, we will get more! Insya Allah... :') 

"Pengalamanku Mematangkan Kehidupanku!"

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...