MALAYSIA

Monday, December 19, 2016

#32 PALESTIN

Masjidil Aqsa atau Baitulmaqdis atau Jerusalem, berdasarkan sejarah, ia kiblat pertama ummat Islam dan tempat di mana Rasulullah diangkat ke tujuh petala langit dan Arasy untuk menggembirakan hati Baginda yang baru kehilangan satu-satunya isteri kesayangannya selama 25 tahun hidup bersama dan kehilangan bapa saudaranya yang menjadi pendokong utamanya yang paling kuat sepanjang 10 tahun perdakwahan Baginda di Makkah ketika itu.

Kemudian, dari situ jugalah dinaikkan ke Arasy untuk mendapat seruan perintah solat 5 waktu. Di situ kita nampak mesej Allah nak sampaikan, SOLAT 5 WAKTU penyelesai segala masalah dan penyembuh segala penyakit. Pentingnya solat, walau belum dapat perintah solat 5 waktu sampaikan Rasulullah banyak kali solat sunnat setiap kali Baginda berhenti semasa perjalanan di atas Buraq. Allah jamin, 5 waktu seperti 50 waktu pahala minimum.

Ramai Rasul pernah berada di Baitulmaqdis. Lebih-lebih lagi Nabi-nabi keturunan Nabi Israel atau Nabi Yaakob. Nabi Ibrahim (atuk Nabi Israel atau Yaakub) dan Nabi Lut, anak saudara Nabi Ibrahim pun pernah tinggal di Palestin walau Nabi Ibrahim dilahirkan di Iraq, tetapi pernah tinggal di Palestin bersama dua orang isterinya, iaitu Siti Sarah dan Siti Hajar beserta anaknya Nabi Ismail sebelum anak-beranak Siti Hajar dan Nabi Ismail berpindah ke Makkah.

Nabi Musa berjumpa jodoh dan berkahwin dengan Sofura, anak Nabi Syuaib di Palestin juga. Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf dan Nabi Isa antara Nabi yang dilahirkan di Palestin. Nabi Sulaiman meninggal dunia di Palestin. Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan Nabi Zakaria pula pernah memerintah Palestin. Nabi Harun ikut adiknya, Nabi Musa dan Bani Israel melarikan diri daripada Firaun Ramsis II dan tersesat di sekitar Mesir dan Palestin.

Israel tu bangsa, anak² Nabi Israel atau Yaakub. Tapi okaylah, sebab sebut Negara HARAM Israel. Nabi Yaakub ada 12 anak lelaki. Dari isteri pertama (Laiyah) =Rauben, Syam'un, Lewi, Yahuza, Izakar, Zebulon. Dari isteri kedua (Rahil) = Yusuf, Bunyamin. Dari isteri ketiga (Zalfah) = Jad, Asyir. Dari isteri keempat (Balhah) = Dan, Naftali. Salah seorangnya Nabi Yusuf. Dari keturunan Lewi lahir Musa, Harun, Ilyas dan Ilyasa'. Dari keturunan Yahuza lahir nabi Daud, Sulaiman, Zakaria, Yahya dan Isa. Dari keturunan Bunyamin lahir Nabi Yunus. 

Atuk Nabi Israel ialah Nabi Ibrahim. Ayah Nabi Israel ialah Nabi Ishaq. Bapa saudara Nabi Israel ialah Nabi Ismail, dan dari keturunan Nabi Ismail dapatlah kepala segala Wali, Nabi dan Rasul iaitu Nabi Muhammad SAW. Nabi sekalian ummat manusia, jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam lain. Nabi ummat akhir zaman, Nabi yang kita cintai, tapi sejak Nabi Ibrahim bukan bangsa Israel, dia keturunan Yunani lahir di Haran, Iraq membesar di Babylon. 

Anak cucu cicit Nabi Ismail pula keturunan Arab. Bangsa Israel mula dari Nabi Yaakub atau Israel ni la. Adik-beradik Nabi Yusuf ni mula² je jahat kecuali Bunyamin yang nak rancang bunuh Nabi Yusuf tetapi akhirnya jatuhkan Nabi Yusuf dalam perigi. Tetapi, kesemua adik-beradik Nabi Yusuf ni sempat bertaubat dan insaf selepas jumpa semula Nabi Yusuf sebagai seorang Menteri Kanan Mesir. Semua anak-anak Nabi Israel mati dalam keadaan Islam. Semua nabi dari Nabi Adam sampai Nabi Muhammad semua beragama Islam. 

Cuma mereka lupa, tak semua Israel jahat, ADA YANG BAIK seperti Naturei Kartai dan Agudat Israel, cuma ada yang bangga sebab ramai Nabi dilantik dalam kalangan bangsa mereka. Jerusalem akan tetap milik orang Islam sebab itu tanah pusaka para Nabi. Tetapi agama sebelum kerasulan Nabi Muhammad tiada nama lagi (tetapi dinisbahkan kepada Yahudi dan Nasrani yang asal) atau agama Hanif yang semua Nabi mengajak kepada kalimah toyyibah iaitu Lailahaillallah (لا إله إلا الله). 

Hari ini Yahudi dan Nasrani telah diselewengkan oleh Zionis, golongan Iluminati dan para penyembah setan, kononnya Palestin adalah hak mereka. Sedangkan mereka boleh je tinggal di Palestin tanpa sebarang pengusiran daripada pemerintah Palestin masa tu, tetiba mereka mengangkat senjata merampas Palestin, sampai punyalah biadab masjid pun nak mereka runtuhkan.

Masjidil Aqsa akan tetap milik orang Islam, berpuluh-puluh tahun mereka mahu runtuhkan masjid itu kononnya mahu mencari istana Nabi Sulaiman atau ingin membina Istana idaman mereka. Tetapi, masjid itu Allah yang punya, Allah sahaja yang memeliharanya. Sebab itu, kita sebagai ummat Islam kembalilah kepada al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW. Zaman Nabi Muhammad kita mungkin berpeluang melihat mukjizat Baginda, tetapi Baginda dah wafat. 

Al Quran sahaja mukjizat yang tinggal, kitab Taurat dan Zabur dalam Old Testament dah diubah. Kitab Injil dalam New Testament pun dah diubah. Al Quran tetap terpelihara oleh Allah melalui para hafiz hafizah yang mengamalkan akhlak al Quran. Pergolakan di Palestin adalah ujian untuk ummat Islam, sebab Allah nak kita bersatu, jaga iman, jaga amal. Iman, Amal dan Adab itulah kunci utama kita supaya bantuan Allah datang. 

Palestin atau sekitar Baitulmaqdis sarat dengan sejarah para Nabi. Sebab itu ia tempat ketiga yang SUNNAH dikunjungi selepas dua tanah haram, Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi. Sesungguhnya, kita ummat Islam diuji sebegini kerana Allah mahu lihat semua ummat Islam bersatu. Tanah ini adalah tanah pusaka Anbiya' dan sememangnya ia milik kita, milik ummat Islam. 

Mereka pernah membunuh Nabi-nabi sebangsa mereka sendiri, termasuk Nabi Isa yang hampir dibunuh sebelum diangkat ke langit kedua untuk diturunkan semula ke dunia menyelamatkan ummat dan membantu membunuh Dajjal suatu hari nanti. Semoga Palestin mendapat sinar kebebasan seperti yang dijanjikan.

~ 'Izzuddin Safaruddin.



No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...