MALAYSIA

Thursday, June 2, 2016

#19 TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI HATIKU

Terima kasih kerana singgah di hatiku...

Sungguh-sungguh aku mengulangkaji pelajaran. Tidak ada yang aku fokuskan selain aku ingin berjaya. Aku ingin membuat ibu dan bapaku bangga dan gembira denganku. Aku ingin mencapai cita-citaku. Aku ingin bekerjaya dan ingin memiliki hartanah dan rumah kediaman sendiri suatu hari nanti. Dan semuanya termasuk dalam satu matlamat duniawi sebagai sandaran, iaitu aku mahu melangkah ke menara gading.

Aku mahu mengucapkan terima kasih kepada ibuku. Dia banyak membantuku dalam mengulangkaji pelajaranku. Masih terlekat di fikiran ibuku yang rajin mencari salinan kertas peperiksaan yang lepas-lepas. Setiap soalan ada jawapan berserta jalan kiranya. Banyak sekali kertas soalannya. Hanya soalan matematik tambahan dan prinsip perakaunan. Hal ini kerana dua subjek inilah yang paling aku lemah untuk kukuasai. Jarang dapat A dan B. Selalu dapat C dan D. Pernah juga kadang-kadang gagal.

SPM semakin hampir. Setiap kali seusai balik dari sekolah, jika tiada kerja rumah diberikan oleh cikgu, aku akan cari peluang untuk buat soalan tersebut. Seusai siap, aku akan menyemak sama ada betulkah jawapanku. Begitu juga hampir setiap hari. Latih tubi berulang kali. Tekun. Aku tidak akan lupa matlamatku. Aku sedar sewaktu di awal sekolah aku memang selalu mendapat nombor terakhir dalm kelas. Atau jika tidak terakhir, kedudukan peperiksaan dalam kelas aku selalu berada antara yang tercorot. Dari darjah 1 sehingga darjah 3. Apatah lagi, dari darjah 4 hingga tingkatan 5 kini, aku tidak pernah mendapat no 1 dalam kelas. Selalu mendapat kedudukan di tengah-tengah. Pernah kadang mendapat no 3 dan 4. Namun itu tidak berkekalan. Namun, itu semua tidak mematahkan semangatku.

Teringat sewaktu di di tadika, aku begitu pintar juga. Selalu mendapat tempat pertama seperti yang diceritakan oleh ibuku. Malah, tidak belajar di dalam kelas. Di awal kemasukan tadika, aku banyak duduk di luar kelas kerana aku adalah seorang kanak-kanak yang pemalu. Kejayaanku sewaktu di tadika sedikit sebanyak menaikkan semangatku. Kalau dahulu boleh, masakan sekarang tidak. Matlamatku untuk melangkah ke menara gading sentiasa terawang-awang di dalam imaginasiku. Namun, tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang menaikkan semangatku apabila sebut sahaja menara gading atau institut pengajian tinggi. Hanya Tuhan yang tahu.

Dipendekkan cerita, tibalah masanya aku hadir ke dewan sekolah untuk mengambil keputusan SPM. Aku menunggu giliranku dalam barisan itu. Apabila tinggal lagi seorang di depan, hatiku mulai terdegup koncang. Sampai sahaja giliranku, aku mulakan dengan memandang wajah guru kelasku itu yang diberi tugasan menyampaikan keputusan kepada semua anak muridnya. Dia mulakan dengan senyuman ikhlasnya. Terlintas terus di hatiku adakah keputusanku baik ekoran lakaran persis wajahnya itu. 

Dup... Dap... Dup... Dap...

Akhirnya dengan bacaan basmalah, aku mula meniliti satu persatu subjek. Alhamdulillah. Aku tidak menjumpai ada satu subjek pun C hingga D. Aku teruskan ucap terima kasih pada cikgu itu, Cikgu Noriah. "Terima kasih cikgu kerana didikan cikgu selama ini." Tanpa aku bilang apakah keputusanku yang setepatnya di tanganku ini, terus aku bertemu kawan baikku, Syukri yang selama ini sentiasa bersama suka dan dukaku sepanjang perjuangan kita menempuh arena pendidikan sekolah menengah. Aku sedikit terkilan kerana keputusan Syukri tidak sehebatku. Namun, aku hanya boleh kata tahniah kepadanya dan terus memeluknya. Terima kasih sahabat. Terima kasih sahabat-sahabat dan guru-guruku yang pernah bersamaku sepanjang kehadiranku di SMK Saujana Utama. Kemudian sebelum pulang, aku telah dapat menghitung gred keputusan, iaitu  1A+, 2A, 3A-, 3B+.  Matematik Tambahan B+. Aku tidak menyangka, Prinsip Perakaunan aku A-. Keputusan ini meyakinkan aku untuk memilih Kursus Perakaunan di menara gading nanti. 

Di rumah, aku mengkhabarkan keputusanku kepada semua. Terutamanya ibu dan ayahku. Apabila ayahku maklum keputusanku ini, terus dia memelukku. Aku tidak pernah merasai pelukan yang hangat ini seumur hidupku. Aku ingin menangis namun tak terkeluar air mataku selain 1 hingga 2 titisan. Terima kasih ayah. Terima kasih ibu. Ayah menghadiahkanku sebuah lap top dan telefon bimbit atas kejayaanku beberapa hari kemudian. Kini, aku tidak sabar untuk teruskan perjuanganku di menara gading. Namun, tidak ada siapa yang tahu apa yang sebenarnya menaikkan semangatku di menara gading. Hanya Tuhan yang tahu.

Masih segar dalam ingatanku ketika ayah membawaku ke universiti. Ya, aku sudah berjaya ke universiti. Jauh pula dari rumah kediaman, iaitu UiTM Merbok, Sungai Petani, Kedah. Kursus AC110, Perakaunan. Tidak pernah aku sekolah asrama sebelum ini. Jauh pula tiba-tiba. Namun, aku terasa seolah-olah mimpiku yang sebenar hampir menjadi kenyataan. Dalam perjalanan ke UiTM itu, kami pernah berhenti di suatu gerai Melayu untuk menjamu hidangan tengah hari. Hanya aku dan ayahku. Ibuku bekerja. Adikku sekolah semuanya. Seorang adikku di Sekolah Berasrama Penuh Kubang Pasu, Kedah juga.

Pernah juga selepas hidangan, kami berhenti di sebuah masjid, Masjid Muzhaffar Shah untuk berehat sebentar sebelum masuk waktu Zohor. Ironinya, tiap-tiap kali aku pergi ke gerai dan masjid tersebut, pasti akan kukenang peristiwa bersama ayahku yang tercinta. Selalunya air mata pasti bergenang dan mengalir. Betapa dapat aku rasakan betapa gembiranya ayahku dapat menghantarku ke universiti sewaktu itu.

Selepas solat Zohor berjemaah di masjid, kami bergerak ke UiTM. Jam menunjukkan pukul 2 pm. Manakala daftar mula pukul 2.30 pm - 4.00 pm lebih kurang. Lagi setengah jam kami singgah sebentar ambil angin di Jeti Sungai Petani. Di sini juga aku masih ingat aku mengambil gambar ikan-ikan tembakul berlegar-legar di lecak di bawah jeti dan sekitarnya dengan menggunakan henset baharuku ini.

BERSAMBUNG...

No comments:

SALING BERKASIH-SAYANG, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH! JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOGGER INI YE!

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.

BAIK DAN BURUK DATANG DARIPADA ALLAH.
Asma Al-Husna Pictures, Images and Photos

Ayat-ul-Kursî

Allâh! Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists. Neither slumber, nor sleep overtake Him. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on earth. Who is he that can intercede with Him except with His Permission? He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter . And they will never compass anything of His Knowledge except that which He wills. His Kursî[] extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them. And He is the Most High, the Most Great.
(Q.S. 2, 255)

GIVE ME YOUR HELP!

GIVE ME YOUR HELP!
O God, I suplicate You for all kindness, good manners, forbid what are wrong and be kind to all poor people. I want Your love, love who also love You as well as Your pardon, forgiveness and mercy. If You afflict me some adversities, thus please take my soul without any of them. Aameen...