MALAYSIA

Thursday, November 4, 2021

#48 SYURGA

Pada 10 Disember 2017 yang lalu, saya mengunjungi Kuala Lumpur (KL) secara solo dengan menunggang motosikal peribadi kesayangan saya (Honda Wave Dash warna oren sejak tahun 2011 dibeli oleh ayah saya atas penama saya sendiri). Saya menghadiri ekspodisi atau pameran Projek River of Life ketika itu.

Saya boleh merasai aura Perdana Menteri Malaysia ketika itu, iaitu Dato' Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak. Bayangkan, zaman beliau, banyak transformasi pengangkutan bertambah baik. Jambatan Pulau Pinang Kedua, TBS (menggantikan Puduraya), MRT, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), dan beberapa cadangan lain belum mula seperti Lebuhraya Borneo Utara (Pan Borneo Highways) dan ERL. Bayangkan juga, bukan setakat di daratan. Malah, sungai-sungai juga diambil kira.


Antara yang menjadi perhatian utama zaman kegemilangan beliau ialah Projek River of Life mengkhususkan pemulihan dan rejuvenasi Sungai Kelang yang panjangnya 120km dari Gombak, masuk ke KL sampai ke pelabuhan Selat Melaka. Panjang beb! Kalau naik bot dari hulu ke hilir boleh buat solat jamak dan qasar beb. Padanlah Selangor, KL dan Putrajaya digelar Lembah Klang. Sekarang, hasil usaha sama pihak berkuasa Selangor dan Kuala Lumpur, Sungai Kelang sudah semakin bersih.


Cuba kalian tonton video di bawah. Anda nilai sendiri dan bandingkan gambar saya di atas pada tahun 2017 yang masih ada keruh-keruh sikit dengan yang sekarang sudah semakin jelas. Saya yakin dan pernah kali terakhir datang ke sini tahun 2020 ketika membuat Grab, bau-bau busuk yang selama ini pernah dihadapi penduduk berhampiran sudah tidak ada lagi. Cubalah tonton dan hayatilah suasananya!

Indah nian bukan? Sudah pasti akan menarik lebih ramai lagi pengunjung pada masa akan datang termasuk pelancong dari luar negara. Bayangkan, jika ditambah lagi hiasan pokok bunga dan rumput-rumput yang dijaga, sudah pasti boleh dijadikan tempat rekreasi dan aktiviti perkhemahan (camping). Menarik juga jika ditambah aktiviti berkayak dan berkanu di sini bukan? Wah, pasti semakin indah mempesona!

Antara satu lagu nasyid Kumpulan Mirwana gandingan adik Shahidan yang saya hafal, tajuknya Indah Bumi Kita. Cuba hayati lagu itu:

Indah permai bumi kita,
Aman sentosa sejahtera,
Lihat sungai yang mengalir,
Deru ombak yang berdesir.

Hijaunya nusantara,
Menyegar pandangan mata,
Damai suasana,
Ciptaan Allah Maha Esa.

Tetapi oh mengapa ada saja balanya?
Cemari bumi ini, indahnya dikotori.

Oleh itu hai kawan...!
Bersama kita pastikan...,
Keindahan bumi tak lagi dicemari,
Keindahan bumi tak lagi dinodai.

Indah permai bumi kita,
Aman sentosa sejahtera,
Lihat sungai yang mengalir,
Deru ombak yang berdesir.

Hijaunya nusantara,
Menyegar pandangan mata,
Damai suasana,
Ciptaan Allah Maha Esa...

Oleh itu hai kawan!
Bersama kita pastikan...
Keindahan bumi tak lagi dicemari...

Jangan hancurkan!
Sayangi bumi kita!
Hanya satu-satunya,
Biar terpelihara...!

Indah permai bumi kita,
Aman sentosa sejahtera,
Lihat sungai yang mengalir,
Deru ombak yang berdesir.

Oleh itu hai kawan...!
Bersama kita pastikan...,
Keindahan bumi tak lagi dicemari,
Keindahan bumi tak lagi dinodai.

Keindahan bumi tak lagi dicemari,
Keindahan bumi tak lagi dinodai...


Sekarang, adakah anda sudah terjaga dari tidur dan sudah merasai kepentingan memelihara dan memulihara alam ini? Kita disaran memelihara hablun minallah wa hablun minannas kan. Tetapi, ada satu lagi iaitu hablun minal`alam, iaitu menjaga hubungan yang baik dengan alam sekitar. Takkan nak tengok sungai-sungai di tanah air kelahiran dan kesayangan kita dipenuhi pencemaran dan kenajisan kot? Nak jadi seperti Sungai Pasig di Filipina, Sungai Ganga di India dan Sungai Sarno di Itali kah?

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَبَشِّرِ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ أَنَّ لَهُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِى مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ  ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِّزْقًا  ۙ قَالُوا هٰذَا الَّذِى رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ  ۖ وَأُتُوا بِهِۦ مُتَشٰبِهًا  ۖ وَلَهُمْ فِيهَآ أَزْوٰجٌ مُّطَهَّرَةٌ  ۖ وَهُمْ فِيهَا خٰلِدُونَ
"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya."

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 25)

Mengapa sungai sering menjadi sebutan apabila disebut tentang suasana syurga? Tidak pula laut, tasik, kolam dan sebagainya. Tetapi SUNGAI, kita duduk di atas sungai yang sentiasa mengalir, boleh 'brain' tak? Kita wajib 100% yakin, semua syurga akan ada apa-apa sahaja yang kita minta, tiada lagi dosa, kita akan rasai semuanya di syurga yang tak pernah kita lihat, tak pernah kita dengar, tak pernah kita rasa dan tak pernah terlintas di hati dan fikiran kita semasa di dunia.


Ada lapan pintu Syurga di atas. Boleh baca di laman sesawang ini: https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2020/05/05/8-pintu-syurga-akan-panggil-umat-islam-di-akhirat-kelak-lakukan-amalan-untuk-peluang-ini dan juga https://ilmukalam99.blogspot.com/2020/12/delapan-8-pintu-syurga.html?m=1.

Ada lapan juga nama-nama Syurga yang tercatat dalam al-Quran. Aku tak pasti apa perbezaan antara kedua-duanya sebab ia perkara ghaib. Lapan nama itu ialah:


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنّٰتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah)."

(QS. Al-Kahf 18: Ayat 107)


جَنّٰتِ عَدْنٍ مُّفَتَّحَةً لَّهُمُ الْأَبْوٰبُ

"Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;"

(QS. Sad 38: Ayat 50)


إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنّٰتِ النَّعِيمِ

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka."

(QS. Al-Qalam 68: Ayat 34)


عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوٰىٓ

"Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa"."

(QS. An-Najm 53: Ayat 15)


لَهُمْ دَارُ السَّلٰمِ عِنْدَ رَبِّهِمْ  ۖ وَهُوَ وَلِيُّهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

"Bagi merekalah Syurga Darus-Salaam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dia lah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan."

(QS. Al-An'am 6: Ayat 127)


ٱلَّذِىٓ أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِنْ فَضْلِهِۦ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ

"Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu"."

(QS. Fatir 35: Ayat 35)


إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِى مَقَامٍ أَمِينٍ

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. -"

(QS. Ad-Dukhan 44: Ayat 51)


قُلْ أَذٰلِكَ خَيْرٌ أَمْ جَنَّةُ الْخُلْدِ الَّتِى وُعِدَ الْمُتَّقُونَ  ۚ كَانَتْ لَهُمْ جَزَآءً وَمَصِيرًا

"Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah (azab seksa neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali."

(QS. Al-Furqan 25: Ayat 15)


Demikianlah LAPAN nama-nama Syurga yang telah diberikan oleh Allah. Ada banyak lagi nama lain yang tidak disebut. Sama macam 99 nama Allah dalam al-Quran, tetapi ada banyak lagi nama-nama Allah yang tidak disebut dalam al-Quran. Berapa banyak ayat al-Quran menceritakan keindahan Syurga, adakah Syurga dipenuhi najis dan kekotoran? Jadi, jika kita mahukan negara kita dihormati bak Syurga, jagalah kebersihan negara.


Jagalah kebersihan dari dalam, elakkan hasad dengki dan rasuah, elakkan syirik tersembunyi seperti riyak, bangga diri, taasub atau fanatik kepada selain Allah, sombong atau suka menghina orang lain dan enggan terima kebenaran, apatah lagi elakkan syirik yang jelas seperti sihir, guna bomoh, amalan tahyul, sembah berhala dan lain-lain. Perbanyakkanlah istighfar dan selawat, perbanyakkan membaca dan mengkaji al-Quran dan al-Hadis dan sentiasa memelihara diri daripada dosa dan hadas (termasuk sentiasa memelihara wuduk).


Islam amat menitikberatkan pemeluknya atau ummatnya untuk menjaga dan memelihara kesucian dan kebersihan. Hal ini kerana, semua orang tahu bahawa kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. Orang yang kurang menjaga kebersihan diri dan alam sekitar adalah orang yang mempunyai kecacatan dalam imannya atau kemungkinan imannya rosak terus (analoginya imannya tidak berfungsi bukannya o.k.u.).


Cuba perhati semua kitab Feqah yang ditulis oleh Imam Nu'man Bin Tsabit (Abu Hanifah), Imam Malik Bin Anas, Imam Muhammad Bin Idris (asy-Syafie) dan Imam Ahmad Bin Hanbal. Semuanya bermula dengan bab apa? Bab TOHAROH (طهارة) bukan? Apa maksudnya? Semuanya bermula dengan menyucikan diri. Jika berhadas kecil, maka hendaklah mengangkatnya dengan wuduk. Jika berhadas besar, maka hendaklah mengangkatnya dengan mandi.


Apa hukum Toharoh jika hendak melakukan ibadah? Hukumnya menjadi WAJIB. Jika tak buat apa kesannya? Kesannya ialah berdosa besar. Begitulah dari hukum Feqah sahaja dah dididik dan diajar untuk menjaga kebersihan. Bukan itu sahaja, kita diajar juga bagaimana nak menghilangkan tubuh badan, pakaian dan tempat daripada najis mukhoffafah, mutawassithoh dan mughollazhoh (termasuklah istinja', samak kulit dan sertu babi dan anjing). Begitu indahnya Islam. Tinggal ummatnya sahaja untuk mempraktikkannya.


Memalukan jika tandas masjid dan surau kotor. Memalukan jika tandas awam untuk pelancong kotor. Lebih memalukan jika tandas jemaah Islam kotor. Paling memalukan jika tandas rumah sendiri pun kotor. Kata orang, nak tengok pembersih orangnya, tengok tandas rumahnya. Nak tengok pembersih masyarakat, tengoklah sungainya.


Kita tak boleh salahkan kerajaan sahaja jika ternampak sungai atau tempat lain kotor, kitalah yang perlu mulakan. Sesuatu kerosakan bukan disebabkan oleh tangan-tangan orang-orang jahat sahaja. Tetapi, sesuatu kerosakan disebabkan oleh tangan-tangan orang-orang baik juga yang tidak membuat apa-apa untuk membanteras dan memelihara kebersihan dan keamanan.


Kata nak bersihkan negara daripada rasuah dan politik kotor, tetapi diri sendiri tak bersih dan suka buang sampah merata-rata apa barang! Paling aku benci apabila aku ternampak buang sampah merata-rata di tepi jalan lagi-lagi kalau nampak sampah tercampak keluar dari kenderaan. Memang nak ambil balik dan masukkan semula ke arah pemandu atau penumpang yang mencampak tadi. 😡

Kesimpulannya, ayuhlah wahai rakyat Malaysia! Marilah kita sama-sama bergandingan pelihara keindahan flora dan fauna negara tercinta ini. Jadilah sebagai rakyat berdisiplin yang mengamalkan peribahasa 'Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat' dalam kehidupan serta bertanggungjawab menjaga amanah yang berat ini demi masa depan negara yang gemilang di mata dunia sehingga hari kiamat. Buktikan rukun negara kelima kita, Kesopanan dan Kesusilaan terlaksana dengan jayanya. ♥️🇲🇾

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...