Hidup di dunia tidak lama.
Namun, biarlah hati ini dipenuhi dengan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Alhamdulillah, kerana aku masih dikurniakan rezeki dan nikmat betapa manisnya di hati ini merindui Baginda. Tambah-tambah lagi apabila terdengar alunan damai dan deruman qasidah dan selawat yang mengasyikkan. Namun, hatiku masih kebimbangan jika Allah akan tarik nikmat ini dari hati ini. Namun aku selalu ingin berharap pada Tuhan mudah-mudahan Allah tetapkan hati ini sehingga akhir hayatku. Mudah-mudahan begitu juga kepada sekalian umat terutamanya yang berada di sekelilingku. Ya Rasulullah... Aku sesungguhnya amat merinduimu...!".
Terima kasih guruku yang mulia, ustaz Neezam al Banjari Allahuyahfazhuk dan warga Maahad Tahfiz Ibnu Sina atas qasidah ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Allah dan Rasul sayang kita.
No comments:
Post a Comment