MALAYSIA

Thursday, March 12, 2015

#4 NENEK!


Dulu pada tahun 2008
Allah telah uji akan kehilangan seorang insan yang amat istimewa bagiku
Dialah tempat aku bermanja tatkala tidak ada tempat untuk aku bermanja
Dialah yang selalu menghiburkan hatiku tiap2 kali aku rasa gelisah
Aku terasa seperti bersama orang ramai setiap kali aku bersama dengannya seorang
Dia sangat unik
Bagiku dia seperti seorang pendidik yang datang dari langit
Mendidikku sejak aku bayi sehingga aku meningkat awal remaja
Dialah yang pernah menyuapkan aku beberapa suap nasi ke dalam mulutku ketika aku sedang leka bermain permainan video
Dia selalu menolong mengemas bilikku, melipat kain bajuku, membasuh pinggan cawanku selepas aku makan walaupun aku sudahpun terbiasa untuk membasuhnya sendiri
Tapi, dia memintaku dengan penuh kasih untuk menolong membasuhnya
Walaupun aku tahu, dia tidak sepatutnya mengambil pinggan cawanku kerana aku lebih suka berdikari, namun kemungkinan kerana keikhlasannya dan kasih yang dicurahkan mengatasi kesepaduan akhlak dan keberdikarian dalam diriku
Salah satu sifatnya, dia selalu membelanjaku
Dari kecil seperti budak-budak lain, setiap keinginanku mudah tertunai
Dan aku tahu apa2 yang aku minta tidak akan kuminta sesuatu yang menyusahkannya
Sifat pemurahnya itu melebihi sifat pemurah yang lain yang aku kenali
Dan yang lebih aku gembira sejak aku lebih mendekatinya
Dia seorang yang berpegang kuat pada agama
Sangat mencintai kuliah agama dan seringkali tidak ketinggalan untuk mendengar kuliah mingguan
Terutamanya kuliah mingguan di kaca TV seperti al-Kuliyyah TV3, al-Hidayah TV3, Bicara Mufti TV1 dan lain2
Penceramah yang dia paling gemari ialah Ustazah Siti Nor Bahyah binti Mahamood
Sejak aku melihat perwatakannya sebegini, aku semakin tertarik untuk sentiasa mencintai ilmu agama
Malah, aku rasa sangat seronok dapat melihat orang seperti dia yang sangat rajin beribadah
Dia tidak pernah tertinggal menunaikan sembahyang sunat rawatib dan tahajjud selama aku bersamanya
Kehadirannya banyak memberikan inspirasi dan kekuatan untuk aku beramal di atas jalan bagaimana dia beramal
Memanggilnya sahaja sentiasa menghiburkan hatiku yang lara
Dialah orang pertama mengajarkanku syair keinsafan kepadaku
Dialah orang pertama yang memperkenalkan aku selawat subuh
Dialah orang pertama yang mengajakku untuk selalu berzikir setiap hari, terutamanya zikir al-Imam Ghazali
Dialah orang pertama yang dapat aku rasakan suatu kasih sayang sebenar seolah-olah jika aku membaca kisah2 akhlak mulia Nabi Muhammad SAW, pasti peribadinya akan kubayangi
Oleh sebab itu, aku akan cuba sedaya upaya supaya tidak akan menyakiti hatinya walaupun aku tahu aku sangat nakal sewaktu aku kecil dahulu
Aku pernah juga membuatkan dia mengalir air matanya yang aku kira ada rasa kecewa atas kesalahanku
Namun, dia tidak pernah menunjukkan rasa benci kepadaku, tidak ada sedikitpun rasa dendam di hatinya
Malah, setiap kenakalanku dia balas dengan kebaikan
Namun, entah kenapa setiap kali aku sedar akan jasanya, selalu juga aku lupakan semua itu sehingga aku tidak memahami untuk menghargai jasanya itu
Namun, tiap2 kali dia tidak ada di rumah, aku rasa begitu sunyi, aku terasa sangat sunyi
Tiap2 kali aku melihat katil yang dia selalu dia baring sambil berzikir, aku terasa seolah-olah dia masih ada di atas katil itu
Dan setiap kata-katanya tertuamanya syair keinsafannya yang selalu dia dendangkan setiap kali aku di sisinya terngiang-ngiang di ruangan telingaku
Oh, alangkah indahnya aku dapat berdamping dengannya, aku berasa sangat senang dengannya sebenarnya!
Setelah hampir setahun tidak dapat bertentang mata, beliau menelefon ibuku untuk bertanya khabar
Dan kemudian telefon bimbit ibuku dapat aku genggam untuk menyahut hasratnya untuk bercakap denganku pula
Lalu, perkataan 'Nenek!' dapat juga aku sebut yang sekian aku menunggu untuk menyebutnya di hadapannya
Kali ini aku dapat melepaskan rinduku
Dan diakhiri kata-kataku dengan ucapan selamat berpuasa!
Kerana esok adalah hari pertama berpuasa Ramadhan pada tahun itu
Setelah 6 hari kemudian, aku mendapat suatu khabar berita daripada ibuku
Nenekku menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah pak cikku di Kundasang, Sabah
Aku seolah-olah seperti tidak percaya akan kehadiran berita yang disampaikan ke telingaku
Masa berlalu begitu pantas
Aku sudah terlalu lama menunggunya supaya beliau dapat duduk bersama di dalam rumahku sekeluarga semula
Aku nak tunjukkan satu buku buatan diriku sendiri apabila aku dapat bertemu dengannya semula
Buku yang berkandungkan susunan bacaan-bacaan harian yang fadhilatnya pasti dengan izin Allah akan diampunkan segala dosa dan hati akan disucikan seperti bayi yang baru keluar dari rahim ibunya
 Dulu aku selalu beramal dengan zikir2 itu, namun aku sudah terlupa kerana jarang baca juga tatkala aku masih ada bersamanya
Namun, selawat subuh yang panjangnya satu muka aku ingat sehingga sekarang
Dan aku tidak akan meninggalkan amalan itu
Air mataku terus mengalir dalam keadaan keseorangan membayangkan nasibku
Nasibku yang tidak ada lagi tempat aku bermanja
Tidak ada lagi orang yang sentiasa memberikan aku kekuatan untuk selalu beribadah kepada Allah
Tidak ada lagi kekuatan untuk aku sentiasa mendengar ceramah mingguan di TV bersama
Tidak ada lagi kekuatan untuk aku mendendangkan syair keinsafan dan zikir2 yang nenek pernah alunkan di telingaku
Apakah Tuhan tidak sedar betapa aku masih memerlukan kasih sayang beliau?
Apakah Tuhan tidak sedar betapa lemahnya aku apabila aku kehilangannya?
Hampir setahun aku menunggu kepulangannya, namun aku hanya berkesempatan mendengar suaranya buat kali terakhir di saluran telefon 6 hari sebelum pemergiannya
Jenazahnya dibawa pulang ke kampung sebelah ibuku di Masai, Johor
Sesampai di rumah nenekku itu, aku mencari-cari jenazahnya mudah-mudahan rinduku dapat dilepaskan
Alhamdulillah, aku dapat juga melihat wajahnya semula, tetapi kali ini, hanya pandangan daripada sebelah pihak sahaja
Nenek sudah pergi buat selama-lamanya
Aku mencium dahinya yang sejuk buat kali terakhir, aku mengharap dia tahu akulah yang mencium dahinya itu
Aku menahan sebak, namun air mata tetap memaksa dirinya sehingga mengalir dengan deras
Aku tidak henti-henti menangis, tersendu-sendu
Tatkala hendak mengangkat takbiratul ihram memulakan sembahyang jenazah, hampir-hampir aku tidak dapat menyebutnya dengan sempurna
Begitu juga apabila aku hendak membaca al-Fatihah, selawat, doa untuknya dan untuk kaum muslimin
Air mata terus mengalir sehingga aku mengiringi ke liang lahadnya
Tiada keluar sekalimahpun melainkan tangisan pilu dan sedutan lembut hingusan
Air mataku tidak dapat tertahan, ia terus mengalir sambil melihat jenazah nenek dikebumikan di perkuburan Islam Taman Masai, Johor
Air mata terus mengalir setelah itu sehingga aku terlena di dalam kereta bersama keluarga untuk pulang kembali ke kampung halaman di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor
Kali ini, tiap-tiap kali aku melihat katilmu di bilik, air mataku mengalir
Tiap-tiap kali aku ingin memulakan selawat Subuh selepas menunaikan sembahyang Subuh, aku teralirkan air mataku juga, aku tidak dapat menahannya
Sungguh pilu hatiku, aku kehilangan seorang insan yang paling aku rapat dan kasihi seumur hidupku sewaktu itu
Jasa dan pengorbananmu tidak akan aku lupai
Aku sering doakan kesejahteraanmu di sana dan aku harap engkau memaafkan segala kenakalanku sebelum kita berpisah dulu
Walaupun begitu pilu aku tidak dapat mengucapkan kata-kata kemaafan daripada diriku sendiri
Tahajjudmu akan terus menjadi inspirasi buatku mudah2an aku juga tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang selalu merindui kepada Tuhannya di malam hari
Kasih sayang yang dicurahkan olehmu akan terus menjadi kenangan, panduan, dan ingatan buatku sepanjang zaman
Budimu tidak terbalas kerana aku tahu engkau juga antara insan yang pernah menjagaku sewaktu aku kecil dahulu dan terus mendidikku sehingga ke peringkat awal remajaku
Tarikh keramat 7 September 2008 bersamaan 7 Ramadan 1429 pada hari Ahad akan terus kukenangi
Setiap amalan yang pernah engkau ajarkan kepadaku akan terus aku amalkan bersama kekuatan dan izin daripada Allah
Mudah2an dapat dihadiahkan pahalanya berterusan kepadamu di alam sana
Amiin... Al-Fatihah kepada allahyarham nenendaku tercinta, Hajjah Salmi binti Hj. Harun @ Askandar (08.06.1943 - 07.09.2008)...


Ziarahi pusara nenendaku yang kurindui pada hari Raya Eidul Fitri 1435H yang lalu.


Tidak lupa juga untuk menziarahi pusara nenda, Hj. Mohamed Dawood bin Hj. Idris (11.11.1936 - 31.08.1992) yang berhampiran dengan pusara nenenda. Nenda telah meninggal dunia sebelum hari keputeraanku ke dunia fana ini,

Al-Fatihah untuk mereka berdua. Damailah Jaddi dan Jaddati di sana! Amiin... :')

"PENGALAMANKU MEMATANGKAN KEHIDUPANKU!"

1 comment:

Muhaimin Safaruddin said...

Mengalir air mata membaca kisah ini. In syaa Allah, semoga menjadi inspirasi buat semua yang menatapnya.

Ralat: Bukan 6 September 2008 (6 Ramadan 1429), tapi 7 September 2008 (7 Ramadan 1429) bersamaan hari Ahad.

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...