Dulu zaman sekolah menengah, saya suka subjek Pendidikan Islam tingkatan lima. Nak tahu sebab apa? Sebab ada belajar bab kahwin la. Apa yang diajar oleh ustazah, saya dapat faham dengan cepat. Kalau tanya rukun nikah ada berapa, piece of cake. Ingat SISWI, iaitu ada 5, Suami; Isteri; Saksi (dua orang); Wali; Ijab Qabul. Lagi-lagi, dalam kelas aku dah dipanggil sebagai OSTAD sejak tingkatan dua lagi selepas aku dipanggil SHEIKH zaman tingkatan satu. Mana taknya, songkok di kepala tak pernah dipecat. Ia selalu lekat. Mana ramai tak terpikat. Hati selalu bersemangat! haha...
Miss kat kengkawan. Diorang selalu panggil aku OSTAD, tapi dalam hati aku walaupun suka, tetapi tetap rasa diri ini tak layak dipanggil begitu. Ye la, aku rasa masih mentah untuk mengenal agama. Apatah lagi, ilmu tauhid waktu tu pun tak khatam. Arab tau la sikit-sikit. Boleh faham dan baca juga walau tak der baris. Mungkin sebab itu la kot aku dilihat terserlah seperti seorang keostadan di Malaysia. Tapi, aku tetap malu kalau dipanggil sebegitu. Aku lagi suka korang panggil aku Izzue. Tapi, tak apalah, ikut suka hati korang la, yang penting maksudnya baik. Amin.
Kengkawan ni juga la yang selalu encourage aku supaya cepat2 kawen. Tak sabar tunggu nasi minyak. Aku cuma ucap Insya Allah, doakan ye. Sebabkan kata2 mereka ini, aku jadi semangat untuk belajar, belajar bersungguh-sungguh sebab nak kawen. Masuk universiti je nak kawen. hahha... Punyer la semangat kan. Dah masuk universiti dah, graduate diploma dah pun, ceroi tak kawen2 pun lagi. Huhuhu..
Masa diploma, aku cuba untuk tunaikan impian diorang. Sebab aku sayang kat diorang. Banyak bisnes aku masuk dan aku libat. Bisnes kecil-kecilan antaranya jual minyak wangi attar. Ini paling best sebab paling laku. Aku pernah jual Habbatus Sauda: Baraka dari Mesir. Ni pun laku. Aku belajar banyak perkara tentang perniagaan sewaktu di universiti. Banyak pengalaman yang telah aku kutip selama 4 tahun aku di UiTM Merbok sana bersama sahabat-sahabat.
Aku beruntung kerana dipertemukan sahabat-sahabat yang sangat teransang dengan perniagaan dan mempunyai aspirasi yang kuat dalam dunia perniagaan dan bisnes. Melalui pengalaman bersama mereka, aku tahu serba sedikit mengenai rahsia kejayaan ahli perniagaan dan seorang usahawan. Lain bisnes macam Score A, aku cuma hadiri mendengar ilmu, pernah minta ibu supaya merestui untuk masuk score A. Tetapi, emak tak bagi. Sedih doh time tu. Tetapi ada hikmahnya. Semangat nak kawen terasa seperti dihalang. Yang mana score A ni akhirnya aku pilih untuk keluar daripada kepompong mereka.
Setiap hari aku berfikir bagaimana untuk mendapatkan wang yang banyak. Seronok juga apabila aku diperkenalkan AmWay. Mula-mula aku takut untuk sertai. Semakin lama aku belajar tentang produk dan marketing AmWay, semakin aku tertarik untuk menjadi agennya. Ya, aku pernah menjadi agen AmWay selama 2 tahun.
AmWay murah je nak daftar. RM90 waktu tu. Renew setiap tahun RM30 je. Then, barang-barangnya sangat banyak jenisnya. Terpulang la kat kita nak promote yang mana. Kalau kerja lebih dapat lebih, tak seperti MLM yang lain. Ia tiada dominasi sesuatu daripada upline. Kalau upline malas, downline rajin, yang downline dapat lebih, upline tak dapat apa-apa. Lagi-lagi, AmWay mudah diurus. Tiada hutang. Malah sehingga hari ini kalau korang kaji, AmWay masih lagi di tangga pertama dengan mencatat pulangan jualan tertinggi selama beberapa tahun. Cuma hari ini aku stop jap. Sebab nak fokus kepada perakaunan. Aku kini dalam proses untuk menjadi seorang agen akaun yang hebat. Doakan ye.
Dulu juga, aku pergi beberapa seminar keusahawanan, khususnya Klinik Keusahawanan dan Pelaburan Dr. Azizan Osman. Aku terbayangkan gadis yang aku minat. Memang aku nak kawen sungguh2. Aku bukanlah orang baik sangat. Aku selalu diuji dengan nafsu yang sering mengajak aku untuk melakukan perhubungan seks. Tetapi, bukankah akad nikah itu yang menghalalkannya???
Aku ada minat kat seorang awek. Awek ni jiran sebelah rumah sewa di Semeling. Waktu ini sem 3, tahun 2012. Pertama kali aku pandang wajahnya, aku jatuh hati. Terus teringat wajah seorang gadis misteri yang sangat lawa dalam mimpiku yang berkahwin denganku tahun 2008. Wajah gadis itu hampir serupa dalam mimpiku. Cuma dahinya aku perasan lain sedikit dengan gadis misteri dalam mimpi. Oleh sebab tu, aku cuba perlahan-lahan untuk tarik hatinya mencintaiku.
Aku berjaya. Dia adalah seorang kekasih pertamaku, walau bukan orang pertama aku cintai. Namun hubungan tidak kekal lama. Hanya bertahan dua sem. Mungkin sebab aku yang terlalu mendesaknya perkara yang seorang perempuan tidak suka. Apatah lagi, housemate aku selalu masuk campur hubungan aku dengannya. Sehingga aku dapat rasa, awek ini sudah mula tertarik dengannya. Dia meninggalkanku dengan kata-kata yang sangat pahit. Kepahitan itu sangat mendalam sehingga masih terasa sehingga lebih dua tahun selepas itu. Air mata sentiasa mengalir. Perjuanganku untuk memiliki rumah tangga sendiri terkulai begitu saja. Dalam hati, aku sentiasa mendoakan perempuan ini supaya Tuhan membalasnya merasai apa yang aku rasa sekarang. Sengsara.
Sebab itulah aku jatuh. Hilang matlamatku. Hilang semangatku. Aku tidak tahu ke mana aku tuju. Sem 5 adalah first time aku repeat. Selalu repeat sehingga extend ke sem 8 yang septutnya habis sem 6. Aku sedih. Sangat sedih. Mak dan ayah tak tahu perkara ini. Aku cuma bagitau mereka, bahawa aku nak kawen awal, supaya aku dapat bangkit kembali. Tetapi mereka tidak menyokongku.
Semakin lama, semangatku semakin menurun. Kerana semakin lama aku mula tersedar, aku tak layak lagi untuk kawen awal. Aku terbayang kengkawan zaman sekolah menengah, dan aku hampir-hampir berputus asa kerana tidak mampu nak tunaikan hajat mereka.
Aku mula mempelajari perkara yang lebih penting ialah restu ibu bapa. Ibu bapa aku sendiri tidak percayakan aku kalau aku dah bersedia untuk uruskan rumah tangga sendiri. Aku sedih. Mereka lain daripada sahabat-sahabat di sekelilingku. Kengkawan selalu encourage aku untuk kawen awal. Sahabat-sahabat sentiasa percaya kepada aku kerana melihat sikap aku seperti orang yang sudah matang. Namun, ibu bapaku tidak tahu siapa aku sebenarnya walaupun ibu bapa sendiri. Halangan daripada mereka itulah sebab utama menyebabkan aku jatuh merudum sehingga aku rasa aku mahu perlu bekerja. Tak kisah kerja apa. Tak sanggup lagi untuk teruskan belajar. Tak sanggup lagi untuk repeat. Aku sengsara. :')
Aku ingat nak kawen ini mudah. Kenapa ia begitu susah?? Aku tidak faham. Aku rasa lebih baik aku mati. Untuk apa aku hidup, kalau cinta yang aku inginkan masih tidak aku perolehi. Kenapa perlu kumpul duit dulu, sedangkan ada juga yang lebih miskin daripadaku sudah pun berumah tangga dalam usia yang sebaya denganku. Mengapa terjadi begini? Apa salahku? Tuhan saja yang tahu berapa lama aku merintih tentang perkara yang sama. Lebih dua tahun aku bersedih kepada Tuhan. Masih berharap semoga kesedihan ini diganti dengan kebahagiaan.
Sehingga apabila aku mahu mencintai seseorang, aku hanya perlu kata aku suka kat dia. Kalau aku mampu, aku akan lamar. Tetapi apakan daya, kerana bukan sekali aku merasai kehilangan seorang perempuan yang ikhlas mencintai. Terlalu banyak. Lebih 10 kali. Bayangkan, seorang perempuan yang kita sayang, tiba-tiba beberapa hari kemudian dia dilamar lelaki lain dan mereka berdua pun bertunang. Alangkah daifnya aku. Aku cuba sedaya upaya untuk bangkit.
Ada seorang member dalam fb, dia kata kahwin ni adalah cuma menghalalkan seks antara dua orang yang berlainan jantina. Kalau tak kahwin pun boleh je buat hubungan itu, tetapi dilarang kerana melanggar batasan agama.
Tiba-tiba terkini, aku membaca beberapa post yang lain mengenai kes penceraian yang begitu banyak. Lebih 274,000 pasangan bercerai dalam masa 6 tahun mengikut statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Kes terbanyak tercatat ialah di Selangor. Mana taknyer, ramai imigran dari negeri lain datang tinggal di Selangor yang bekerja di Selangor dan KL. Sedih juga kerana ramai pasangan bercerai. Dulu masa tengok Awal Ashari dengan Scha Alyahya kawen, aku berdoa semoga bahagia hingga ke Syurga. Begitu juga Fizo Omar dan Mawar, time tu paling best sekali tengok upacara pernikahan mereka kat TV. Kalu citer luar negara pulak, paling best zaman perkahwinan antara Prince William dan Kate Middleton. Paling terkini, Yusry KRU dan Lisa Surihani dll. Syukur. Mereka semua masih bersama.
Sedih kenapa ramai sangat yang bercerai. Aku di sini tidak terkecuali mempunyai ramai kenalan yang menjadi ibu tunggal. Terutamanya ketika aku mula bekerja di Econsave AJ, ramai staff dan Manager di situ menjadi ibu tunggal disebabkan bercerai. Ada juga yang bercerai setelah hampir 30 tahun bersama dan sudah ada lima orang anak. Sedih doe kalau dengar cerita diorang. Ada yang sebab bekas lelaki nak kawen satu lagi, ada yang sebab dah tak suka, ada yang jenis susah nak berkomunikasi dll.
Apa punca sebenarnya?
Walaupun aku masih single, inilah peluang aku untuk mengetahui semua punca ini. Teringat di UiTM Merbok tahun 2014, aku bersama dua orang sahabat menghadiri Kursus Perkahwinan yang dianjurkan oleh ACIS. Sijil KK ini sah untuk satu Malaysia. So, aku sudah ada satu. Maybe tak perlu hadir lagi lepas ni. Alhamdulillah. Jimat duit.
Melalui kursus itu, aku dapat tahu punca utama kebanyakan pasangan bercerai adalah disebabkan tidak solat. Mmmm... Maybe betul. Tetapi bagi aku tidak semestinya. Kerana ada juga yang kuat solat pun bercerai. Ada yang sebab ubat gigi je, bercerai.
Bagi aku, punca utama kita bercerai ialah sikap. Sikap seorang isteri terhadap suami, atau sikap seorang suami bersama isteri. Tak terfikirkah mengapa orang dulu-dulu sebelum kita jarang bercerai? Isteri yang tak lawa pun boleh kekal sehingga ke liang lahad. Sebenarnya semuanya sebabkan sikap kita yang sebenarnya selalu bertindak melulu. Isteri rasa susah je, terus tuntut cerai. Suami nampak isteri tidak menarik je, terus nak cari orang lain. Ada yang disebabkan gajet juga boleh bercerai.
Sebenarnya, aku sangat setuju apabila ramai bercerai itu disebabkan beberapa sebab yang berkaitan dengan hidup. Antaranya kesempitan hidup, kuasa membeli makanan terbatas, kemampuan memiliki rumah semakin kurang, perjalanan ke tempat kerja banyak rintangan seperta jem dan tol, peranan media sosial menjadi-jadi dan tekanan di tempat kerja dll! Kerajaan sepatutnya ambil serius tentang ini. Tolong la permudahkan yang halal, sukarkanlah yang haram. Sian kat orang macam aku ini. Selalu terjatuh ke jurang kemaksiatan.
Tetapi bukan sebab kewangan pun ada juga bercerai. Tahu tak sebab apa Johnny Depp bercerai dengan Amber Heard? Bukan sebab duit, tetapi ada masalah kurang persefahaman. Artis kita pun apa kurangnya. Dua orang artis bercerai dengan seorang lelaki yang sama. Itulah dia. Macam-macam kan ujian rumah tangga. Sebab itu macam saya kata tadi, SIKAP.
Semua tu berpunca daripada tiada ilmu agama, tak solat, tak tutup aurat, kehidupan harian tak bersandarkan kepada Islam, kalau hidup berpandukan kepada hukum Tuhan, semua masalah akan dapat diselesaikan walau macam mana berat bebanan yang ditanggung oleh suami isteri.
Kan Tuhan dah bagitau dalam surah at-Tholaq, siapa yang bertaqwa (berhati-hati) kepada Tuhan, Dia akan memberikan jalan keluar kepada setiap masalah yang dihadapinya. Tak ada satu insanpun yang hidup di muka bumi ini tidak diuji oleh Tuhan.
Hatta Nabi SAW pun Tuhan uji, apa lagi kita. Yang senang Tuhan uji, yang susah Tuhan uji, sihat Tuhan uji, sakit juga diuji oleh Tuhan. Jangan kita lihat kehidupan insan-insan di sekeliling kita pada luarannya saja. Sebab kita tak tahu apa di sebalik kehidupan mereka.
Muhasabah diri. Kenapa Allah beri ujian ini kepada kita. Bersangka baik dengan Allah. Ujian ini adalah tanda sayang Allah pada kita. Sepatutnya apabila kita diuji, kita semakin mendekatkan diri kepada Allah.. memohon, merayu, merintih.. mohon petunjuk-Nya... bukan mencari tempat mengadu selain Allah yang boleh merosakkan hubungan kita suami isteri... fikir2knlah..
DI MANA DIRI KITA DI SISI ALLAH...
So, untuk diri saya juga yang bakal menjadi suami impian seorang wanita. Kepada kengkawan yang sedang menghadapi dunia perkahwinan, selamat bakal menjadi pengantin baru. Saya doakan semoga bahagia berkekalan hingga ke Syurga. Doakan saya juga ye. Saya rindu sangat nak memiliki insan yang dapat mengisi ruang cinta di hati. Sunyi sangat tau single ni. Aku nak berjaya dan bebas.
Doakan aku dapat kesihatan yang baik, boleh bekerja sendiri, dapat murah rezeki, dapat beli rumah sendiri, ada kenderaan sendiri, tiade kereta pun tak apa, motor rim sport lebar pun ok, dan dapat isteri yang memikat. Insya Allah saya doakan semoga doa itu berbalik kepada anda.
Semoga saya dan anda memperoleh kebahagiaan dalam setiap ujian dihadapi, terutamanya apabila sudah menjadi suami / isteri yang tercinta. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment