MALAYSIA

Monday, March 10, 2014

#2 SEKADAR PERINGATAN

"Assalamualaikum warahmatullah... Assalamualaikum warahmatullah..." Lalu, selesailah solat Maghrib berjemaahku di Surau al-Hidayah ini. Alunan zikir berkumandang halus di halwa telingaku. Bermula dengan zikir istighfar, doa Sayyidatina Khadijah r.ha sehinggalah kepada tasbih, tahmid, dan takbir yg 33 kali.

"Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh! In Sya Allah. Selepas solat sunat maghrib, ada kuliah yang akan disampaikan oleh ustaz Hisyamuddin. Jadi, diharap semua jemaah dapat meluangkan masa dan mengambil bahagian!" umum Haji Omar C. P. Veeraju sehingga aku terkejut sedikit sebab dia beri salam dengan nada yang tinggi secara tiba-tiba. Haji Omar ini kan garang... Ramai kanak-kanak gentar dan hormat padanya. Tidak hairanlah jika nama Islamnya Omar!


Selesai kami menunaikan solat sunat, diikuti Al-Fadhil ustaz untuk bersedia memberikan kuliah mengenai tafsir al-Quran. Selangkah demi selangkah beliau bergerak bangkit dari duduk tawarruk ke arah podium penceramah. Lalu, ramai antara kami mula menutup bicara. Membuka selebar perhatian dan etika yang selayaknya sebagai si penuntut wadah ilmu daripada seorang insan yang sudah pastinya akan mengeluarkan kata-kata hikmah yang pada hakikatnya adalah ilham dan seruan daripada Allah SWT. Maha Suci Tuhan! Keadaan menjadi semakin tenang. Hatiku ini terasa terbangkit semangat untuk mencari ilmu yang sedang disaji di hadapan mata.




Dimulai dengan ucapan salam. Lalu, masa yang bergerak memberi selingan sebentar. Diikuti ucapan tahmid... Selawat ke atas nabi... Doa penerang hati... Petikan ayat surah ar-Rahman ayat 1-4... dan sedikit kata-kata aluan.... Begitulah kebiasaan al-Fadhil ustaz Hisyamuddin dalam setiap kali kuliah beliau. Setiap butiran kata-katanya sungguh teliti dengan penuh kelembutan dan kejiwaan. Satu demi satu ayat-ayat yang disebutnya membuatkan aku terasa semakin menjiwai roh Islam dalam diriku. 



Kuliah pun berjalan sehinggalah ke akhirnya. Namun, aku bukanlah seorang yang memiliki otak seperti komputer yang boleh simpan semua maklumat. Ini bukan cerita semalam. Bukan cerita fantasi. Bukan cerita auta. Yang faktanya, ini cerita berlaku lebih kurang pada tahun 2011. Pada waktu itu aku tidak bawa buku catatan untuk tulis semua isi yang diucapkannya. Namun, aku hanya mampu untuk berkongsi satu hadis, yang mana isi yang ada dalam hadis ini ada juga pada hadis-hadis lain yang berlainan sanadnya dan perawinya. Setiap hadis yang ditunjukkan oleh al-Fadhil ustaz itu memberikan aku suatu ilmu baharu. Antara hadis itu ialah seperti di bawah: -

Daripada Abu Bakar r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah kalian jika kuberitahu tentang dosa paling besar antara dosa-dosa paling besar?” kami menjawab ” sudah tentu wahai Rasulullah.” lalu sambil berbaring beliau SAW bersabda: “Pertama, syirik kepada Allah, lalu derhaka kepada ibu bapa…” lalu tiba-tiba Rasulullah duduk tegak dan bersabda: “yang ketiga sumpah palsu dan saksi palsu. “Rasulullah terus mengulang-ulang yang ketiga ini sampai para sahabat gementar dan berkata: “seandainya Rasulullah diam” kerana takutnya para sahabat mendengarkan kata sumpah dan saksi palsu yang diulang terus menerus oleh Rasulullah.” (H.R. Bukhari Muslim). 

1) SYIRIK KEPADA ALLAH. Jelas untuk aku, termasuklah syirik khafi dan syirik jali.
2) DERHAKA KEPADA IBU BAPA. Yes, ini juga aku jelas. Apatah lagi berbuat baik kepada ibu bapa antara amalan yang paling baik di sisi Allah selepas menunaikan solat di awal waktu dan sebelum berjihad di jalan Allah.
........
tetapi yang ketiga ini merupakan ilmu baharu yang aku dapat pada malam itu. Jeng jeng jeng... Jangan terkejut kalau jawapannya adalah 3) SUMPAH PALSU DAN SAKSI PALSU.

Bukan satu hadis je, banyak lagi perawi dan sanad lain yang mana jawapan Nabi lebih kurang sama. Nak cerita betapa besarnya dosa seorang yang memberi sumpah palsu dan saksi palsu. Wal `iyadzu billah...

Terus terbayang di fikiranku, cerita tentang DS Anwar Ibrahim. Uissh, teruk beliau dikenakan oleh pihak kerajaan. Beliau dituduh telah meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, bekas kakitangan beliau sendiri. Namun, pelbagai cerita di sebaliknya, aku sendiri pening kepala... (Aku tak mau nak cerita kat sini. Korang boleh baca di mana-mana sumber, kerana di sini bukanlah medannya untuk aku ceritakan). Namun, adakah betul beliau seperti yang dituduh??? Apakah sumpah yang diangkat oleh bekas kakitangan beliau itu benar dan diredai Allah??? Kalau salah, tidak takutkah kepada azab Allah yang bakal dikenakan di Akhirat kelak??? Berapa ramai orang di luar sana berasa aman mengangkat sumpah palsu di hadapan Allah! Berapa ramai orang di luar sana tergamak melakukan kezaliman ke atas saudara se-Islamnya sendiri! Aku kembali merenung. Mudah-mudahan Allah menyingkap segala kezaliman yang tersirat. Yang benar pasti tersingkap dan yang palsu pasti akan lenyap. Allahuakbar!

Demikianlah sekadar sedikit peringatan daripada diri yang hina ini. Mudah-mudahan menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua...


"PENGALAMANKU MEWARNAI KEMATANGANKU!"

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...